"Hm..betul ke apa yang aku nak buat ni?!.."fikirku sambil menongkat daguku.
"Ahh whatever lah!..yang penting aku dapat jauhkan diri daripada si tak guna tu! Hurh!..."
"Lagipun...dia jelah satu-satunya lelaki yang aku kenal buat masa ni, and ni pun pilihan Mak jugak..nak sangat si Rafael tu jadi menantu dia.." Kataku lalu menyandarkan tubuhku pada sebatang pokok yang sudah menjadi tempat kebiasaanku untuk menenangkan fikiran.Yang sebenarnya kenapa aku kat sini,sebab aku whatsapp Rafael..aku nak jumpa dia kat sini pukul 5 petang,aku nak cakap something kat dia.So,itu sebablah aku kat sini..and berdebar jugak aku rasa bila nak bagitahu dia! Arhh!!
"Lantaklah!,asalkan aku tak kahwin dengan orang yang aku tak kenal dan yang paling penting sekali,aku dapat jauhkan diri daripada si tak guna tu!.."bebelku sambil satu persatu dedaun yang keguguran itu aku konyakkan hingga menjadi cebisan yang kecil.Tanpa aku sedar,satu suara menyapaku.
"Assalammualaikum.."kedengaran lembut suara yang menusuk ke dalam telingaku itu.Lalu terus aku menoleh dan membangkitkan tubuhku ke posisi berdiri.
'Eh,dia ke ni?,apasal lain semacam je dia ni..lain..lain sangat...lain sebab hari ni dia pakai kopiah!...dah kenapa pulaklah mamat ni...anyway,comel lah dia pakai kopiah tu..first time aku tengok dia pakai..so cute haha!..' Bisik hatiku sambil mataku tidak beralih langsung memandangnya. Manakala mulutku,aku tahan daripada ketawa.
Lalu Rafael datang menghampiriku.
Aku yang rasa nak tergelak cuba menahan dan hanya melemparkan senyuman sahaja kepadanya."Kenapa awak tersengih-sengih ni?" Soal Rafael sambil memandangku pelik.
"Takde apa,just..saya rasa pelik.." Balasku sambil memandang tepat ke arah kopiah yang berada di atas kepalanya itu.Namun senyumanku masih lagi tidak henti.
"Pelik?,apa yang pelik?!"soalnya lagi.
"Tu...atas kepala tu..sejak bila awak keluar rumah pakai kopiah?.."kataku sambil bibirku dimuncungkan ke arah kopiah tersebut.Rafael yang mendengar kata-kataku itu,terus memegang kopiah yang berada di atas kepalanya.
"Oh,lupa pulak saya nak bukak..tadi saya pergi masjid.."jawab Rafael lalu melemparkan senyumannya yang manis tu ke arahku.
"Masjid?,buat apa?!"tanyaku ingin tahu.
"Hi awak ni,saya pergi solat lah.. Takkan lah saya pergi berzumba kot!.."kata Rafael sambil memandangku yang hanya tinggi paras bahunya itu.Eei author ni,tak payahlah sebut tinggi aku kat dalam ni!..
"Em,sejak bila pulak awak rajin pergi masjid ni?...ke,Opah yang suruh.."tanyaku lagi sambil memandang tepat kebiji matanya.
"Opah tak suruh pun,entahlah..tetiba je hati saya rasa nak pergi.."jawabnya ringkas.
"Kenapa?,saya nampak handsome ke macam ni.."kata Rafael lagi sambil tersenyum lebar.
"Hello Mr.Poyo!..please lah,jangan nak perasan sangat boleh tak!" balasku lalu mataku dikerlingkan ke arah lain.
"Eleh,mulut je cakap macam tu..tapi hati Kata lain kan..kan.."Kata Rafael sambil keningnya dijungkit-jungkitkan di depanku.
"Hm,memang taklah!"kataku sedikit tinggi sambil menyilangkan kedua-dua tanganku,lalu aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain.Namun Rafael masih lagi dengan senyumannya.
"So,kenapa awak ajak saya datang sini?"tanyanya sambil mendekatiku. Aku yang mendengar pertanyaannya terus berdebar jantungku dibuatnya.
Dupdab!dupdab!!
OMG!!macam mana aku nak cakap kat dia ni!!
Dahlah masa tu aku pernah cakap yang aku tak nak kahwin dengan dia!!
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...