BAB 17

8.2K 206 2
                                    

   Sampai je di rumah. Fara melabuhkan dirinya di atas sofa rumahnya. Terasa penat sangat hari ni. Letih. Panas. Pendapat tentang Sharul yang mahu pergi ke Australia dia rasa lega. Entahlah. Mungkin lepas ni Sharul akan cepat lupakan cintanya pada dia. Tiada lagi orang yang akan mendambakan kasih sayang pada dia. No more.

   Dia teringat reaksi wajah Sharul lepas dia mengatakan sesuatu sebelum mereka bersurai.

"Sharul, aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Aku harap kau dapat jumpa orang yang lebih baik dari aku. Aku dekat sini akan selalu ingat kat kau sebagai kawan aku. Lupakan segala - galanya. Mulakan hidup baru."

Sharul cuma diam. Sambil matanya menunduk ke bawah. Dia cuba tahan menangis. Cuba untuk tak keluar air matanya di depan Fara. Perempuan yang dia puja - puja.

   Fara tahu yang Sharul cuba untuk tak menangis depan dia. Dia rasa simpati. Tapi nak buat macam mana, dia hanya anggap Sharul sebagai kawan dia. Tak lebih dari tu. Nak buat macam mana lagi. Cinta tak boleh paksa - paksa.

"Kau okay tak?" Tanya Fara selepas dia melihat Sharul hanya diam. Sambil matanya memandang ke tanah.

"Aku okay." Kata Sharul dengan nada gembira. Pura - pura gembira sambil tersenyum lebar.

   Fara naik tangga untuk menuju ke biliknya siap - siap menunggu kedatangan maghrib. Mandi. Bersihkan diri. Dia pun terus bukak tudung. Melepaskan ikatan rambut. Terjurai rambutnya yang panjang paras pinggang. Lurus.

   Belum sempat pun dia mencapai tuala, talifon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Terus dia mencapai talifon dan menekan mesej yang baru masuk tadi.

   Fara membuat muka pelik bila melihat nama yang tertera di skrin talifonnya.

"Fara Mine".

Dia tak ada pulak kekasih, teman lelaki lagi laa. Takkan secret admire kot. Tapi takkan lah dia yang simpan nombor contact macamtu. Hairan.

Dia terus menekan dan baca mesej tersebut.

'Aku tahu kau jumpa sorang lelaki tadi, siapa dia?'

Lagi lah bertambah hairan. Siapa pulak ni. Lama dia berfikir sejenak. Talifonnya berbunyi lagi tanda mesej masuk.

'Mata - mata aku ramai yang perhatikan kau'

Terkedu Fara dibuatnya. Mata - mata? Tiba - tiba dia teringat. Mata - mata. Ni mesti dia. Confirm dia. Err dia nak apalagi ni. Bila masa dia dapat nombor aku ni.

Ohh yaaa..pagi tadi. Fara cuba mengingat.

Selesai je habis sarapan dan masih berada di meja makan. Fara keluarkan talifon bimbit dari kocek seluarnya. Dia menghidupkan talifonnya yang mati tadi. Banyak misscall. Dari Sharul. Dari Mina. Apahal pulak ni.

Fara tersentak bila tiba - tiba saja Aniq merampas talifon dari tangannya. Sambil berkata.

"Haa mesej siape tu?" Aniq melihat Fara yang masih lagi terkejut kerana dia merampas talifonnya.

"Hisy..." Geram Fara pada Aniq. Mahu je dia mengambil pinggan, cawan yang berada di mejanya dibaling ke arah Aniq. Tapi dia sabar.

Lama Aniq meneliti talifon Fara. Entah apa tah yang dibuatnya.

"Awak buat apa tu, bak sini la." Rayu Fara pada Aniq supaya memulangkan balik talifonnya sambil tangannya cuba untuk merampas yang berada di tangan Aniq. Tapi pantas saja Aniq mengelak.

Aniq mengeluarkan iphone 6 nya yang berada di kocek seluarnya. Seperti dia sedang menyalin sesuatu dalam talifon Fara.

Fara mencebik geram.

"Haa nah amik balik." Kata Aniq dan segera menghulurkan talifon Fara.

"Aku dah save nombor aku. Dan aku pun dah amik nombor kau. Simpan. Jangan buang." Ugut kecil Aniq.

"Suka hati je.'' Geram je melihat perangai Aniq yang suka - suka dia je menyelongkar talifon orang.

