BAB 41

8.2K 196 0
                                    

Sedar tak sedar dah 4 hari dia menjadi isteri kepada Aniq. 4 hari itu lah dia terperap duduk dalam rumah. Dan kadang - kadang dalam bilik.

Kakinya semakin pulih. Dia sudah boleh berjalan ke sana ke mari. Sepanjang kakinya sakit dia hanya terkurung di dalam bilik saja. Bosan ya amat.

Seusai dia solat asar dia terus turun ke bawah. Mahu melihat sama ada adik adiknya sudah pulang ke belum.

"Bik Sari..budak - budak tak balik lagi..? Soal Fara setelah terserempak dengan Bik Sari di ruang tamu.

"Belum balik lagi puan.. kenapa ya..? Soal Bik Sari balik.

"Hmm..tak ada apela.."

Rasa bosan sangat. Kalau ada budak - budak tu kat rumah taklah rasa bosan sangat. Ada kawan untuk ajak berborak. Bibik - bibik dekat sini sibuk dengan tanggungjawab masing - masing.

Dia mula keluar dari rumah duduk di buaian seorang diri. Di sisinya ada 2 orang suruhan Aniq. Macam biasalah. Over protecting.

Dia sendiri kurang tahu kenapa Aniq mengupah orang suruhan. Dah macam gangster pun ada. Seram. Dia ni ketua kongsi gelap ke macam mana.

Dah beberapa kali dia asyik menguap maklumlah lepas asar kan siapa je yang tak mengantuk.

"Puan nak air..?" Tegur Bik Ina di sebelahnya.

"Eh takpe.."

"Takpe puan..saya boleh buatkan.."

Macam biasalah kalau dia kata tak nak, bibik - bibik kat rumah ni tetap tak mahu mengalah. Mereka pasti akan buat juga.

Fara akur.. dia mengangguk.

"Apa - apa aje.." ujar Fara ringkas.

Mungkin dengan minum air dapat mengurangkan mengantuk dia yang sudah bertahap - tahap ni.

Dia memejamkan matanya sekejap. Mahu tidur sekejap. Cuti sem yang amat membosankan.

Mina cuti sem begini sudah pasti berjalan saja kerjanya. Pergi melancong ke overseas.

Fara pula kurang gemar ke luar negara, di Malaysia pun ada banyak tempat pelancongan tapi tak pergi - pergi. Inikan yang jauh.

Aniq yang baru saja sampai ke rumah terus keluar dari kereta setelah melihat Fara yang sudah terlentok di buaian.

Katil punyalah besar sini juga tempat kau nak tidur. Desis Aniq dalam hati.

Dia duduk di hadapan Fara. Lutut kaki kanannya mencecah lantai. Ala - ala seperti mahu melamar gitu.

Dia mula meniup di muka Fara. Saja mahu mengacau tidur Fara yang lena.

Fara tidak bangun. Dia cuma memberi respon mengerutkan dahi dan menggosok - gosok hidungnya beberapa kali.

Aniq tersenyum sendiri melihat gelagat Fara. Comel. Seperti bayi yang asyik dengan tidurnya saja.

Dia bukan tak rasa kasihan dengan Fara. Yelah. Dah beberapa hari dia asyik terperap dalam rumah. Lagi - lagi waktu kaki dia masih sakit, duduk dalam bilik je la. Mana tak bosan.

Kali ni lebih dekat dia mendekati raut wajah Fara. Dia teliti dalam - dalam.

Dia mula membuat lagi dengan meniup di serata muka Fara.

Tapi kali ni berjaya buat Fara membuat mata.

Perlahan - lahan dia buka dan agak terkejut melihat bayang - bayang yang berada dekat dengan muka. Lantas dia terus tolak dengan kuat.

Menyebabkan Aniq terduduk jatuh.

"Weh..sakitlah..kau ni dah kenapa?" Bentak Aniq dengan nada yang ditekankan sedikit.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now