Hospital Kuala Lumpur
Habis basah lencur baju kemeja berwarna biru gelap yang dipakainya itu hingga bentuk tubuh lelakinya itu jelas kelihatan dek kerana kemejanya sudah melekap pada tubuhnya.
Tak disangka-sangka,semasa Rafael hendak pergi ke Hospital tadi tiba-tiba sahaja awan mendung berkunjung tiba dan hujan turun dengan lebat sekali.Usai sahaja tiba di Hospital,hujan masih lagi turun dengan lebat dan pada ketika itu juga payungnya ada di dalam bonet kereta. Tanpa mempedulikan payungnya lagi dia terus meredah hujan yang lebat itu tanpa menggunakan apa-apa perlindungan.Itu yang menyebabkan dirinya basah lencur.
"Ahh basah pun basah lah!,yang pasti aku nak cepat sekarang ni!"kataku sendirian lalu mengorak langkah menuju ke pintu utama Hospital.
Manakala dirinya pula penuh dengan pelbagai perasaan, marah,bengang, sedih dan risau.Ya risau,dia betul-betul risau akan keadaan Raina ketika ini.Fikirannya bercelaru,banyak yang difikirkannya.
Pada tengahari tadi, dia telah mendapat panggilan daripada Eyka yang menyatakan bahawa Raina telah kemalangan.luluh jantungnya apabila mendengar akan hal tersebut.bukan apa,baru sekejap sahaja tadi mereka berbalas WhatsApp dan tiba-tiba sahaja mendapat khabar Raina mengalami kemalangan.
Suami mana yang tidak sedih bila mana orang yang dicintainya mengalami kecelakaan.Dirinya terasa bagai dihempap dengan batu yang besar.Di saat air mata jantannya ingin merembes keluar,dia cuba menahannya.
Tap!tap!tap!
Pantas Rafael berlari menuju ke bahagian ICU.Baju kemejanya yang basah itu sudah dia tidak kisah lagi. Manakala orang-orang di sekeliling yang melihatnya juga tidak diendahkan.
Termengah-mengah dia dibuatnya tatkala sampai di bahagian ICU. Matanya mula meliar mencari seseorang.
"Mana dia ni?..."bisiknya hingga nafasnya yang laju itu jelas kedengaran.
Lalu matanya tertancap pada satu sosok tubuh yang dicarinya tadi.tanpa membuang masa lagi dia terus menghampiri.
"Eyka!...Raina macam mana?!" terjahku kepada Eyka.terkejut Eyka dibuatnya tatkala mendengar nada suara ku yang sudah tinggi itu.ruang kosong disebelahnya,sudah aku duduk.
"Raina masih kat ICU lagi...doktor pun tak cakap apa lagi...haa wei,nah gelang Raina. Doktor yang bagi tadi" jawab Eyka dengan nada yang sayu.lalu gelang Raina itu diberikan kepadaku.Dahiku pula sudah berkerut memandang gelang yang dihulurkan oleh Eyka itu.
Gelang?ouh ya gelang Raina!,baru aku teringat.Gelang yang aku hadiahkan kepada dia.
"Terima kasih.."ucapku lalu mengambil gelang itu dan menelitinya.nasib masih elok lagi. Bibirku terukir senyuman sedikit.
"Apa yang jadi sebenarnya?,macam mana Raina boleh accident?"soal Rafael ingin kepastian.Matanya pula sudah memandang Eyka yang dari tadi hanya termenung sahaja.
"Aku tak tahu...masa aku drive tadi aku lalu jalan tu,then aku ternampak orang tengah berkumpul ramai-ramai..aku pun stop kan kereta sebab nak tengok apa yang berlaku.. masa aku datang dekat tu..aku terkejut mangsa dalam kereta tu rupa-rupanya...Raina...kawan baik akuu..." terang Eyka lalu tak semena-mena matanya mulai berkaca dan merembeskan air mata keluar.Sedih! Sedih yang amat!!!
Aku yang mendengar kata-katanya itu terdiam dibuatnya.Tak tahu apa yang hendak aku lakukan.aku buntu!.
"Arghh!.."kepalaku aku pegang dengan kedua-dua tanganku.rambut yang tadi kemas,kini sudah kusut dibuatnya dek kerana aku menggosok-gosoknya.ahhh serabut!!
"Dah lah tu bro...nah minum ni..hangat kan sikit badan tu.."
Kedengaran satu suara menyapaku lalu perlahan-lahan aku mendongakkan kepala ku untuk melihat si gerangan tersebut.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...