BAB 57

4.2K 148 11
                                    

Tombol pintu dipulas.Pintu dikuak perlahan.Laju langkahnya menuju ke arah katil yang bersaiz king itu.

"Hurhh.."keluh Rafael sambil merebahkan tubuhnya di atas katil. Aku yang masih tercegat dipintu bilik teragak-agak untuk masuk.Tanpa memikirkan apa-apa lagi,aku terus melangkahkan kaki ku masuk ke dalam.Beg bagasiku,aku tarik bersama.Hish dia ni,bukannya nak tolong aku angkut beg aku ni!!hrm.

Masuk sahaja ke dalam,mataku mula melilau-lilau ke sekeliling biliknya. Langkahku terhenti seketika.Inilah kali kedua aku jejakkan kaki aku kat bilik ni.

Rafael yang melihatku masih tercegat lagi,senyumannya mula terukir dan fikirannya mula beraksi.

"Buat apa lagi tercegat kat situ?,meh lah sini baring sebelah abang!"ceh dia gelar diri dia abang?Ruang kosong pada tilam yang empuk itu,ditepuk-tepuknya menandakan mengajak aku baring disebelahnya. Manakala tangan kanannya pula diletakkan dibelakang kepalanya agar kedudukan kepalanya lebih tinggi.
Hm,dah datanglah tu gatalnya tu!

"Tak nak!"jawabku sambil menjelingnya.Rafael pula sudah tersengih-sengih memandangku yang sedang mengatur kaki untuk menuju ke arah sesuatu yang menjadi tarikanku sejak dari tadi lagi.Dirinya, aku abaikan seketika.Hahaa!!

Dengan senyuman yang terukir dibibir,perlahan-lahan aku menarik kerusi piano itu lalu melabuhkan punggungku di atasnya.Dengan keadaan yang masih bersarungkan baju pengantin,aku merapatkan kerusi yang sedang aku duduk itu dengan piano yang menjadi tatapan mataku sahaja daripada tadi.

I miss you Encik Piano!!

Papan piano yang berbelang hitam putih itu,aku sentuh perlahan dengan jari-jemariku yang runcing itu.Aku tekan untuk mengeluarkan alunan nada muzik yang terasa mendamaikan jiwaku seketika.

Aku yang khusyuk bermain dengan piano tersebut,membuatkan aku tenggelam akan keseronokkan  hingga tidak sedar ada sepasang mata yang memerhatikanku sahaja daripada tadi.

Sedang asyik jari-jemariku dimainkan pada papan piano,aku berasa diriku bagaikan terapung buat beberapa saat dan kembali punggungku mendarat pada kerusi piano tersebut.Tapi,kenapa rasa macam lembut semacam je kerusi ni?, tak sama macam kerusi yang aku duduk tadi.Adakah...Oh tidak!

Belum sempat aku membangkitkan tubuhku,pinggangku terasa seperti dipeluk seseorang.dup dap dup dap! Tak keruan aku apabila aku sekarang ni berada di atas ribanya!.Tangannya yang memelukku,membuatkan aku tidak dapat bergerak,seolah-olah tangannya sudah mengunciku didalam dakapannya.Oh My God!!,Apa kau nak Rafael?!!

"Aw..awak?..."terketar-ketar suaraku memanggilnya.Jantungku pula sudah tidak keruan lagi.

"Yes,honey?.."jawabnya dengan suara yang menggoda.Dagunya diletakkan di atas bahu kiriku.Aku memusingkan kepalaku sedikit memandangnya.Hampir nak terkeluar jantungku melihat wajahnya yang tersenyum menggoda itu.Alahai,ni yang tak kuat ni!!

"Aa..apa awak buat ni?.."soalku sambil melarikan pandanganku ke arah piano didepanku.

"Saja..nak peluk isteri sendiri tak kan tak boleh kot?.."Keningnya sudah dinaik-naikkan sambil senyumannya tidak lekang dibibir.Alahai tak senang duduk betul aku dibuatnya!

"Rafael?.."panggilku apabila pelukannya daripada tadi membuatkan diriku tidak tenteram. Hish,dah lah peluk aku kuat gila!, ingat aku ni batal peluk dia apa!sesak nafas aku dibuatnya!

"Shhh.."jari telunjuknya sudah diletakkan di atas bibirku.Mata kami bertaut lama.Aduhai,kenapalah malam ni dia romantik banget!!

Tapi entah kenapa?kenapa aku rasa semacam je ni?,kenapa bila aku pandang mata dia lama,rasa berdebar-debar jantung aku dibuatnya.Aku rasa seperti sudah terpukau dengan pandangannya, bagaikan tidak peduli lagi akan sekelilingku.Ya,aku seperti ingin  merelakan apa sahaja yang bakal terjadi.

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now