Selepas memasukkan baju-bajuku ke dalam almari,aku terus merehatkan diriku diruang tamu.Punggungku aku labuhkan di atas sofa,lalu aku menyandarkan tubuhku.Otakku pula ligat memikirkan sesuatu.
"Raina...manalah aku nak cari dia ni...kalau aku tanya Opah,Opah tahu ke tak erk rumah dia?...hmm"lalu aku memejamkan mataku sekejap dan terus berfikir mencari idea.
"Rafael!.."kedengaran suara opah yang memanggilku dari arah dapur terus menyentakku.Aku pun terus mencelikkan mataku dan melihat Opah yang sedang berjalan menuju ke arahku sambil membawa sebungkus plastik merah ditangannya.
"Opah panggil Raf ke?.."soalku ingin kepastian.lalu mataku tertumpu pada plastik merah yang dipegangnya.
"Eh taklah,Opah panggil ayam Opah yang kat reban belakang rumah tu... Isshh kamu ni,Opah panggil kamulah..dah jom cepat ikut Opah!.." Kata Opah lalu mengajakku mengikutinya.
"Ikut Opah?,pergi mana?!"Opah yang baru hendak melangkahkan kakinya terus terhenti dan memalingkan wajahnya semula ke arahku.Manakala aku masih lagi duduk di atas sofa miliknya.
"Pergi jamban!"jawab Opah.Aku yang mendengar jawapannya terus berasa pelik.jamban??
"Isshh kamu ni,ikut Opah pergi rumah Cik Dilah lahh!!..Opah nak pergi ambil baju Opah yang Opah tempah hari tu..pastu Opah nak bagi sekali kek coklat yang Opah buat ni.."kata Opah sambil bercekak pinggang.
"Cik Dilah mana ni?.."soalku lagi.
"Alaa..kamu ni banyak tanyalah,ikut jelah Opah!.."lalu Opah menarik tanganku,aku pun terus mendirikan diriku.
"Sekarang ke?!"soalku lagi sambil membuat muka malas.
"Hi budak ni!,sekaranglah!!..habistu bila lagi!..Opah nak pakai baju tu masa kenduri kahwin nanti..dah cepat pergi start kereta,selalunya Opah jalan kaki..ni kamu dah ada, senanglah Opah nak ke sana sini!.." Kata Opah dengan nada yang tinggi.
"Haa yelah..."lalu dengan malasnya aku melangkah menuju ke arah kereta ku.Opah juga turut mengekori ku dari arah belakang.
"Kat mana rumah Cik Dilah tu?!" Tanyaku lalu menghentikan langkahku dan terus memusingkan tubuhku menghadap Opah.
"Kamu ni banyak tanyalah!,ikut jelah Opah!.."jawab Opah lalu melangkah pergi.Aku yang masih tercegat,terus melangkahkan kaki ku apabila Opah memanggilku.
"Cepatlah oi!"
××××××
"Ishh,manalah budak bertuah ni..dia ni mandi ke buat bilik air...nak dekat 1 jam aku tunggu,hm kang lama-lama aku jugak yang kait semua rambutan ni!..ke dia sambung membuta lagi kat bilik air?!.."Puan Dilah yang sedang mengait buah rambutan pada pokok di tepi rumahnya,terus menghentikan kerjanya dan berjalan menuju ke arah pondok yang berada disitu,lalu menyandarkan galah yang dipegangnya pada tiang pondok tersebut.Belum sempat dia melabuhkan punggungnya,kelihatan sebuah kereta Audi berwarna merah memarkir dihadapan rumahnya.
"Siapa pulak tu?!"lehernya dipanjangkan untuk melihat si pemilik kereta tersebut.
Usai sahaja memarkirkan kereta,aku dan Opah terus melangkah keluar dari perut kereta.Mataku pula melihat ke sekeliling rumah,lalu mataku tertumpu pada kereta swift berwarna merah yang berada disebelah keretaku.
"Macam kenal je dengan kereta ni.." Bisikku sambil memandang kereta tersebut.Dahiku aku kerutkan,seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Dah jom!.."ajak Opah lalu menyentak lamunan ku.Opah yang sedang berjalan pergi,aku terus mengikutinya sambil mataku melihat ke arah kereta swift merah itu.
"Assalammualaikum..Dilah!"kata Opah sambil menuju ke arah pintu dapur apabila melihat Puan Dilah yang sudah tercegat sambil tersenyum di situ.'Oh ni ke Cik Dilah..'desis hatiku.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...