BAB 43

3.8K 134 4
                                    

"Hiyarkk!!..."

Satu tumbukkan dilayangkan pada karung tinju yang tertampal gambar Zayn bersaiz A4.

"Hurh,tak guna kau!!.."peluh di dahinya dilap dengan lengannya. Giginya diketap kuat,kedengaran nafasnya yang pantas membuatkan keadaannya menjadi semakin membara. Matanya yang mulai berapi terus menumbuk bertubi-tubi karung tinju.

"Aku benci!!,benci!! Kau!!.."Semakin laju dan kuat tumbukannya hingga menyebabkan karung tinju yang dikerjakannya itu melayang-layang dan tidak berada pada posisi yang tetap.Gambar Zayn yang di print nya pada kertas A4 kelihatan sudah komot dan hampir terkoyak.

"Dah dah lah tu wei..buang tenaga kau je tumbuk benda ala tu!.. daripada kau tumbuk benda tu lebih baik kau tumbuk je muka dia terus!.." Eyka yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa terus mengambil coklat yang berada di atas meja lalu dibukanya sambil matanya melihat ke televisyen.

"Hiyarkk!!.."kata-kata Eyka aku abaikan dan terus menumbuk-numbuk sekuat hati pada gambar Zayn yang aku lekatkan pada karung tinju.Memang karung tinju tu aku gantung special kat depan rumah, yelah kalau aku bosan aku tumbuklah benda tu and tak pun kalau aku rasa marah ke bengang ke bila balik kerja, aku lepaskanlah marah aku kat karung tinju tu.

Dush!!Dush!!Dushh!!

"Dasar lelaki tak guna!,tak kenang budi!,penipu!,aku benci kau Zayn!" Satu lagi tumbukkan padu ditujukan ke arah muka Zayn yang terpampang luas pada karung tinju.

Dushh!!!

Eyka yang sedang duduk diruang tamu menggelengkan kepalanya melihat ku sambil menikmati coklat yang bertaburan di atas meja.

"Hur..hur..hurr.."pergerakannya yang rancak tadi terus terhenti bergerak, penumbuknya yang sekeras batu itu masih lagi dibiarkan melekat pada kertas A4 yang dah komot dan koyak teruk pada karung tinju.Nafasnya yang tercungap-cungap masih lagi kedengaran, manakala pandangannya ditundukkan ke bawah.Entah tiba-tiba air matanya mulai menitis perlahan.

"Dah lah tu Raina,kau tak payah layankan sangat perasaan kau tu.. Nanti kau jugak yang sakit.."kata Eyka dari dalam rumah.

"Kau tak faham apa yang aku rasa.. bila hubungan yang kau jaga dengan baik,yang kau teguhkan dengan perasaan cinta selama ni,hancur.. musnah semuanya..lelaki yang kau sangka baik,setia..rupa-rupanya... hm,hmph!"penumbuk ku,aku leraikan daripada terus melekat pada karung tinju,kepalaku,aku dongakkan semula melihat kertas A4 yang sudah berlubang besar ditengah-tengahnya.
Air mata yang sudah membasahi pipiku,aku kesat dengan tanganku.

"Hm,tulah..aku dah agak dah yang Zayn tu ada perempuan lain!..hi kalau aku jadi kau lah kan,dah lama aku pergi serang dia tu!!"Eyka yang mulai rasa bengang terus gigit coklat yang dibukanya.

"Kalau ikutkan hati aku pun,aku nak je serang dia time tu jugak!,tapi tengok tempatlah jugak..orang ramai kot masa tu.kang tak pasal-pasal ada pulak yang menyetan kat situ.." kataku selamba sambil tangan dan kaki ku menumbuk dan menendang karung tinju yang sudah kelihatan lunyai dikerjakan aku.

