BAB 58

4.1K 135 6
                                    

Kring!kring!kring!!!

Aku mengeliat kecil sambil mataku perlahan-lahan aku buka.Dalam keadaan mataku yang masih kuyu, jam yang berada di atas almari kecil disebelah katil aku pandang.tidak jauh dariku.

6:00 A.M

Lalu cepat-cepat tanganku memicit button pada jam untuk menghentikan bunyi yang membingitkan telingaku sebentar tadi.Usai sahaja menghentikan bunyi yang menyakitkan itu,aku terus berniat untuk membangkitkan tubuhku untuk menunaikan solat subuh.

"Apahal berat semacam je badan aku ni?!"dahiku sudah dikerutkan.Aku yang sedang baring mengiring terasa badanku tidak dapat bergerak.Aku dapat merasakan hembusan nafas seseorang menyentuh leherku.

Cuak aku dibuatnya,jantung aku sudah rancak mengempam darah. Mataku pula sudah membulat besar apabila melihat tangannya yang sasa itu sedang memeluk tubuhku yang kecil molek ini.Rafael!!

Dengan pantasnya aku mengalihkan tangannya dari tubuhku dan tanpa sengaja aku tertolaknya kuat hingga dia terjatuh ke lantai.

GEDEBUKK!!

"Hii awak buat apa huh kat saya?!" Soalku geram sambil mendudukkan diriku di atas katil,ditambah dengan rambutku yang kusut masai bak pontianak mengamuk pagi-pagi buta. Mataku pula tajam memandangnya yang sudah kesakitan di atas lantai.

"Awak ni kenapa?,tolak-tolak, dah lah sakit!"belakang badannya digosok-gosok bagi menghilangkan rasa sakit yang mengejutkan paginya.

"Awak tu hah yang kenapa?!"balasku dengan nada sedikit tinggi.Mataku sudah naik berapi memandangnya yang duduk dilantai sambil tangannya tidak lekang menggosok-gosok belakang badannya ditambah lagi dengan tak berbaju hampir tak keruan aku dibuatnya.

"Apa?,apa kenapanya??"soal Rafael semula kepadaku.Hish dia ni!! Buat-buat tak tahu ke atau tak tahu?!.

"Hi awak ni kan!,kan saya dah kata jangan tidur dekat-dekat dengan saya!jangan sukahati nak peluk saya!saya dah letakkan bantal peluk tu kat tengah-tengah!mana perginya?!"balasku pantas hingga tercungap-cungap aku dibuatnya. Mataku setia memandang ke biji matanya tajam.

"Nak peluk isteri sendiri pun takkan tak boleh kot..lagipun,bantal peluk tu tak best lah dibuat peluk,sebab tulah saya peluk awak..baru best.." rambutnya diraup kebelakang,lalu senyuman menggoda diberikan kepadaku ditambah dengan kenyitan mata yang hampir membuatkan jantung aku nak meletup.Dah keluar dah kuman gatal dia tu!!

"Rafael!!"jeritku.Wajahku pula sudah merona merah menahan malu yang teramat sangat.

"Alaa..alaa..okay kay..blushing ke dia.."kata Rafael sambil datang merangkak di atas katil ke arahku. Dupdap!Dupdap!.Alahai kau buat aku tak keruan lagi,Rafael oi!

Dekat,dekat,dan dekat.Betul-betul dia dihadapanku.Aku pula sudah menundukkan wajahku,tak kuat iman aku nak tengok muka dia yang menggoda pagi-pagi ni.Alahai..

"Sayang.."lembut suaranya memanggilku disertai dengan senyumannya yang memukau.Namun aku hanya membisu dan tidak memandangnya langsung.Ah lantaklah!,aku rasa aku nak lari pecut masuk bilik air je!

"Sayang,look at me sayang.."kali kedua dia memanggilku sambil jarinya menarik daguku agar mataku melihatnya.Damn!,kau buat jantung aku tak keruan gila dah ni Rafael!.

"Kenapa senyap?,tadi bukan main garang lagi macam singa.."Katanya lembut sambil matanya tidak lekang melihat wajahku.bibirnya pula tidak sudah-sudah tersenyum.What?! singa?!

Haha aku singa?!,kenapa,kau nak rasa ke penangan dari singa betina ni ke?? Huh!huh!

"Oh,I know..maybe singa ni blushing kot.."tambah Rafael lagi sambil mencuit hidungku.Aduhai tolonglah!, aku nak blah jugak sekarang ni!aku nak solat dah pukul bape dah tu oi!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now