Bayu laut yang menyapa pipiku terasa damaiku rasakan.Tenang berada di sini.mataku aku pejamkan seketika bagi mendalami ketenangan ini.
Joran yang aku pacak kan pada celah-celah batu aku biarkan.menanti kehadiran ikan memakan umpanku.
"Hoi.."
Terasa bahuku disentuh seseorang, aku terus mencelikkan mataku dan menoleh ke arah si gerangan yang menyapaku itu.kimi?
"Ada apa?.."soalku kepada kimi yang sedang melabuhkan punggungnya pada batu besar yang sedang diduduki olehku.
"Takde apa..saja nak tengok kau dah dapat ikan ke belum.."jawab kimi sambil matanya memandang ke arah laut yang luas terbentang itu.
"Belum..kau?"soalku lagi sambil memandang ke arahnya.Apahal dia ni tak pernah-pernah nak borak dengan aku?.
"Aku pun belum dapat lagi.."balas kimi bersahaja.
Lalu keadaan kembali sepi dan hanya desiran ombak sahaja yang memecahi kesunyian kami.
"Mana Ina?,bukan tadi dengan kau ke?"Kimi mula menghamburkan soalannya.yang kau sibuk tanya pasal isteri aku kenapa?!,baik kau tak payah jumpa aku kalau kau datang sini semata-mata nak tanya pasal Raina!
"Ada dengan paksu kat sana...kenapa kau tanya?"sekali lagi dirinya aku pandang untuk menantikan jawapan yang bakal dikatakannya.Manakala hatiku pula merasakan ada sesuatu yang hendak dia katakan padaku. Cakap jelah apa kau nak?!
"Takde apalah..ha wei,kalau aku nak tanya sesuatu kat kau boleh tak?,tapi kau jangan marah erk?" Pinta kimi daripadaku sebelum mengeluarkan soalan yang aku dah agak dah dari tadi.aku dah agak dah dia datang sini mesti nak cakap sesuatu.kalau tak,memang tak lah dia nak datang sini menyembang dengan aku.
"Kau..betul-betul sayangkan Raina ke?"
Terus terkedu aku dibuatnya apabila kimi menanyakan soalan itu. Eh eh dia ni,kalau aku tak sayang dia dah lama aku kahwin dengan orang lainlah!
"Ofcourse lah aku sayang.. kalau aku tak sayangkan dia dah lama dah aku kahwin dengan orang lain!... yang kau tanya ni kenapa?"
"Kenapa?..kalau kau nak tau,kau sebenarnya bertuah sangat..bertuah dapat dia.."ujar Kimi dengan nada yang sayu.ombak yang datang memukul batu-batu besar itu ditenungnya.
"Bertuah?,maksud kau?"otakku pula mula ligat berfikir.ligat bekerja untuk menghadam apa yang diperkatakan olehnya.aku tau lah aku bertuah sebab dapat raina yang punya payah aku nak pikat hati dia tu..tapi apa maksud kimi ni?
"Takkan kau tak tau raina tu kalau dia dah sayang,dia memang setia gila.tapi kalau orang tu sakitkan hati dia, sampai mati dia ingat...so,aku harap kau jagalah dia baik-baik,jangan lukakan hati dia..aku cakap ni sebab aku..sayangkan dia,aku nak dia bahagia walaupun bukan dengan aku..tapi aku harap sangat kat kau, buat hidup dia bahagia..sebab aku tau kau je yang mampu buat hidup dia bahagia.."ujar kimi panjang berjela.Aku yang mendengarnya berasa cemburu apabila dia mengatakan dia sayangkan Raina. Dia suka raina jugak ke?
"Hoi!..dengar tak?!,kau janganlah salah faham..aku sayangkan dia macam adik aku sendiri jelah..tak lebih daripada tu pun!.."Aku yang termenung jauh tersentak dibuatnya apabila kimi menepuk bahuku dan sambil tersengih memandangku yang tidak tenang itu.ada jugak kang aku hempuk dengan batu ni!
"Baguslah kau anggap dia macam adik kau sendiri...takdelah aku nak jeles memanjang.."kataku perlahan dan hanya didengari samar-samar oleh kimi.
"Huh?!,apa kau cakap tadi?"
"Haa takde apalah.."
"Eleh aku dengarlah...kau jeles erk?..." kimi sudah tersengih-sengih melihatku yang kelihatan tenang namun hati sebaliknya.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...