"Hello,haa wei kau kat mana ni? Aku dah dekat KLIA ni.Haa!!..baju warna biru,dekat luar pintu masuk KLIA,haa okay okay aku datang"Usai sahaja berbicara melalui telefon bimbitnya, langkahnya terus diatur pergi.
Dari jauh aku dapat melihat seorang lelaki berbaju biru sedang melambai-lambaikan tangannya ke arahku sambil melemparkan senyuman.
"Rafael!!"jerit lelaki itu kepadaku setelah dia melihatku keluar daripada KLIA.Lalu aku menyahut panggilannya sambil menuju ke arahnya.
Kami terus bersalaman di antara satu sama lain dan berpelukan untuk melepaskan rasa rindu yang teramat sangay kerana sudah lama kami tidak berjumpa.
"Wei beb,kau apa khabar sekarang??, aku tengok kau makin lama makin handsome ah!!"kata Heydri sambil tangan kanannya menepuk bahuku.
Ketika itu juga,aku melihat beberapa orang gadis sedang melihat diriku sambil tersengih-sengih.Aku tau lah aku handsome, tapi janganlah pandang aku macam tu. Alahai akak oii!!,bergetar tulang rusuk aku.HAHAHA!!!
"Em,biasalah.."kataku dengan poyo sekali sambil menolak rambutku ke belakang lalu aku mengambil spec mataku yang ku selitkan pada baju bahagian dada dan terus memakainya.
××××××
"Ni kau dah bagitahu ke belum dekat family kau, yang kau dah balik dari New York??"Tanya Heydri kepadaku sambil memandu kereta Honda City nya yang berwarna brown.
"Belumm.."jawabku sepatah.
"Belum??apalah kau ni,nanti Mak kau membebel kang"kata Heydri lagi.
"Alahhh..biarlah..lagipun aku nak buat surprise kat diorang"jawabku sambil menjelingkan mata ke luar tingkap kereta.Kereta yang dipandu Heydri terhenti apabila lampu isyarat berwarna merah.
Red Light.
Mataku masih memandang ke luar tingkap dan aku terpandang seorang gadis yang berada di dalam sebuah kereta, kereta Suzuki Swift berwarna merah.
Gadis itu ku tenung dengan tekun sekali.sesekali aku merasakan nak tergelak melihat dirinya kerana telatahnya seperti orang yang kelang-kabut dan tidak tentu arah.
Gadis itu memakai shawl berwarna krim dan memakai baju seperti kot berwarna merah.hmm..memang padan sangatlah tu baju merah,kereta merah..agak-agaknya situasi dia pun tengah merah menyerlah.haha!!
Ahh!!comelnya kau ni..
"Tapi,kenapa aku rasa aku macam pernah jumpa dia nya.Macam,kenal sangat dengan gadis ni"bisikku di dalam hati.
Green light.
Aku melihat gadis itu terus memecutkan keretanya dengan laju sekali selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.
"Haha,ni mesti kes lambat masuk kerja ni,hahaha..aku confirm sangat-sangat"bisikku didalam hati sambil melirikan sedikit senyuman pada bibirku.
Hahaha!!!
"I hope,i will be meet you again, beautiful"kataku dengan nada yang berbisik.
"Hoi,apa kau cakap tadi?"Tanya Heydri sambil menyiku tanganku lalu memandu keretanya dengan cermat.
"Huhh.."jawabku dalam keadaan terpinga-pinga lalu lamunan ku terus terhenti.
"Aku tanya,kau cakap apa tadi??"soal Heydri lagi.
"Mana ada,aku tak cakap apa-apa pun.."balasku dengan pantas.
"Haa,yelah tu.."kata Heydri lalu memecut keretanya dengan laju.
Tanpa mempedulikan Heydri lagi, aku terus memikirkan gadis tadi.
Terus dan terus...
*sorry lambat update,orang tengah busy holiday lah katakan...
Hope korang enjoy dgn bab ni!!
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...