Terasa nyaman sekali angin yang sepoi-sepoi bahasa itu menyentuh pipinya.sekali-sekala dia memejamkan matanya sambil-sambil menghirup udara segar di halaman rumahnya itu.
Dia yang sedang duduk di kerusi besi sambil menikmati secawan air teh panas itu khusyuk melihat gambar-gambar lamanya di dalam galeri handphone nya.
Satu persatu gambar itu ditiliknya sebelum dia membuat keputusan untuk memilih semua dan menekan perkataan 'delete'. Akhirnya gambar yang disimpannya selama ini telah terhapus padam.
Gambar-gambar dia bersama Raina sepanjang zaman perkenalan mereka berdua.Dia berharap dengan cara itu sahaja dapat melupakan bekas kekasihnya itu,Raina.
"Hurr..."Zayn menghela nafas lega. Senyuman tipis terukir dibibirnya. Manakala matanya sudah jauh termenung.Dia juga berharap, kehadirannya di sini bukan sahaja dapat bersama dengan ahli keluarganya semula,tetapi dia berharap dapat mencari ketenangan dan kebahagiaan di dalam jiwanya yang sedang kosong ini.
"Hey Zayn,kat sini rupanya..."sapa Kak Zalya iaitu kakak kepada Zayn. Lalu kerusi besi disebelah kiri Zayn di tariknya dan diduduk.
"Hai kak.."balasku kepadanya. Senyuman tipis aku berikan.
"Hei,kenapa ni?,masih fikirkan kenangan lama?"soal Kak Zalya manakala kedua-dua tangannya sudah diletakkan di atas meja besi itu dan tubuhnya ditegakkan.
Mendengarkan pertanyaannya itu,aku hanya mampu membalasnya dengan satu senyuman tipis sahaja. Tidak tahu apa yang harus aku respon kan.
"Dah lah tu,Zayn perlu lupakan segala kenangan Zayn dengan Raina, Raina isteri orang...tak elok kalau kita ada hati dekat isteri orang lagi..Zayn kena terima kenyataan yang Raina tu bukan jodoh Zayn,okay?"nasihat Kak Zalya lalu tangannya diletakkan di atas bahuku dan mengusap perlahan. Senyuman manis diberikan kepadaku.
"Ye kak,Zayn tengah cuba.."balasku pendek.lalu aku membalas senyumannya itu.
"Okay bagus adik akak!"puji Kak Zalya lalu mencubit pipiku.
"Aduh,sakit ah kak!"aduku lalu menggosok-gosok pipiku yang sudah kesakitan itu.
"Ops sorry,sakit ke hehe.."sudah tersengih-sengih Kak Zalya dibuatnya.
"Sakitlah.."
"Assalammualaikum!"
Kedengaran suara seorang wanita memberi salam,lalu cepat-cepat kami menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
"Waalaikumussalam!"balas Kak Zalya sambil kepalanya tertengok-tengok ke arah pemilik suara tersebut.
Apabila salamnya disahut,cepat-cepat wanita itu menuju ke arah Kak Zalya dan aku yang berada di tepi halaman rumah.
Kelihatan seorang gadis yang comel kira-kira dalam lingkungan 20-an menghampiri kami sambil membawa beg sandang dan juga lugage bersamanya.
Tiba-tiba sahaja hatiku mula berdebar melihat kecomelan wajahnya dan juga ditambah dengan senyuman manis berlesung pipit di kedua-dua pipinya.
Dupdap!Dupdap!
"Maaf ganggu,saya Nikki..saya mahu nanya,apa benar ini rumahnya ibuk Suryani binti Azfar?"soal gadis itu kepada kami.
"Ouh iya benar,Suryani itu mama kami..ini rumahnya..kenapa ya?,ada yang bisa kami bantu?"kata Kak Zalya lalu menanyakan soalan kepada gadis itu pula.
"Begini kak,saya yang disuruh kerja sebagai pembantu rumah di rumah ibuk Suryani ini.."jelasnya lagi.
"Ouh iya kamu orangnya yang saya minta dicarikan itu sebagai pembantu rumah di sini!"kata Kak Zalya sedikit tinggi lalu mendirikan tubuhnya. Manakala aku hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka itu.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...