BAB 4

10.3K 239 0
                                    

   Lamunan Fara terhenti setelah dia perasan yang Mina melambai - lambai tangan di hadapan mukanya. Dia kembali ke realiti. Dunia sebenar. Setelah leka kerana teringat kembali waktu dia bergaduh dengan Sharul. Waktu yang dia dah tak lagi bercakap dengan Sharul. Cengkaman tangan Sharul masih lagi terasa pada lengannya. Sama seperti cengkaman Amin...masih lagi berkesan. Sampai sekarang.

   Fara dan Mina terus menuju ke kelas mereka. Sepanjang perjalanan itu, mereka hanya berdiam saja. Tiada sebutir ayat mahupun perkataan yang terkeluar dari mulut mereka.

   Fara masih lagi dalam imaginasi dia. Diam. Termenung. Melamun. Haih. Dia dulunya tidak sebegitu. Kadang - kadang dia merindu diri dia yang dulu. Bukan sekarang. Peristiwa gelap itu yang buat dia jadi macam ni. Dia mengenangkan abangnya. Dia rindu pada abangnya. Abangnya yang amat menyayanginya sepenuh hati dia. Yang selalu ada di sisi dia. Tapi sekarang....tiada lagi..kerana mengikut jejak langkah ibu bapanya yang telah pun pergi berjumpa dengan Penciptanya. Dia tiada lagi tempat mengadu kasih. Hidup sorang. Hanya ada Allah.

   Mina yang diam bukan kerana apa, dia agak seram dengan perangai Fara yang kadang - kadang okay. Kadang - kadang tak okay. Dia mahu je tanya kenapa? Mengapa? Berubah? Sekelip mata. Lama juga dia memerhati kan Fara masa Fara sedang mengelamun panjang. Sedikit pun dia tidak tanya kenapa mengelamun. Takut - takut mengganggu emosi dia pula. Dia juga seperti Sharul, kawan sejak sekolah menengah. Tapi tak berapa rapat sejak dapat tahu yang Sharul tu agak playboy juga orangnya. Dia malas bergaul dengan orang macamtu. Takut dirinya terjebak dan mudah terpengaruh pula.

   Tapi lain dari Fara. Fara jenis open minded. Dia berkawan dengan semua orang. Mesra. Selalu senyum. Bergurau. Manis sekali orangnya. Cuma 2, 3 tahun ni je perangai dia mula berubah. Sedikit makin sedikit. Adakalanya diam. Menangis. Yaaa. Mina pernah melihat Fara menangis seorang diri. Banyak kali nampak. Teresak - esak. Seperti ada yang tidak kena pada dia. Tapi Mina hanya diam. Dia tidak tanya pun kenapa. Walaupun dia pernah tanya beberapa kali. Tapi jawapannya still same. Nothing. Kalau tak pun. I am okay. Don't worry.

   Selesai je tamat sesi pembelajaran. Fara terus menuju ke tempat parking kereta untuk mengambil keretanya dan segera pulang. Pening kepala dia. Baru je dia mahu menutup pintu kereta. Ada yang menahannya.

   Fara terkejut. Dan ohh... Dia amat kenal lelaki itu. Lelaki yang pernah dia tampar lebih kurang 4 hari yang lepas. Peristiwa yang err.. dia malas mahu mengingat dan segera bertanya ada apa - apa yang aku boleh tolong?.

"Aku mintak maaf". Perkataan maaf keluar dari mulut Sharul. Pandai pun minta maaf, gumam dalam hati Fara.

"Untuk apa?". Sengaja Fara mengutarakan soalan sebegitu bagi menyedarkan bahawa tindakan yang dia buat haritu salah.

"Atas sikap aku yang sedikit kasar dan kurang ajar dengan kau". Tutur katanya semakin perlahan. Mungkin malu.

"Bukan sikit tapi banyak". Sengaja Fara berkata begitu sambil senyum pada Sharul. Manis sekali senyumanmu itu. Hanya itu yang mampu Sharul luahkan dalam hati. Dia tidak berani mengeluarkan ayat tu kepada Fara. Dia tahu. Fara pasti marah. Sharul membalasnya

"Okay banyak". Yang dihujungnya berbaur ketawa.

   Dia suka gelak tawa Fara. Senyuman Fara. Yang benar - benar membuat hatinya tertambat. Dia amat suka pada Fara. Tapi dia yakin. Fara menganggap dia sebagai kawan. Hanya sebagai kawan biasa. No love.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now