"Wahhh! This is so beautiful." Puji Fara apabila melihat pemandangan di luar tingkap. Tidak tahu bagaimana mahu menghuraikan perasaan saat ini.
"Cantik?" Soal Aniq yang berdiri disebelah Fara.
"Cantik" jawab Fara dengan tersenyum lebar.
"Suka?" Soal Aniq lagi.
"Suka" tidak menyangka pula Aniq akan membawa dia ke tempat yang sebegini. Sungguh cantik. Dengan tempat yang bersih. Ada kolam renang. Pantai.
Kelihatan pengunjungnya sudah semakin ramai. Gelak tawa anak-anak kecil kedengaran semasa mereka dalam perjalanan ke bilik.
"Dah jom balik"
"Haaaaa" terlompong Fara apabila mendengar apa yang Aniq katakan. Balik?Aniq tersenyum sendiri. Saja mahu menyakat Fara.
"Tak adalah, gurau je" ujar Aniq sambil tergelak-gelak. Melihat reaksi muka Fara yang terkejut sangat-sangat mencuit hatinya.
"Awak ni" tersipu malu Fara. Suka betul menyakat.
"Jomlah pergi jalan-jalan. Time time macam ni kat bilik tak ada buat apa pun. Malam nanti baru ada." Kata Aniq sambil mengangkat kening kirinya beberapa kali.
"Haaa..err.." tersengih-sengih Fara. Ada-ada je lah mamat ni. Tak ada malam-malam. Tak nak tunggu malam.
Mereka berjalan di persisiran pantai berpegangan tangan. Matahari sudah mula untuk tenggelam. Suasana yang cukup sejuk mula menemani. Ramai pengunjung hari ini.
"Awak selalu pergi sini ke?" Soal Fara setelah mereka duduk di suatu pondok berdekatan dengan pantai itu.
"Tak adalah selalu. Kadang kalau ada kerja pergi sini. Stress dengan kerja pun pergi sini juga." Terang Aniq.
"Kalau ada kerja. Maksudnya?" Fara kurang mengerti.
"This is one of my resort, honey."
Tergamam Fara. Dia langsung tidak pernah terfikir yang ni resort Aniq. Kenapa dia tak pernah cakap. Eh dia yang tak pernah tanya.
"Wow. Great. Patutlah tak ada bayar apa-apa. Ingatkan bayar dekat online." Agak Fara. Dia sudah salah faham. Dia juga perasan pekerja-pekerja di sini seperti lain macam melihat dia dan memberi layanan yang cukup istimewa padanya.
Aniq tersenyum melihat Fara. Kalau dulu pergi sini sorang-sorang. Sekarang sudah ada peneman. Kira sempurna hidup dia sekarang. Cukup sempurna.
*******
"Jom turun, makan. Lapar." Ringik Aniq. Sejak dari tadi perutnya kosong tanpa diisi apa-apa makanan. Dia terlampau gembira sampai lupa pada perutnya yang meronta untuk diisi.
"Haa jom" Fara akur. Dia ikut saja apa yang disuruh oleh Aniq.
Sedang berjalan menuju ke tempat makan yang berada di bawah. Fara di sapa oleh seseorang.
"Fara, buat apa kat sini?" Soal lelaki itu.
Fara sudah mula rasa tak senang duduk. Mana ada orang yang tahu tentang perkahwinan dia selain daripada Mina. Hanya Mina saja yang tahu. Apa aku nak buat ni, gumam Fara dalam hati.
Dia memandang kearah Aniq yang berdiri disebelahnya. Renungan tajam Aniq tertumpu pada lelaki itu.
"Yang ni siapa?" Soal lelaki itu lagi yang dilihat Fara diam langsung tidak menjawab pertanyaannya. Muka Fara pun dilihat sudah berubah seratus peratus.
Belum sempat pun Fara mula untuk membuka mulut, Aniq mencelah terlebih dahulu.
"Syed Aniq Farhan, husband Fara" katanya dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan lelaki yang menyapa isterinya itu.
Salamnya itu disambut.
"Awak ni classmate saya, Arif Saif." Fara terlebih dahulu memperkenalkan rakannya itu. Dia mula menelan air liur. Pasti rakannya itu akan bertanya macam-macam. Bersiap sedialah.
