"Ish,urghh!!!..bencinya aku!!"
Jeritku sambil memandang jauh ke arah tasik di depan ku itu.
"Kenapa?kenapalah kau datang balik dalam hidup aku?!"
Kataku lagi sambil menumbuk-numbuk bangku yang di duduk oleh ku itu.
"So,selama ni,selama 2 tahun aku berkenalan dengan Kak Armel, syarikat tu and keluarga En.Azril.. rupa-rupanya diorang tu..diorang tu ada pertalian darah dengan Rafael! Diorang tu keluarga Rafael!!"
"Ughhh...kenapa lah aku tak tahu selama ni.Kak Armel pun tak pernah cerita pulak kat aku yang dia tu ada adik!adik paling poyo poyo poyo!!"
"Ahh bencinya aku!!"
"Benci! Benci! Benci!!!"
"Aku benci kau Rafael! Aku benci!!"
"Akak nak?"
Aku terhenti daripada terjerit-jerit macam orang gila apabila seorang budak lelaki dalam lingkungan 7,8 tahun agaknya telah menegurku.
"Huhh"
Kataku sambil memandang budak lelaki yang sedang berdiri di sebelah ku sambil menghulurkan sebatang aiskrim kepadaku.
"Ambil lah.."
Kata budak lelaki itu sambil menjilat aiskrimnya yang sedang cair itu, manakala tangan kirinya masih setia menghulurkan aiskrim kepadaku.
Alahai baiknya budak ni!!dah lah comel!!
"Aiskrim ni untuk akak?"
Tanyaku bingung sambil memandang wajah budak lelaki itu.
"Yelah untuk akak..dari tadi saya tengok akak asyik terjerit-jerit je..Tu yang saya belikan aiskrim ni untuk akak.."
Kata budak lelaki itu lalu melemparkan senyuman kepadaku.
Alaa..comelnya kau ni!!
Lalu aku mengambil aiskrim daripada budak lelaki itu dan mengajak budak lelaki itu duduk di sebelah ku.
"Adik?adik ni siapa nama?"
Tanyaku sambil membuka plastik aiskrim tersebut.
"Nama saya Raykarl"
Jawab budak lelaki itu sambil menjilat-jilat aiskrimnya.
"Oh ye,akak ni yang berlakon kat tv tu kan?..cerita,cerita,cerita apanya.. Saya tak ingatlah tajuk.Tapi saya suka tengok cerita tu..best sangat!..sebab saya minat kat akak.."
Kata Raykarl sambil memandangku manakala senyumannya tidak henti-henti dari tadi.
Hish budak ni,kau nak ngorat aku ke apa ni haa!!
Kau dah macam hero dalam drama tv lah pulak,yelah time time aku sedih.. boleh pulak kau datang hulurkan aiskrim kat aku.
Eeii..kalau boleh nak je aku cubit-cubit pipi kau tu.
"Wow,dah bape lama dah minat kat akak??"
Tanyaku sambil tersenyum-senyum melihat Raykarl.
"Tahun lepas rasanya.."
Kata Raykarl sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Alaa..comel lah kau ni!!sampai comot mulut tu makan aiskrim.
"Em.."
Kataku lalu meneruskan menjilat aiskrim tersebut.
"Raykarl memang selalu datang kat tasik ni ke?"
"Ha ah"
"Datang dengan siapa?"
"Sorang-sorang,tak pun dengan kawan-kawan.."
"Oh..Mak ayah Raykarl mana?"
"Kerja.."
"Tak takut ke datang sini sesorang?, kalau ada orang jahat datang nak culik macam mana haa..tak takut ke.."
"Kalau ada orang jahat datang, Raykarl lari lah balik rumah..rumah Raykarl dekat perumahan situ hahh"
Kata Raykarl sambil menunjuk-nunjuk perumahan yang berdekatan dengan tasik tersebut.
Usai sahaja makan aiskrim..
"Raykarl,akak rasa akak nak kena balik lah.."
"Oh ok!"
"Rykarl tak nak balik ke?,boleh lah akak tumpangkan Raykarl sekali"
"Em..boleh jugak!,jom"
Kata Raykarl sambil membuat gaya seperti orang berfikir.
"Jom!"
Kataku sambil memimpin tangannya dan berjalan pergi menuju ke kereta ku.
Anak siapa lah ni,suka hati aku je nak pegang tangan dia.
Haha..dah macam Mak dengan anak lah pulak.
Haha!!
×××××××××××××××××
"Hish mana pulak lah si Raina ni,aku call tak angkat!..dah lah aku tengah lapar...urghhh..."
Rungut Eyka sambil menyuap jajan Mamee ke mulutnya.
"Assalam...muaikum!"
Kata Raina sambil membuka pintu rumahnya.Dia melihat Eyka sedang memakan jajan Mamee dengan muka yang monyok.
Aku menghampirinya lalu duduk di sebelahnya dan berkata...
"Hai makcik!,lapar ke..."
Kataku sambil tersenyum-senyum melihat Eyka dengan muka monyok nya itu.
"Eh taklah,tak lapar pun.."
Balas Eyka sambil menjelingku.
"Alaa..merajuk ke..baru je nak bagi nasi ayam yang sedap ni.Tapi orang tu merajuk lah pulak..terpaksa lah makan sesorang je nasi ni.."
Kataku sambil menunjukkan bungkusan nasi ayam kepada Eyka.
Tapi Eyka masih lagi dengan muka monyoknya itu."Em!,sedapnya bau nasi ayam ni..."
Kataku sambil membuka bungkusan nasi ayam tersebut lalu menghidu kesedapan bau nasi ayam yang masih panas itu di depan Eyka.
"Aum..sedapnya lah..rugi orang tu tak makan.."
Kataku lagi sambil menyuap nasi ke dalam mulut ku.
Sebelum sempat ku menyuap nasi ayam ke dalam mulut ku yang kali kedua,tangan ku ditahan oleh Eyka..
"Wei,nak jugak..."
Kata Eyka dengan membuat muka sedih.
"Aik,tadi tak nak.."
"Alaa..bagilah aku..aku lapar ni..dah lah lama aku tunggu kau balik!"
"Dah tau lama,asal kau tak masak?"
"Aku malaslah...lagipun tadi kan aku sakit perut.."
"Eeiii...banyaknya lah kau punya alasan, tak pasal-pasal nanti bila kau kahwin..suami kau suruh kau masak, tapi kau malas,ahh memang sah lah suami kau cari lain"
Bebel ku kepada Eyka.
"Alaa..kau ni bisinglah!,dah bagi sini nasi ayam tu kat aku"
Kata Eyka lalu merampas nasi ayam dari tangan ku.Lalu tanpa mempedulikan ku,Eyka terus makan.
Lalu aku mengambil jajan Mamee yang dimakan Oleh Eyka tadi dan memakannya.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...