Fara turun dari tangga sendiri, dari situ je dia dah boleh bau asam pedas Bik Sari itu. Hmm sedapnya. Fara terus menuju ke dapur. Matanya melilau mencari kelibat suaminya. Yang ada cuma Bik Sari yang sedang meletakkan lauk asam pedas itu dia atas meja makan.
"Bik...Aniq mana?"
"Oh Tuan Aniq naik atas tadi tak silap." Jawab Bik Sari.
Fara mengangguk, mungkin dia di bilik sebelah agaknya.
Fara terus duduk di kerusi itu sambil matanya merenung ke asam pedas itu. Baunya sungguh menaikkan selera.
"Sedapnya bau asam pedas ni Bik.."
"Uish. Biasa biasa je."
"Nanti Fara nak resepi boleh?"
"Boleh untuk Puan.." ujarnya sambil tersenyum dan meletakkan pinggan di depan Fara.
"Puan nak makan sekarang?" Soal Bik Sari itu setelah melihat Fara yang tidak sabar untuk menelan asam pedas itu.
"Eh nanti lah jap. Tunggu Aniq, nak makan sama sama."
"Tapi Aniq tak makan asam pedas..
Fara agak terkejut mendengar pengakuan Bik Sari itu. Dia betul betul tak tahu.
"Yeke Aniq tak makan asam pedas..habistu Fara nak makan dengan siapa?"
"Makan dengan aku lah, makan dengan siapa lagi.." tiba tiba Aniq sampuk dan segera duduk di sebelah Fara. Fara masih terkebil kebil.
Aniq dengar perbualan Fara dan Bik Sari tadi.
"Tapi awak tak makan asam pedas.." luah Fara. Rasa bersalah pula menerpa dirinya dek kerana dia teringin nak makan asam pedas, tetapi suaminya tak makan.
Bik Sari dari tadi sudah pergi meninggalkan mereka berdua. Mahu berprivasi.
"Takpe aku makan jugak.."
Fara masih memandang Aniq dengan rasa bersalah.
"Tengok tengok apa? Nak kena cium?"
Fara menggelengkan kepalanya dan segera menoleh ke hadapan memandang sekelilingnya. Malu kalau didengari oleh pembantu rumah Aniq ni. Hampir blushing.
Fara mengambil senduk nasi lalu dituangkan nasi ke dalam pinggan Anjq terlebih dahulu baru pinggannya. Begitu juga dengan lauk asam pedas tadi.
Selepas membaca doa mereka makan bersama sama. Mulanya, Aniq agak kekok juga nak makan tapi selepas melihat Fara yang sedang berselera menjamu lauk yang dipinta dia makan juga akhirnya.
Dia tak pernah makan lauk ini lagi. Kali terakhir masa kecik kecik dulu la. Muntah jugaklah masa makan ini. Lepastu dia langsung tak sentuh. Mungkin tak sebati dengan ikan kembung.
Dalam pada masa yang sama ada yang sedang mengintai mereka makan di sebalik dapur itu.
"Bukan Tuan Aniq tak makan asam pedas ke?" Soal Bik Yanti yang kehairanan.
"Tulah. Tapi ni makan pula. Berselera pulak tu.." Bik Sari juga kebingungan.
"Jangan jangan..." Bik Yanti punya akal sudah menerpa dalam fikirannya.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
Selesai saja mereka makan bersama, mereka keluar berjalan di taman bunga belakang rumah Aniq. Rasanya macam dah lama tak jejak ke sini.
"Awak.."
Aniq menoleh ke arah Fara yang berada di sebelahnya. Tangannya menggenggam lembut tangan Fara.
"Apa?"
"Nak cakap ni, jangan marah tau."
"Tak cakap lagi, mana lah tahu marah ke tak."
Fara tersengih. Itulah ayat yang selalu dilontarkan oleh Aniq bila dia berkata begitu. Hm faham dah tu
"Kenapa awak tak makan asam pedas?"
"Mana ada. Aku makan kan tadi.." Jawab Aniq selamba. Soalan macam ni boleh timbulkan isu marah ke? Takkan.
"Bik Sari cakap awak tak makan. Tapi awak yang paling berselera Fara tengok.."
Aniq tersenyum. Entah kenapa, rasa comel pulak Fara tanya soalan macam ni. Penting sangat ke nak jawab. Perempuan.
"Entah. Mungkin sebab dulu kau takde, sekarang kau dah ada."
Jawapan Aniq ni buat Fara rasa malu dan menyesal pulak tanya. Dia ni kalau cakap selamba je.
"Mesti awak tak makan laksa jugakkan?"
Aniq menggeleng.
"Nak try tak?" Ajak Fara sambil tersengih. Kali ni dia teringin nak makan laksa pulak.
"Apa? Laksa?" Aniq terkedu. Serius ke laksa?
Fara mengangguk kegirangan. Aniq belum cakap lagi setuju ke tak tapi dia dah terlebih gembira dulu.
"Boleh lahhh. Fara suruh Bik Sari tolong masakkan esok, boleh?"
Aniq berfikir sebentar sebelum bersetuju dengan cadangan Fara itu.
"Boleh. Untuk sayang semua boleh."
Fara tersipu malu dan tersengih. Dalam fikirannya tak sabar nak makan laksa esok.
Bagi Aniq pula, laksa? Dia tak pernah menyentuh langsung makanan itu. Rupa laksa pun samar samar di mindanya.
***
Sewaktu di kelas, Mina bertanyakan sesuatu pada Fara.
"Aku dah lama tak nampak Sharul weh."
Fara yang tadinya sedang menulis, tiba tiba berhenti dan menoleh ke arah Mina.
"Kenapa? Kau rindu dia ke?"
"Ish! Takde maknanya aku nak rindu dia. Baguslah dia dah tak kacau kau. Tapi kan.." Ayat Mina tergantung untuk seketika. Dia ligat memikirkan sesuatu.
"Tapi apa?"
"Aku pelik lah. Aku perasan tau, tiap kali kita jumpa dengan dia je, mesti kau sakit kepala. Kenapa eh agaknya."
Fara berdiam untuk seketika. Bila diingat balik ada betulnya apa yang Mina kata.
"Aku stress kot tiap kali jumpa dia. Tu yang pening.." Fara tak tahu nak jawab apa. Dia pun tak tahu apa yang dia cakap. Dia main cakap je. Tapi masih lagi memikirkan tentang hal ini.
Mina tahu, Fara tiada jawapan untuk soalan ini. Tapi biarlah.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...