BAB 21

7.6K 189 0
                                    

   Pagi - pagi lagi Fara dah keluar. Mahu pergi ke pusara ibu bapa, mak tiri dan abangnya. Sudah lama dia tidak menjenguk. Rindu sangat.

"Ibu..abah..mak..abang..adik datang ni. Jenguk korang. Air mata mula membasahi pipinya.

   Tak berapa ramai orang yang datang. Adalah dalam 2 dan 3 keluarga.

   Satu per satu dia mencabut rumput yang mengelilingi pusara mereka supaya tidak semak sangat. Kalau dulu dia mencabut dengan abangnya, Firdaus. Tapi sekarang cabut sorang - sorang.

   Selepas dah siap. Dah nampak kemas. Cantik. Dia mula mengeluarkan Yassin dan baca kan untuk mereka. Fara duduk diantara pusara ibu dan mak tirinya. Cuba untuk kuatkan semangat.

   Selesai je baca yassin. Fara duduk termenung. Masih lagi menangisi nasib yang menimpa dia.

"Abah..adik rindu abah sangat. Lama dah abah pergi. Adik dah besar ni. Last kita jumpa masa adik darjah 3. Adik dah 21 tahun sekarang." Ujar Fara sambil mengelap air matanya.

"Ibu..terima kasih sebab lahirkan adik. Lahirkan abang. Tapi abang dah ikut ibu. Tinggalkan adik. Adik sorang - sorang dekat sini." Setitik air mata jatuh membasahi pipi sambil tanganny bermain tanah pusara ibunya.

"Mak...terima kasih juga sebab besarkan Fara. Mak..abang Amin.." Fara berhenti kejap. Dia tahan sebak. "Sampai hati abang Amin buat Fara macam ni, kenapa dia benci Fara. Apa salah Fara pada dia." Ujar Fara sambil meratapi pusara ibu tirinya itu.

Dia bingkas bangun. Pergi ke pusara abangnya yang cuma terletak di sebelah pusara mak tirinya.

"Abang..kenapa abang tinggal Fara. Fara tak kuat takde abang.. Abang kata abang nak jaga Fara. Tapi kenapa pergi dulu. Abang tipu Fara. Abang.. lepas ni adik tak tahu apa jadi dengan hidup adik. Abang Amin jahat. Dia gantikan adik untuk bayar hutang dia. Kalau abang ada, mesti abang tak bagi. Mesti abang pertahankan adik. Tapi abang tak ada. Dah tak ada orang yang akan lindungi adik. Adik rindu abang sangat. Rindu abah. Rindu ibu. Rindu mak. Adik nak ikut juga..." kali ni lebih kuat Fara menangis. Tapi tak mengganggu orang yang berada di situ kerana jarak agak jauh juga.

Fara berdiri mendapatkan bunga yang telah siap - siap dibawa. Dia tabur bunga - bunga tu di atas pusara mereka. Lalu dia siram satu persatu pusara keluarga dia. Merah muka dia akibat menangis.

"Fara balik dulu, nanti ada masa Fara datang lagi ziarah ibu, abah, mak dan abang. Assalammualaikum."

Berat hatinya untuk meninggalkan mereka. Kalau boleh mahu saja dia tidur situ. Teman dorang. Namun, apakan daya. Dia masih lagi waras. Dia perlu untuk teruskan hidup. Demi mereka. Walaupun sendirian. Dia masih ada Allah. Dia serahkan segala - galanya pada Allah. Tentang nasib dia yang akan bermula sebentar lagi.

Entah apa yang Aniq mahukan dari dia. Dia sendiri tidak tahu.

Jadi isteri Aniq.

Mungkin itu yang Aniq mahukan dari aku. Tapi kenapa aku. Kenapa mesti aku. Semua ni angkara Abang Amin. Gumam dia dalam hati.

Segera dia beristighfar. Ingat Allah.

Dia redha semua ni.

Nak tak nak dia kena hadap juga.

  

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now