Arif Saif melemparkan senyuman pada Aniq, Aniq juga membalas dengan senyuman juga. Entah, rasa ringan mulutnya untuk senyum.
"Husband? Bila kau kahwin, tak jemput aku pun. " soal Arif. Dia sudah mula rasa pelik.
"Buat kecik-kecik je. Tak jemput ramai orang pun.." jawab Aniq lagi. Fara masih lagi diam. Dia membiarkan lelaki-lelaki itu berbicara.
"Oh. I see. Congrats eh. Aku dah lambat. Aku pergi dulu. Bye." Sejurus kemudian Arif meninggalkan mereka berdua. Dalam fikirannya masih lagi memikirkan tentang perhubungan Fara dengan lelaki itu. Masih ragu-ragu.
Mereka berdua meneruskan lagi perjalanan untuk restoran di bawah. Sepanjang perjalanan itu Aniq cuma mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Itu yang membuatkan Fara gusar dan tak senang hati. Marahkah dia? Senyap je.
"Awak marah ke?" Soal Fara dengan beraninya. Takut bila-bila saja suaminya itu akan meletup umpama gunung berapi meletus sekelip mata.
Aniq memandang Fara dengan senyuman. Dilihat wajah Fara risau semacam.
"Taklah. Mana ada." Balas Aniq bersahaja.
"Yeke? Tipu lah." Fara bukannya tidak mempercayai suaminya. Cuma dia terselit dengan ragu-ragu. Dia masih ingat lagi ketika dia berkawan rapat dengan Shahrul. Mengamuk Si Aniq tu bila dapat tahu. Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi.
"Iye sayang. Jalan cepat sikit." Ujar Aniq. Dia tak marah pun sebenarnya walaupun sejujurnya tiba-tiba lelaki itu menegur isteri kesayangannya itu dia cuba relax and chill. Dia tidak mahu mengongkong Fara. Apa yang dia tahu Fara haknya seorang. Tak ada sesiapa pun yang boleh merebut Fara daripadanya.
Fara mengangguk. Mungkin betul suaminya itu tidak marah. Melihat reaksi muka nampak macam tenang saja. Tapi di dalam hanya dia dan Allah sajalah yang tahu. Dia berharap agar semuanya baik-baik saja.
Cepat-cepat langkahnya dilajukan mengekori Aniq baru perasan yang dia sudah jauh ketinggalan di belakang. Risau punya pasal.
Sambil berjalan dia terfikir pasal Arif. Macam mana kalau Arif bagitahu pasal perkahwinannya yang dia rahsiakan. Boleh percayakah si Arif ni. Pasti ramai yang akan bercerita pasal dia dan berfikir yang bukan-bukan. Aduh. Buat tambah dosa kering je semua ni.
Dalam banyak-banyak tempat kenapalah kau pergi sini Arif. Tak ada tempat percutian yang lebih menarik ke kat sini. Kenapa? Kenapa? Kenapa?. Janganlah kau bagitahu pasal orang. Kalau tak. Nahas kau. Arghh! Serabut juga lah macam ni.
Sempat lagi Fara berkata dalam hati. Dia merengus kecil.Yang tahu perkara ni cuma Mina. Dia percayakan Mina. Bila sebut pasal Shahrul. Entah sihat ke tidak. Dia langsung tidak pernah mendengar berita kawannya itu. Shahrul pula tidak menghantar pesanan ringkas padanya. Eh! No!
Kalau Shahrul menghantar pesanan ringkas padanya pasti Aniq marah. Elok juga kalau Shahrul tidak berbuat demikian. Merosakkan perhubungan dia dengan Aniq saja. Lagipun Shahrul tidak tahu menahu tentang perkahwinan ini.
Entah apa reaksi Shahrul apabila mendapat tahu tentang hal ini. Makan hatikah dia? Tak pun berdendam? Biasalah. Manusia kan penuh dengan dendam. Eh tapi tak mungkin. Dia kenal Shahrul bagaimana. Tak tergamak rasanya kalau Shahrul berbuat demikian.
Dia memandang Aniq yang sedang berjalan disebelahnya. Memandang sekilas dan kembali memandang ke hadapan.
Eh! Kenapa restoran ni macam jauh sangat? Hati kecil Fara berkata. Hairan pula dia.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...