Aku yang baru sahaja masuk ke dalam bilik,terus melabuhkan punggungku di atas katil.Bantal yang berbentuk segi empat tepat itu aku susun pada tempat asalnya dan menepuk-nepuk perlahan.Usai sahaja, aku terus mendaratkan kepalaku di atas bantal.Tangan kanan Ku,aku letakkan dibelakang kepalaku agar kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan.Dalam keadaan yang berbaring sambil mataku melihat ke arah siling,aku mula teringat dan terbayang semula pasal siang tadi.
"Em,Raina..Raina..muka dah comel... Tapi.."
"Ganas!.."kataku sambil tersengih-sengih bila teringat balik segmen pergaduhan kitorang yang sweet-sweet gitu.haha!
"Nak pau tu jugak!"kataku sambil memuncungkan bibirku ke arah pipinya.
"Eei..jangan mengada-ngada erk!, saya tumbuk muka awak kang!.." Jawab Raina kasar sambil menunjukkan buku limanya itu.
"Tumbuklah kalau berani!..badan keding,ada hati nak tumbuk orang!"kataku sambil tersenyum-senyum memandangnya yang sudah naik berang dengan sikap ku.
"Apa awak kata,keding?!..apa awak ingat saya keding,saya tak kuat ke huh!.."kata Raina sedikit tinggi sambil matanya bulat memandangku.
"Tak kuat pun!,lembik macam jelly!!"ejekku kepadanya lalu aku merampas sketch booknya yang berada di atas ribanya.Raina yang mendengar aku kata begitu,terus geram dia dibuatnya dan semakin geram bila aku mengambil sketch booknya tanpa izin.
"Eeeiii...awak ni kan!...bagilah balik!"marahnya sambil tangannya mencuba-cuba untuk mendapatkan sketch booknya yang aku sorokkan dibelakang badanku.
"Kalau awak nak...awak kena cakapp..."belum sempat aku menghabiskan ayatku,Raina sudah mencelah.
"Cakap apa!"kata Raina dengan geram.
"Awak kena cakap I love you dulu kat saya..."balasku sambil tersenyum-senyum memandangnya.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...