Puan Maria yang sedang duduk di kerusi berdekatan dengan swimmingpool,khusyuk membelek-belek majalah yang baru sahaja dibelinya semalam.sambil membelek setiap helaian muka surat majalah, sambil itu lah dia menghirup secawan teh yang terhidang di meja kecil bersebelahannya.
"Em..cantik betul lah si Raina ni..dah lah cantik..baik..manis pulak tu orangnya..kalau lah Raina jadi menantu mama.."kata puan Maria pada dirinya apabila melihat gambar Raina yang terpampang di dalam majalah tersebut.Senyumannya pula masih lagi terukir.
Matanya yang terlalu khusyuk melihat isi di dalam majalah tersebut, tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang menghampirinya dari belakang.
"Mama!!..."terjahku dari arah belakangnya.
"Opocot Mama kau!!!"latah puan Maria hampir sakit jantung dia dibuatnya.Bertuah punya anak!!. Manakala aku tersengih-sengih melihat telatah mama itu.
"Hish kamu ni!,terkejut mama tau tak!"marah puan Maria sambil mengurut-ngurut dadanya itu. Matanya pula tajam memandangku. Ops,sorry ma!
"Alaa mama ni..Raf nak gurau-gurau pun tak boleh ke?.."kataku sambil melabuhkan punggungku pada kerusi kosong disebelah mama.Lalu aku membuat muka comel didepannya. Mama yang melihatku sudah naik menyampah dia dibuatnya.
"Tak payah nak gedik sangat boleh tak?!,menyampah mama tengoklah.." balas puan Maria lalu mengalihkan pandangannya pada majalah itu semula.makin puan Maria kata begitu,makin membuat-buat muka comelku.haha!
"Hish kamu ni,pergilah sana!.."arah puan Maria sambil memukul bahuku dengan majalah yang dipegangnya itu.
"Aduh mama ni,sakit ah bahu Raf!" bahuku aku gosok akibat pukulan daripada mama.Mama pula hanya menjelingku.
"Dah kamu cari pasal dengan mama!, mama balaslah balik!"balas puan Maria sambil menyelak helaian yang lain.Manakala aku hanya mencebikkan bibirku sambil memandang mama yang daripada tadi asyik membelek majalah sahaja.
"Ma?"
"Apa?"jawab puan Maria tanpa melihat wajahku langsung.Aku pula sudah menongkat dagu sambil mataku melihat pada majalah tersebut.
"Mamaa..."panggilku sambil tersengih-sengih.Tanganku pula menggenggam erat tangannya.
"Apa dia?!,cakap jelah! Yang tersengih-sengih ni dah kenapa?!" puan Maria terus menutup majalahnya dan memandang ke wajahku yang berseri-seri itu.
"Ma,Raf ada surprise untuk mama!.." Kataku sambil melemparkan senyuman manis kepadanya.
"Surprise?,mana?mana surprise nya?!,mama tak nampak pun.."Puan Maria melilau-lilaukan matanya disekelilingku untuk melihat kejutan yang bakal aku berikan.Namun malangnya tiada.
"Nanti malamlah Raf bawak!..mama mesti suka punyalah!"jawabku tersengih-sengih sambil keningku dijungkit-jungkitkan.
"Ish apa benda kamu ni?!,baik kamu cakap cepat apa bendanya?!"semakin berkerut dahi puan Maria dibuatnya.
"Alaa..mama tunggu jelah nanti malam..because I want bring someone special to you!"balasku dengan nada gembira.
"Someone special?who?lelaki ke perempuan?"soal puan Maria ingin kepastian.
"Of course lah perempuan ma..tak kan lah lelaki kot.."
"Siapa namanya?,bakal menantu mama ke?"soal puan Maria lagi sambil tersenyum.Berbunga-bunga hatinya apabila aku berkata begitu.
Namun aku hanya membatu dan membalas dengan senyuman sahaja."Mama rasa?"aku mendekatkan wajahku dengan mama dan membisikkan kepadanya.Mama pula hanya memandangku dan fikirannya pula ligat berfikir.Aku yang melihat wajah mama sedang ligat berfikir itu, terus mencium pipinya dan memecut pergi.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...