BAB 32

3.7K 126 3
                                    

Perlahan-lahan pintu dibuka,dan aku melangkah keluar.

Dari jauh aku melihat dia sedang duduk di kerusi menunggu.

Lalu dia menoleh memandangku dan terus membangkitkan tubuhnya kepada posisi berdiri.

Perlahan-lahan aku menuju ke arahnya dengan air mata yang membasahi pipiku,ku biarkan.

"Awak!,kenapa awak menangis ni?, Doktor cakap apa?, awak?!..awak okay tak ni?! cakaplah!"Tanya dia bertubi-tubi.

Namun aku masih diam membisu, kepala ku tundukkan.Membiarkan air mata mengalir.

"Raina,please!,please bagitau saya Doktor cakap apa?!"Dengan riak wajah yang serius dia menanyaku.

Tak sanggup aku membuat dirinya menunggu dan tertanya-tanya.

Lalu perlahan-lahan aku mendongakkan wajahku agar mata kami saling bertentangan.

Aku melihat wajahnya yang setia,setia menanti luahan kata-kata yang bakal keluar daripada mulutku.

"Do..Doktor ca..kap..."kataku tersekat-sekat.

"Doktor cakap apa?!"Tanyanya sambil memandang mataku tajam.

Lalu perlahan-lahan aku mendekatkan bibirku ke telinganya. Disebabkan dia lebih tinggi daripada ku,aku terpaksa menjengketkan kaki Ku sedikit dan berkata...

"Doktor cakap...aku okay je!..takde apa-apa pun!.."

Lalu aku menjauhkan bibirku daripada telinganya dan tergelak apabila melihat riak wajahnya.

"Haha!!"gelakku hampir membuatkan satu klinik tu dengar.

Nasib baik takde pesakit lain kat klinik ni,kalau tak memang tak ah aku nak berdrama kat sini.

Haha!!

Aku masih lagi tidak henti ketawa.

Apabila aku melihat wajahnya macam nak meletup je tu,aku cepat-cepat menekup mulutku dengan kedua-dua tanganku bagi menahan daripada terus gelak terbahak-bahak.

Lalu dalam keadaan yang masih tergelak-gelak, aku terus melanggar bahunya dan cepat-cepat melangkah pergi ke arah kereta ku. Kereta Swift merah ku yang dipandu Rafael semasa hendak ke sini tadi.

Hahaha!!

Rafael masih lagi tercegat di situ sambil memerhatiku.

"Huh,dia main-mainkan aku?!..nakal jugak dia ni.."kata Rafael sambil tersenyum keseorangan lalu menuju ke arahku.

×××××××××

"Hm,awak dah pandainya main-mainkan saya.."kata Rafael sambil memandu kereta Swift ku.

"Biarlah!,asyik kau je kenakan aku, aku balaslah balik blurk!.."kataku pula sambil menjelirkan lidah kepada Rafael.

"Oh,balas dendam ah ni?!.."kata Rafael sambil matanya menjeling ke arahku.

"Em,lebih kurang macam tu lah.." balasku selamba sambil membuat gaya seperti orang berfikir.

"Oh,okay takpe takpe..."kata Rafael sambil tersenyum-senyum,manakala matanya sekejap pandang hadapan sekejap menjelingku.

Dengan tiba-tiba Rafael menghenti kan kereta Swift ku di bahu jalan.

Hampir terhantuk juga aku dibuatnya.

"Eei,kau ni dah kenapa berhenti tiba-tiba?!..nasib baik tak terhantuk kepala aku!.."kataku sambil memegang dadaku kerana terkejut dengan tindakan Rafael tadi.

Namun Rafael tidak menjawab pertanyaan ku itu dan merenung wajahku.

Apahal pulaklah mamat ni!!

Makin lama,makin dekat wajahnya ke arahku.Aku pula makin menjauhkan diriku hingga tersandar ke pintu kereta.

"Kau nak buat apa ni hah!"kataku gelisah dengan timdakan Rafael yang pelik semacam ni.

Blurp!

Aku menelan air liurku dan mengalihkan pandanganku ke arah luar tingkap apabila wajah Rafael mendekati ku.

Aku memejamkan mataku rapat-rapat dan mengetap bibirku.

Mak tolong Raina!!

"Takde apa,saya nak tengok jerawat awak yang comel tu.."kata Rafael lalu ketawa terbahak-bahak.

Hahaha!!

Aku terus membuka mataku dan menyentuh jerawat di pipiku.

Lalu dengan bengangnya,aku memukul dan mencubit-cubit bahunya.

"Arh..arh sakit.."adu Rafael.

"Eei..eei..jahat!!"kataku lalu menghentikan tingkah-laku ku tadi.

Lalu aku terus menyilangkan tanganku dan mencebikkan mulutku sambil menjeling dirinya yang masih tidak henti menggelakkan ku.

Haha!!

"Okay..okay..sorry..."kata Rafael sambil menyandarkan dirinya.Mata nya pula memandangku dan senyumannya masih lagi terukir.

"Dah dah lah tu,tak payah nak marah-marah sangat..nanti berkedut muka tu.."kata Rafael sambil tersengih-sengih melihatku.

Lalu dengan pantasnya aku menoleh ke arahnya dan memandangnya tajam.

"Eei..kau ni kan..geramnya aku!..boleh tak kau jangan buat macam tu lagi urh!.."kata ku sambil menggenggam jari-jemariku.

Bila-bila masa sahaja buku lima ni akan melayang kat muka dia.

Lalu aku menoleh semula ke luar tingkap kereta.

"Kenapa?,awak takut saya nak rogol awak?!"Tanya Rafael sambil memandang ku.

Lalu aku menjelingnya.

"Senakal-nakal saya pun,tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk buat benda-benda tu..so,tak payahlah awak nak takut sangat,saya bukannya jenis lelaki yang macam tu.."

Namun aku masih lagi diam membisu sambil mencebikkan bibirku.

"Tu bibir tu tak boleh panjang lagi ke?,ke nak saya tarik kan?,biar panjang macam mulut itik.."kata Rafael sambil tersenyum-senyum melihatku.

Lalu cepat-cepat aku menekup mulutku.

"Dah lah tu,senyum sikit..tak comel lah macam ni.."

Lalu aku menoleh ke arahnya dan..

"Blurk!"kataku sambil menjelirkan lidah.

Namun dia masih lagi tersenyum melihatku.

"Tak senyum pun takpe lah,macam tu pun dah comel.."kata Rafael.

"Tapi..."

Aku terus menoleh ke arahnya apabila ayatnya terhenti.Dan mata kami bertentangan.

"Tapi,boleh tak awak jangan guna perkataan kau aku,kasar sangatlah perkataan tu..tak sesuai untuk orang comel macam awak ni.."kata Rafael sambil melemparkan senyuman kepadaku.

"Habistu aku nak guna perkataan apa?"tanyaku.

"Awak,saya...tak pun,sayang pon boleh jugak!.."

"Eei..jangan nak mengada-ngada erk!" Balasku sambil menunjukkan buku lima ku padanya.

"Okay okay,awak saya.."

Lalu kereta Swift ku yang dipandu Rafael meluncur laju di highway.












RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now