BAB 1

23.4K 462 3
                                    

Vromm!

Dengan pecutnya aku menunggang moto Ego S ku membelah jalan raya untuk pulang ke rumah. Angin malam yang dingin aku abaikan dan memberi tumpuan sepenuhnya akan pemanduanku di jalan raya.

Ah lantaklah orang nak cakap aku bawak moto macam mat merempit sekali pun,i don't care! Aku nak cepat!
Yang penting aku sampai rumah cepat dan aku nak tidurr!!

Sedang lajunya moto ku bergerak, tanpa aku sedari terdapat sebuah kereta dihadapanku berhenti dengan tiba-tiba dan menyebabkan aku terlanggar belakang keretanya hinggakan diriku tercampak jatuh ke tepi jalan raya.

Banggg!!

"Aduh!..apahal pulaklah masalah kereta ni?!!..agak-agak ah nak brek mengejut pun!..sakit tangan aku woi!"bebelku sambil memegang lenganku yang kesakitan itu.

What the hell!!

Malam-malam buta buat aku marah!

Memang nak tempah kubur betul lah siapa yang bawa kereta ni!!

Dengan segala kekuatan yang aku ada, aku terus membangkitkan tubuhku. Kepalaku yang masih kepeningan aku abaikan dan terus meliarkan mata mencari kereta yang menjahanamkan waktu tidurku sekarang ni.shit!

Lebih menyakitkan hati aku sekarang ni adalah moto aku,habis jahanam moto aku kena langgar dengan badak!
Dah lah baru bulan lepas aku beli!!

Dengan amarah yang menguasai diriku ini,aku terus melangkah ke arah keretanya dan mengetuk bertalu-talu cermin keretanya.

Bukak lah magkuk!

Dengan perlahan-lahan cermin keretanya dibuka.Kelihatan wajah tenang seorang lelaki yang memakai jaket hitam yang menutupi kepalanya. Dia juga memakai kaca mata hitam yang menyukarkan aku untuk melihat wajahnya.

Who are you?

"Yes miss,can i help you?"dengan nada yang tenang dan sopan lelaki itu bertanya kepadaku seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

"Help?..ofcourse you should!..i want you get out from your car now!" Arahku kepada lelaki itu.Namun lelaki itu tetap kelihatan tenang dan melakukan apa yang aku suruh.rasa nak tumbuk pun ada muka mamat ni! Buat aku bengang je lah!.

Usai sahaja lelaki yang tak dikenali itu  keluar dari keretanya,aku mengarahkannya supaya mengikuti ku pergi ke arah belakang keretanya.

" look!,what you have done!,aku nak kau bayar ganti rugi sekarang jugak!, kau tau tak moto ni dah lah aku baru beli bulan lepas!..then kau pulak yang jahanamkan!,apa masalah kau huhh tetiba je brek mengejut?!kau ni memang nak bunuh aku ke huhh?!!," marahku hingga bertubi-tubi.dadaku pula turun naik turun naik dek kerana jantungku yang mulai mengepam darah dengan laju untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

"How you know?.."tuturnya perlahan sambil tersenyum sinis memandangku.

Aku yang berasa pelik akan sikapnya itu membuatkan hati aku tertanya-tanya dan sedikit rasa takut melihatnya.Gulpp!

Apa maksud dia?!

"Huh?,apa kau cakap?"soalku ingin kepastian.Dahiku pula sudah berkerut
seribu memandang lelaki aneh yang sedang menundukkan kepalanya dan asyik tersenyum sahaja daripada tadi.

"Hello..i ask you know.."kataku lagi namun kali ni dengan nada yang perlahan dan rasa seperti ingin melangkah pergi jauh sahaja dari tempat tu.Namun apakan daya,moto ku sudah jahanam!uwarghh!!

"I said,how you know...that i want to kill you!!"wajahnya yang tadi tertunduk,akhirnya memandang juga menghadapku.kaca mata yang tadi dipakainya terus ditanggalkan.Jelas kelihatan matanya penuh dengan aura kejahatan dan ditambah lagi dengan senyumannya yang amat menyeramkan.

Oh shit!this is the 'Devil Syaiton'!!

Aku yang rasa ketakutan,terus mengatur kaki ku segera untuk lari daripada situ.Namun langkahku terus terhenti apabila lelaki itu lebih cekap dengan menarik diriku terlebih dahulu.tangannya sudahpun mengunci diriku daripada melepaskan diri.

"Woi lepaslah!,jangan bunuh aku! Tolonglah jangan bunuh aku!, tolonglah aku merayu sangat!,aku nak hidup!,aku belum kahwin lagi woi tolong lah!!"rontaku sambil mencuba-cuba untuk melepaskan diri daripada pelukan kuat lelaki itu.

"Raina.."

"Lepaslah tak guna!!"

"Raina!.."

"Aku kata lepaslah!,aku tak nak mati!"

"Raina!!!"

KEDEBUKK!

Aku yang baru sahaja tersedar daripada tidur,terus mencelikkan mataku apabila diriku sudah tergolek jatuh ke lantai.Dalam keadaan samar-samar,satu susuk tubuh yang cukup aku kenal sedang berdiri  dihadapanku sambil bercekak pinggang.tak lain tak bukan,Mak!!

"Huh tulah kan mak dah kata jangan tengok citer yang bukan-bukan sampai lewat malam!,haa tengok!, kan dah mengigau yang pelik-pelik!"
Bebel Puan Dilah iaitu mak kepadaku. Suaranya yang tinggi itu amat menyakitkan telingaku hingga membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata semula.

"Alaa mak ni,biarlah..sukahati ina lah.."jawabku dengan suara serak basah ditambah dengan malas. I want sleep!

"Sukahati kamu!sukahati kamu!, sekarang tengok jam dah pukul berape?!,dah bangun cepat!,nanti kamu lambat lagi nak ke sekolah!"bebel Puan Dilah lagi di pagi-pagi buta.Manakala aku hanya mengabaikan kata-katanya dan terus melayan kantukku biarpun di atas lantai.

"Raina Safiyya!!!"jerit Puan Dilah hingga hampir menggegarkan satu rumah.

"Haa ye ye ina bangun ni!"Aku yang tadi sedang enak berbaring,terus menukar posisiku kepada posisi duduk.

"Haa bagus!,dah pergi mandi sana!, dengan air liur basinya tak selera mak nak tengok!"Puan Dilah terus mengatur langkah keluar dari bilikku.

Aku yang mendengar apa yang diperkatakan olehnya,terus pantas aku mengelap bibirku untuk memastikan tiada air liur yang meleleh.

"Mana ada air liur..tipu je ah mak ni.."  kataku perlahan sambil melihat bayang mak yang semakin menghilang daripada pandangan mataku.

Lalu fikiranku mula terngiang-ngiang akan mimpi tadi.

"Jap..tadi aku mimpi apa erk!,hish apa benda aku mimpi tadi seram betul lah bila ingat balik..tulah nak sangat tengok citer 'The Killer Handsome Man', haa kan dah sampai terbawak-bawak kat dalam mimpi.."bebelku sendirian.

lalu aku mencapai jam loceng di atas almari kecil disebelah katilku untuk melihat masa sekarang ini.

"What!!!,dah nak pukul 7!!!"Aku terus membangkitkan tubuhku dan mencapai tualaku yang tersidai berhampiran.lalu aku terus memecut lari bak marathon ke bilik air.

Time to school!



*sebagai permulaan,saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca and hope korang enjoy!! This is my first story,so i try to do the best for uolls!!

Jangan lupa vote bebanyak okay !!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now