BAB 62

4.1K 125 3
                                    

Gelas demi gelas yang berisi air setan itu diminumnya.Minum tanpa mempedulikan erti dosa dan pahala.
Para ahli neraka pula sibuk berhibur dan bermaksiat di dalam kelab malam tersebut.

"Shella?,dah lah tu..dah banyak kau minum tu..lagipun dah malam ni jom balik.."Dengan riak wajah yang kerisauan Eva memandangku.kata-katanya samar-samar ditelingaku dek kerana bunyi muzik yang kuat itu aku abaikan. Semakin dia menghalangku, semakin banyak aku minum.

"No!,i want stay here,kau..kalau tak nak join aku pergilah balik sana!" Balasku lalu meneguk segelas lagi arak.Dengan arak lah aku dapat menenangkan jiwa,hati yang sedang sakit ini.

"Shella tolonglah,stop!"Gelas yang berisi arak itu terus dirampas oleh Eva.Aku yang masih dalam kemabukan itu tergamam dibuatnya.
Wajah Eva aku pandang.

"Bagi aku balik.."perlahan suaraku meminta.Rambutku yang ke depan itu aku raup kebelakang.

"No Shella!,dah banyak kau minum kau tahu tak!"marah Eva sambil memegang erat gelas tersebut agar aku tidak mendapatkannya semula.

"Hurh..Rafael..where are you Rafael.. Where are you..I miss you sayang.. Hurh..sampai hati you Rafael..sampai hati you tinggalkan I.."tuturku dalam keadaan seperti orang yang tidak waras.kadang-kala tersenyum sendiri dan kadang-kala akan menangis.

"Shella,aku rasa kau ni kan dah gilalah!,please lah shella lupakan jelah dia tu!,lagipun dia tu dah kahwin! Dah kahwin!dia suami Raina!"kata Eva dengan nada yang tinggi untuk melawan bunyi muzik yang kuat itu.

"No!,he is mine!,he is my husband.. Bukan perempuan tu!,aku isteri dia.. Aku..."Arak yang ditangan Eva terus dirampas dan diminum.Tergamam Eva dibuatnya apabila melihat tindakanku itu.Bagaikan orang yang sudah hilang kewarasan.

"Hei kenapa ni?"satu suara garau menyapa kami.punggungnya terus dilabuhkan disebelahku dan memeluk pinggangku erat.Tubuhku mula diterokainya.

"Entahlah,kau tengoklah girlfriend kau ni dah berbotol-botol dia minum.malas aku nak layan, hurh!"balas Eva lalu mengangkat punggung untuk beredar dari tempat maksiat tersebut.

"Hei,what is wrong honey?,why Eva marah-marah tu?,korang gaduh ke?" Soal Farid sambil memandangku yang leka dengan duniaku.Tangannya pula masih erat memelukku.

"She is crazy.."jawabku lalu meneguk arak yang terhidang megah di atas meja.

"Dah berapa botol you minum ni?em..jom lah teman I menari..tak pun jom teman I tidur.."soal Farid sambil bibirnya meneroka leher jinjangku.Aku pula bagaikan sudah khayal dengan duniaku hinggakan pandanganku samar-samar dibuatnya.

"No,I tak nak menari...I penat..I nak tidur.."ujarku sambil menolak dadanya hingga dia tersandar ke belakang.Tubuhku aku bangkitkan dan berjalan terhuyung-hayang untuk mencari pintu keluar kelab malam tersebut.

"Shella wait?!"Farid yang sedar bahawa aku sudah mulai melangkah pergi,terus dia mengatur kaki untuk mendapatkanku.Dalam keadaan yang terhuyung-hayang,tanganku terus ditariknya dan hampir sahaja membuatkan diriku jatuh ke lantai.

"Lepaslah...I..nak..balik.."kataku tanpa melihat wajahnya.Dunia ni pula bagaikan berpusing-pusing dimataku.Arak yang ku minum,mulai menguasai diriku.

"No,biar I yang hantar you.lagipun you tengah mabuk!,nanti apa-apahal kang I jugak yang susah.dah jom naik kereta I"tangan kirinya terus memeluk pinggangku untuk memimpinku yang sedang kemabukan itu ke arah keretanya. Penglihatanku pula sudah samar-samar dan akhirnya menjadi gelap-gelita.

×××××××

"Eeeii...geramnya aku tengok dia ni!.. Bukan main lamanya lah diorang dok borak..ingat aku kat sini tunggul apa nak menunggu!"bebelku sambil memandang tajam ke arah Rafael yang sedang berbual mesra dengan seorang wanita yang berambut perang kekuningan,berkulit cerah dan berbaju merah jambu yang mempunyai corak bunga pada bahagian skirt nya.

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now