BAB 35

3.9K 142 1
                                    

Aku menatap wajahnya,merenung dengan senyuman kegembiraan pada bibirku.Mataku pula tidak kelip-kelip memandangnya,malah bersinar-sinar dibuatnya.

Sambil menongkat dagu ku,aku masih setia menatap wajahnya, wajah yang sudah seminggu lebih aku tidak lihat.Aah!rindu sangat!

"Kenapa awak tengok saya macam tu?"Tanya Zayn sambil menyuap masuk kek coklat ke mulutnya.

"Takde apa,saje rindu..takkan tak boleh kot!.."

Walaupun semalam aku tak dapat nak buat surprise untuk dia,tapi hari ni pun dah buat aku cukup bahagia dapat jumpa dia.

Ohh.. bahagia..bahagia..di saat ini..

Bukan senang nak keluar date dengan dia ni,asyik busy je memanjang. Almaklumlah dah popular sekarang ni..macam-macam tawaran dia dapat hmm kalah aku. Lepas balik Langkawi ni pun katanya ada shoot drama lagi.Entah bila lah drama dia nak habis hmm.

"Rindu sangat ke?"Tanya Zayn lagi sambil tersenyum memandangku.

"Dah seminggu lebih tau saya tak tengok muka awak!,of course lah saya rindu!.."balasku pula.

Zayn ketawa kecil.

"Why you gelak?!"kataku sambil mengerutkan dahi.

"Takdelah,saya pergi langkawi seminggu lebih je pun..tapi awak tenung saya dah macam saya ni pergi selama setahun je..."Balas Zayn sambil tersengih-sengih lalu menyuap masuk kek coklat ke dalam mulutnya.

"Eei..orang cakap betul-betul,dia boleh gelak pulak!.."kataku lalu aku mencebikkan bibirku,manakala pandanganku,ku tundukkan ke bawah.

"Alaa..alaa...merajuk ke?!.."kata Zayn sambil tersenyum-senyum memandangku.

Namun aku tetap membisu dan mengendahkan kata-katanya itu.

"Raina!.."panggilnya.

Namun aku tetap juga tidak menyahut panggilannya itu dan terus menundukkan pandanganku ke bawah.

"Raina,pandanglah saya sini...awak tengok lantai tu bukannya handsome pun lantai tu.."

"Memang lantai ni lagi handsome pun daripada awak!"balasku selamba.

"Oh,okay...kalau lantai tu lagi handsome daripada saya,saya bagilah coklat ni kat orang lain.."kata Zayn sambil menunjukkan beg plastik di atas meja yang berisi pelbagai jenis coklat.

Coklat dari Langkawi lah tu!

Lalu,dengar sahaja perkataan coklat yang diperkatakannya itu,mataku terus membulat besar.

"Coklat?!.."bisikku sambil melirikan senyuman.

Dan aku pun dengan pantasnya mendongakkan pandanganku ke arahnya.

Lalu dengan selambanya aku meminta.

"Nak!,nak coklat!"rayuku.

"Kan tadi awak kata lantai tu lagi handsome,mintak lah kat lantai tu.." Kata Zayn sambil tersenyum-senyum memandangku yang merayu-rayu itu.

Gila kau,coklat siapa tak nak!,lagi-lagi free free je dapat!..coklat mahal pulak tu!!..lagipun aku ni pun hantu coklat jugak!!haha!!.

"Okay okay,awak lagi handsome daripada lantai tu!...awak please jangan bagi orang lain coklat tu.. Please please...saya nak..."rayuku lagi.

Coklat je pun!macamlah tak boleh beli sendiri!,hm Raina,Raina..

"Yelah yelah,nah nah!.."balas Zayn sambil menghulurkan beg plastik yang berisi coklat itu.

"Yay!,thanks awak!"kataku teruja sambil melemparkan senyuman manis kepadanya.

Lalu Zayn juga turut membalas senyuman kepadaku dan sambung makan kek coklatnya itu.

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now