"Hm betul jugak cakap kau tu..em.. Eh dah lah tu,meh sini makan coklat
ni..sedaplah!,mana kau beli ah?!,tak pernah-pernah kau beli banyak-banyak macam ni!"lalu Eyka menyumbat beberapa jenis coklat ke mulutnya.Manakala matanya tidak dialihkan langsung daripada menonton televisyen.

Aku yang mendengar pertanyaan Eyka,terus menghentikan tumbukan ku.Satu persatu sarung tangan tinju yang ku pakai,aku buka dan tanggalkan daripada tanganku.

"Huh berpeluh.."jari-jemariku,aku regang-regangkan.Dengan wajah yang dibasahi peluh,aku memandang gambar Zayn pada karung tinju yang hampir hendak jatuh ke lantai.Aku tersenyum sinis dibuatnya, melihatkan wajahnya yang sudah berlubang ditubukku.

"Mampus kau lah Zayn!.."bisikku lalu terus mencabutnya daripada terus melekat pada karung tinju ku.kertas A4 yang sudah jahanam itu aku gumpalkan menjadi bola kecil.

Mataku pula mencari-cari sesuatu di sekeliling,dan..

"Hm,tu pun kau.."senyuman ku lemparkan pada bakul sampah yang diletakkan di situ.Lalu dengan pantasnya aku terus membaling gumpalan kertas A4 itu masuk ke dalam bakul sampah.

Yeah!!masuk!!

Kedua-dua tapak tanganku,aku sapu dan tersenyum-seyum kerana dengan sekali balingan sahaja dah masuk yeah!!haha!!

Lalu aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah.

"Em,sedapnya lah coklat ni!.."Eyka yang sedang menikmati coklat,tidak perasan kehadiranku yang sudah tercegat berdiri disebelahnya.Lalu aku terus merampas coklat ditangannya.

Eyka yang terkejut dengan tindakan ku,terus memandangku pelik.

"Eei kau ni,aku tengah makan kan!.. Yang kau pergi ambik coklat tu apasal?!"lalu tangannya mencuba-cuba untuk mengambil semula coklat ditanganku.Namun aku menghalang.

"Sukahati kau je makan coklat aku kan!"kataku sambil memandang Eyka yang masih terduduk di atas sofa sambil menyilangkan tangannya.

"Lah kenapa?!tak boleh ke?!,lagipun siapa suruh kau sepahkan kat atas meja ni kan aku dah ngap!"lalu tangannya dilarikan ke arah coklat yang berada di atas meja.

"Eei kau ni,semua coklat ni aku punya!,Rafael yang belanja aku!" Jawabku,lalu aku terus menekup mulutku.Ops,terlepas cakap pulak dah!.

"Wait,kau cakap apa tadi?,Rafael belanja kau?!"Eyka yang mendengar kata-kataku terus memandangku sambil tersengih.

"Arhh dah dah!..takde takde!"lalu aku terus mengemas coklat-coklat yang bersepah di atas meja ke dalam beg plastiknya semula.

"Eleh..nak nyorok-nyorok pulak.. Bagitahu jelah!.."kata Eyka sambil tersengih-sengih memandangku yang sudah merah membahang.

"Eei mana ada!.."lalu aku menjeling Eyka dan cepat-cepat melangkah pergi membawa coklat-coklat ku ke bilik.

"Eh bagi lah aku sikit!,aku nak!"

"Ahh,belilah sendiri!"lalu aku terus melangkah pergi.

"Kedekut!"jerit Eyka sambil bibirnya dicebikkan.

"Huhh!"Eyka terus mengambil bantal disebelahnya dan terlihat ada beberapa coklat disorokkannya dibawah bantal semasa Raina diluar tadi.

"Hm,nasib baik aku nyorok kan sikit coklat dia kat bawah bantal..hehe.." lalu Eyka membuka plastik coklat tersebut dan menyumbatkan ke mulutnya.

Em yum!yum!

*Hai readers semua!!,sis nak promote cerita kat korang semua!, meh lah baca cerita ni!!

I Love you Mr Husband and
Alam Fantasi by NRRATIRAH

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now