"Peduli apa aku." Ringkas Aniq. Dapat juga nombor budak ni. Terus dia pergi meninggalkan Fara yang masih lagi sedang geram dengan perangai dia. Segera dia mengambil kunci dan menyerahkan kepada konconya.

Sebel Fara dengan si Aniq. Haih. Malang siapa yang dapat dia ni.

"Woi, kau nak balik tak? Taknak balik aku okay je. Tinggal sini terus. Kata Aniq selamba dengan nada yang agak tinggi.

Terhenti terus lamunan Fara bila terdengar ayat Aniq. Tinggal sini? Eeeiii taknak aku. Segera dia meninggalkan meja makan dan berlari anak menuju ke arah Aniq. Yang ketika itu sudah pun berada di luar rumah.

Fara kembali ke realiti balik selepas dia mengingat peristiwa pagi tadi. Dia sendiri tak check pun nombor Aniq. Rasa menyesal pun ada.

Talifonnya berdering. Ada orang call. Dia melihat di skrin talifonnya. Haih. Dia ni nak apa lagi. Dia menjawab panggilan telefon.

Aniq - ''Woi, tak reti nak balas mesej ke?" Fara - "Bagilah salam dulu."

Lalu, Aniq dengan nada yang sedikit perlahan memberi salam pada Fara. Dalam sejarah hidupnya ni kali pertama. Selalunya terus saja cakap dengan apa yang dia nak cakap.

Segera Fara membalas salam Aniq.

Aniq - "Haa..jawablah soalan aku tadi."
Fara - "Soalan yang mana?" Fara pura - pura tanya.
Aniq - "Haih budak ni. Kau jangan sampai aku datang rumah kau." Ugut Aniq.

Menggelabah Fara dibuatnya. Datang sini? Tak. Takboleh. Tah apatah yang akan jadi nanti. Dia ni suka cari masalah betulla.

Fara - "Eh..tak payah. Jumpa kawan je." Balas Fara dengan nada yang agak kelam kabut.
Aniq - "Kawan ke boyfriend?" Tegas Aniq.
Fara - "Err..kawanlah."
Aniq - "Buat apa jumpa dia?" Tegas Aniq lagi.

Fara garu kepala. Banyak tanya la mamat ni.

Fara - "Dia nak pergi Australia." Jawab Fara dengan nada yang agak datar.
Aniq - "Perlu ke?"
Fara - "Haih..perlu ke jawab?"
Aniq - "Perlu laa.."
Fara - "Saja jumpa."

Secara jujurnya dia sudah malas mahu melayan Aniq yang suka tanya soalan pelik - pelik. Umpama dia isteri kepada Aniq pula.

Aniq - "Aku tak suka kau jumpa budak tu lagi. Mana - mana lelaki pun aku tak suka." Kedengaran agak marah Aniq pada Fara.

Terkejut Fara. Dia tahu Aniq marah pada dia. Dia takde apa - apa hubungan pun dengan Aniq. Dengan beraninya Fara cakap.

Fara - "Tapi saya bukan isteri awak.."
Aniq - "Kau akan jadi isteri aku. Jadi milik aku. Kau tak nak, aku takkan teragak - agak untuk siksa abang kau. Lebih dari apa yang kau sangka. Kau kena ingat, abang kau tu ada dekat tangan aku." Marah benar Aniq dibuatnya.

Fara mula menitiskan air matanya. Dia hampir terlupa pasal abang dia. Abang tiri dia. Amin. Entah sihat ke tidak. Dia cemas. Dia takut kalau terjadi apa - apa pada abangnya.

Fara - "Jangan apa - apakan abang.."
Aniq - "kau kena dengar cakap aku..i say no, means no.

Terkedu dengar apa yang Aniq cakap. Beginikah nasib dia nanti? Kena kahwin? Dengan orang yang dia tak kenal.

Aniq mematikan panggilan tadi dengan Fara setelah pelbagai ugutan yang dilemparkan pada Fara. Fara hanya diam. Menangis. Dia idamkan lelaki yang boleh bimbing dia. Sampai ke syurga.

Agak lama Fara menangis. Menangis ugutan yang Aniq lemparkan. Dia tahu Aniq marah. Dia juga tahu Aniq serius. Takkan orang macam Aniq ni bergurau.

Azan maghrib berkumandang. Fara berhenti menangis. Dalam hatinya tak putus - putus istigfar. Memohon keampunan dari Allah.

Habis azan dia terus mandi. Melupakan masalah yang dia hadapi sekejap. Dan dia solat maghrib dan mengaji.



Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now