"Aarrgghhhh!!!!"
Mak Jah yang sedang menggaul-gaul kuah kari ayam yang didalam periuk, terperanjat dibuatnya apabila mendengar jeritan seseorang. Hampir terpelanting juga senduk yang dipegangnya itu.
"Opocot!.."latah Mak Jah.
Puan Maria yang sedang memotong sayur juga juga terperanjat.
"Apahal pulak lah budak-budak ni.." Kata Puan Maria sambil kepalanya dijenguk-jengukkan untuk melihat apa yang berlaku.
"Aunty aunty...Mak Jah!!..."jeritku yang dalam keadaan separuh basah bajuku itu sambil berlari ke arah mereka.Tercungap-cungap aku dibuatnya.
"Ni kenapa basah-basah ni hah?!" Tanya Puan Maria dengan nada yang sedikit tinggi.
"Ha ah,terkejut Mak Jah tau tak!.. nasib baik Mak Jah takde sakit jantung! Hi!"kata Mak Jah pula sambil memegang senduknya.
"Haa..Ra..Ra..."tercungap-cungap aku sambil ketawa kecil.
"Ha ha ra ra apa ni Raina?,Aunty tak fahamlah!"kata Puan Maria sambil mengerutkan dahinya.
"Ha ah,cubalah cakap betul-betul..duk tergelak-gelak ni dah kenapa?!" Kata Mak Jah lagi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu melihat aku yang masih gelak terkekeh-kekeh.
Namun aku tidak menjawab segala pertanyaan mereka dan terus ketawa sepuas hati.
"Raina!"jerit Rafael.
Lalu aku terus mematikan tawa ku apabila nama ku dipanggil Rafael yang sedang menuju ke arah dapur.
"Alamak Rafael datang!!"kataku lalu terus menyorok ke belakang Puan Maria.
Puan Maria sudah tidak keruan melihat ku,begitu juga Mak Jah.
"Raina!"panggil Rafael apabila dia sudah sampai di dapur.
"Arghh!!"jeritku sambil menarik-narik baju Puan Maria untuk melindungiku daripada ditangkap oleh Rafael.
"Ni apahal pulak kamu ni Rafael?!! Sampai baju basah-basah mama tengok ni hahh?!"kata Puan Maria dengan nada yang tinggi sambil melihat Rafael yang sudah basah lencur itu.Lantai dapur yang kering itu sudah pun basah disebabkan oleh kami berdua.
"Raina tu hah!"balas Rafael sambil mencuba-cuba untuk menangkap ku yang sedang menyorok dibelakang Puan Maria.
Rafael yang cuba untuk menangkap ku tidak berjaya kerana disebabkan oleh Puan Maria yang mendepakan tangannya bagi menghalang Rafael daripada pergi ke arahku.
"Mama!,tepilah mama!"kata Rafael sambil menggerakkan langkahnya sekejap ke kiri sekejap ke kanan.
Dah macam permainan Ibu ayam melindungi anaknya daripada dimakan oleh musang je aku rasa haha!!.Alaa,permainan yang korang main masa sekolah rendah tu dulu.
Manakala Mak Jah juga mempertahan Kan ku sambil memegang senduknya itu.Ewah!,Mak Jah pun nak jadi hero jugak ke?!.
Dah macam Queen aku rasa, dilindungi dan dipertahankan daripada musang yang sedang mengganas itu.hahaha!!!
"Blurk!,blurk!"kataku sambil menjelirkan lidah kepada Rafael.
Haha!!
Keadaan didapur menjadi huru-hara sekali dengan suara kami yang terjerit-jerit dan tergelak-gelak itu.
Aku pula sekejap menyorok dibelakang Mak Jah apabila Rafael mendekati Puan Maria dan sekejap dibelakang Puan Maria apabila Rafael mendekati Mak Jah pula.
"Baik kamu jauh Rafael sebelum Mak Jah ketuk kamu dengan senduk ni!" Kata Mak Jah sambil menunjukkan senduk yang dipegangnya itu.
Aku yang berada dibelakang Mak Jah sudahpun tergelak-gelak melihatkan keadaan yang sedang hiruk-pikuk sekarang ini.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...