"Huk..uhuk..huk..."
"Woi!,dah lah tu Anis oi..dah 2 hari dah kau macam ni..lupakan jelah impian kau tu.."kata Zara sambil mengusap-ngusap belakang badan Anis yang sedang tersedu-sedan menangis.
"Entah kau ni..lupakan jelah bos tu.. Bos kan dah kahwin..so lupakan jelah.."celah Mira pula sambil melihat fail-fail kerja yang berada di atas mejanya itu.
"Hish korang ni,korang tak faham betapa dalamnya cinta aku pada Encik Rafael..uhuk..huu.."kata Anis sambil mengesat air matanya yang bercucuran.Sapu tangannya yang berwarna merah jambu, digenggamnya erat untuk mengelap pipinya yang basah.
"Hurh..haa..huk..Encik Rafael!"Staf-staf lain yang sedang bekerja,asyik memerhati Anis yang tidak henti-henti menangis daripada tadi. kadang-kala ada yang menggelengkan kepala dek melihat sikap Anis yang melebih-lebih itu.
"Woi dah lah tu,malulah semua staf tengok.."tambah Zara lagi sambil memegang bahu Anis.Namun Anis tetap tidak mempedulikannya dan terus menangis tersedu-sedan.Hingus yang meleleh dari hidungnya,dilap menggunakan sapu tangannya.
"Entah kau ni,dah dah lah tu..nanti bos masuk kang macam-macam dia tanya nanti.."kata Mira pula sambil memujuk Anis yang sedang berdrama mengalahkan artis.
Aku yang sedang berjalan menuju ke pejabatku,terlihat beberapa orang staf ku,Zara dan Mira sedang berkumpul dimeja kerja Anis.
"Apahal diorang dekat meja Anis tu?, hm bergosip lah tu..hm mentang-mentang dah 2 hari aku tak masuk office,korang bolehlah suka-suki erk" Aku bermonolog di dalam hati sambil kaki ku mengatur menuju ke arah mereka bertiga.
"Ehem.."aku berdehem.Zara dan Mira terus terbutang mata mereka dan berdiri tegak seperti askar.
"Aa..ae..bos...bila bos sampai?"Tanya Zara sambil tersengih-sengih.Aduhai bila pulak bos datang ni!
"Ha ah bos...ingatkan bos cuti lagi.." Tambah Mira tersengih-sengih. padahal dalam hati sudah kecut perut.
"Yang kamu berkumpul kat sini kenapa?,nak curi tulang?,bergosip?, mengumpat?"soalku sambil mataku tajam melihat Zara dan Mira yang sudah tertunduk ke lantai.haha takutlah tu aku marah!
"Yang kamu ni kenapa pulak Anis?, menangis-nangis?,boyfriend lari ke?, hurh?"soalku pada Anis yang sedang duduk di kerusinya sambil mengelap air matanya yang beransur reda.
"Sampai hati bos kan?,sampai hati bos buat saya macam ni!,sampai hati bos mainkan perasaan saya..huu uhuk.." Anis terus membangkitkan tubuhnya dan memandang tepat ke biji mataku.
"Saya?saya buat apa kat awak?" soalku kerana tidak faham akan maksudnya.Dahiku aku kerutkan.Apa benda aku buat kat dia sampai dia nangis erk?bila masa pulak aku mainkan perasaan dia?
"Dah lah,saya benci bos!,tak nak kawan..hurhh..huk.."badanku terus ditolaknya sedikit,lalu dia melangkah pergi meninggalkanku yang masih kebingungan itu.Apahal minah ni?
"Zara,Mira apahal dengan Anis tu?, apa maksud dia tu sebenarnya?"Zara dan Mira,aku pandang untuk mendapatkan jawapan dari mereka berdua.Namun mereka hanya mendiamkan diri dan memandang diantara satu sama lain.
"Haa...sebenarnya bos.."
×××××
"Wei Eyka?,kau nak apa-apa lagi tak ni?,aku nak cepat ni!"tanyaku sambil handbag yang berada di kerusi kaunter aku capai digantungkan pada bahuku.
"Tak...aku nak nasi ayam dengan Milo ais je..."balasnya sambil melihat stok baju-baju yang tergantung itu.
"Ok tu je erk?,aku pergi dulu.."kaki ku terus melangkah laju keluar dari butik pakaianku.Pintu kaca ditarik dan terus aku menerpa keluar.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...