Fara masih lagi berada di sejadah kerana baru lepas solat isyak. Duduk mengadap kiblat. Telekungnya saja di tanggalkan.
Entah apa yang difikirkan sorang - sorang di dalam bilik yang memang khas untuk solat. Ada al-Quran juga.
Dalam hatinya tak putus - putus memuji nama Allah. Berzikir. Itu sajalah cara dia untuk menenangkan hati yang tiba - tiba saja gundah gulana.
Setengah jam berlalu. Dia mula membuka kain telekungnya. Dilipat bersama dengan sejadahnya. Disusun elok - elok.
Bilik tersebut memang agak besar. Cantik. Ada frame ukiran kayu nama Allah. Cantik. Bagus pengukirnya. Tak lupa juga ada tulisan nama Muhammad saw.
Ada buku - buku agama. Al-Quran yang ada tafsirannya.
Ini bukan kali pertama dia solat di sini. Solat subuh, zohor, asar dan maghrib juga di sini.
Cuma solat isyak ni tadi baru terdetik hati ni mahu mencuci mata melihat sekeliling.
Nampak kelihatan bilik ini sentiasa terjaga. Bersih.
Dengan asyik melihat sekeliling. Matanya tertumpu pada sebuah buku.
Tentang tanggungjawab seorang isteri.
Belum sempat pun mahu menyelak sedikit buku itu.
Dia terpaku sebentar.
Dia masih lagi tidak melakukan tanggungjawabnya yang satu lagi tu. Oh no!
Teringat pada perbualannya pada petang tadi dengan Aniq di buaian.
Bersediakah dia?
Kalau bilang tidak mahu.
Nusyuzkah dia sebagai seorang isteri?
Macam - macam yang bermain di fikiran dia.
Lamunan dia terhenti apabila mendengar ketukan pada pintu bilik itu.
Tak lagi tak bukan pasti Aniq.
Yalah. Malam - malam begini macam biasalah. Hanya berdua saja dengan Aniq.
Walaupun Aniq itu suaminya. Mahramnya. Tetap rasa seperti tak senang duduk. Dan sentiasa berdegup laju jantungnya.
Pintu di kuak sedikit oleh Aniq. Melihat Fara yang sedang duduk di depan sebuah rak kecil sambil membuka pintu.
Fara menoleh pada Aniq. Pasti mahu menuntut janjinya. Dia menelan air liur.Melihat Aniq yang masih lagi memandang dia tanpa berkedip mata.
"Kenapa?" Soal Fara. Dia memberanikan diri untuk bertanya kepada Aniq.
"Kau dah habis solat belum?" Soal Aniq yang tiba - tiba.
Fara jadi makin tak keruan. Tak sampai sebulan dia kenal Aniq. Tup - tup dah kena kahwin. Siapa je yang tak jadi seperti ni. Tak senang duduk.
"Err.." terasa semacam tersekat di kerongkongnya.
"Dah ke belum?" Soal Aniq lagi. Melihat Fara yang masih lagi terkebil - kebil. Haih.
Fara mengangguk lemah. Nak tak nak dia kena hadap juga semua ni.
Dia syurga kau Fara. Desis Fara dalam hati.
"Jom.."
"Nak ke mana?"
Aniq tersenyum nakal pada Fara dan mengangkat kening kanannya beberapa kali.
Fara tersengih sendiri melihat gelagat Aniq. Pasti menuntut janji.
Tanpa melengahkan masa lagi Aniq masuk ke dalam bilik itu dan menarik perlahan lengan Fara.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...