Selepas sahaja turun dari kereta,aku terus meregangkan otot-otot badanku setelah berjam-jam lamanya duduk di dalam kereta untuk sampai ke jeti Lumut.
"Hurh..rindunya..dah lama aku tak datang sini.."kataku dengan mata yang masih sepet-sepet memandang suasana di jeti itu yang sudah semakin maju dan berbeza semasa aku masih kecil dulu.
"Hai cik adik kat sana tu?..tak nak tolong ke abang yang kat sini ambik beg?"tersentak aku dibuatnya apabila satu suara menyapaku.Terus aku menoleh ke arah bonet kereta. Terlihat Rafael yang sedang tercegat disitu sambil menyilangkan kedua-dua tangannya.Matanya tepat memandangku ditambah lagi dengan senyumannya yang manis.
"Hi kecohlah dia ni.."gumamku lalu mengatur kaki ke arahnya.sampai sahaja di bonet kereta,aku menjelingnya dan terus mengambil bagasiku.Bibirku aku cebikkan.
"Apa jeling-jeling?,penat tau abang drive..bukannya nak cakap terima kasih ke apa?.."kata Rafael dengan nada yang acah-acah sedih sambil memandangku yang sedang meletakkan bagasiku di atas jalan tar.
"Hurh..yelah..wahai suamiku yang ter handsome sekali kat dunia ni,terima kasih sangat-sangat saya ucapkan!, terima kasih bawak saya datang sini!" Balasku dengan tidak ikhlasnya.haha!
"Macam tak ikhlas je cakap tu?" Matanya masih lagi setia memandangku.senyumannya tidak lekang daripada tadi.Orang ramai yang berada disitu pula asyik memandang sahaja kami dari tadi. Isshh janganlah tengok free drama kitorang ni!hurh!
"Ke nak abang kiss?"Terus naik pelbagai jenis darah ke muka ku apabila satu ayat yang membuatkan aku tak tenteram keluar dari mulutnya.please jangan buat kerja gila kat tempat awam macam ni Rafael oi!!
"Jangan nak mengada erk?!"matanya aku memandang tajam seakan-akan aku memberi amaran kepadanya. Namun dia masih lagi tersenyum dan tidak mempedulikan kata-kataku itu.
"Pipi awak dah merah..geramlah saya tengok.."Tangannya terus mencubit pipiku perlahan.Kenyitan mata diberikan kepadaku.dupdap! Dupdap! Oh my God!,malunya!!
"Whatever!"kataku berbisik lalu memakai spec mata hitamku dan melangkah cepat pergi ke bangku yang berada disitu.Arghh malu malu!
Bagasiku,aku tarik sekali.Rafael juga meletakkan begnya pada bangku yang sedang aku duduk itu sementara dia pergi meletakkan keretanya ditempat parkir kereta.
"Manalah dia ni,lambatnya.."keluhku sambil mataku melilau-lilau mencari kelibatnya,namun hampa susuk tubuhnya langsung tidak kelihatan. Jam ditangan aku tilik seketika.
"Mana dia ni,dah nak pukul 11 dah ni.."keluhku lagi sambil tapak kasutku tidak henti-henti menepuk-nepuk lantai.
"Em..selfie jap ah.."phone yang berada didalam handbagku aku ambil dan menghidupkannya. Apabila phoneku sudah memancarkan cahaya pada skrinnya, aku terus mencari logo kamera.
Klik!klik!klik!
Macam-macam gaya aku buat haha!. Almaklumlah kaki selfie.Lalu aku post gambarku yang paling comel ke instagram.done!
"Eh,ni Raina kan?,Raina Safiyya yang artis tu kan?"Aku yang sedang khusyuk melayan phoneku,disapa oleh seorang remaja lelaki yang entah datang dari mana pun aku tak tahu. Macam student je aku tengok?, macam ada baya-baya Adam?
"Ha ah,saya lah tu.."jawabku lalu melemparkan senyuman kepadanya. Ceh tak payah nak senyum-senyum sangat,nanti kalau Rafael nampak confirm jealous!
"Serious ke ni?,wah saya dah lama minat akak!"teruja sungguh remaja lelaki itu bagai nak melompat-lompat seperti kera kena belacan.haha! Ramai jugak peminat aku ni kan? Kembang semangkuklah aku jawabnya.
"Weh korang?!,sini ah..Raina Safiyya wei!"panggil remaja lelaki itu kepada rakan-rakannya yang sedang duduk berborak-borak pada bangku bahagian hujung sekali.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...