"Hm,kat sini rupanya dia..."
Lalu aku terus melangkah ke arahnya yang sedang duduk di tepi swimming pool sambil kakinya dicelupkan ke dalam air.
"Punyalah saya cari awak merata tempat,rupanya kat sini.."kataku sambil melabuhkan punggungku disebelahnya lalu mencelupkan kaki ku juga ke dalam air.Manakala kotak putih yang berisi ubat-ubatan aku letak di tepi ku.
Namun Rafael masih lagi terdiam sambil kakinya bermain-main dengan air.Tidak membalas sepatah pun kata-kataku.Baju kemeja yang di pakainya tadi telah pun ditukar dengan baju t-shirt berlengan pendek. Lalu aku menongkat dagu sambil mataku merenung wajahnya. Wajahnya yang tampan dan berkulit putih seperti mat salleh itu telahpun dicontengi dengan kesan calar dan luka yang masih lagi menampakkan darah yang mulai terhenti mengalir.
"Awak?,kenapa awak senyap je ni?, awak marahkan saya ke?...awak,saya nak minta maaf sebab saya,awak jadi macam ni!.."kataku dengan perasaan yang teramat bersalah terhadap dirinya.
Namun Rafael masih lagi membisu.
Pandanganku yang merenungnya sebentar tadi,aku terus mengalihkan ke tempat lain.
"Em,takpelah kalau awak tak nak maafkan saya,saya terima..."kataku sambil mencebikkan bibirku,kaki ku yang ku celupkan ke dalam air,ku gerak-gerakan.
"Saya janji,nanti saya ganti balik baju awak yang dah koyak tu dan saya sanggup buat apa je yang awak nak!.. saya janji!" kataku lagi sambil tanganku membuat gaya seperti orang mengangkat sumpah. Pandanganku pula ku alihkan ke arahnya semula.
"Tak..."kata Rafael perlahan.
"Saya tak marah pun.."katanya lagi sambil matanya merenung jauh ke dalam air.
"Betul ke ni?!"kataku sambil menegakkan badanku.Manakala mataku membulat besar dan senyuman pada bibirku mulai terukir.
Lalu Rafael menolehkan pandangannya ke arahku dan membalas semula senyuman ku.
"Okay dah,kalau macam tu..meh sini tangan awak tu saya sapukan ubat!" Kataku sambil membuka kotak putih yang berisi ubat-ubatan.
Lalu aku membuka penutup botol ubat tersebut dan menuangkan sedikit pada kapas.Rafael yang sudah pun menghulurkan tangannya,aku terus menyapu ubat menggunakan kapas tersebut pada lengannya yang luka dengan perlahan-lahan.
"Arh.."adu Rafael apabila aku menyapu ubat pada tempat yang luka tersebut.
"Eei..janganlah gerak-gerak..susah saya nak sapu.."balasku sambil mataku teliti menyapu ubat pada setiap luka yang ada.
"Macam manalah saya tak gerak.. Sakit tau bila awak sapu ubat tu.." Katanya sambil menahan kesakitan.
"Eei..awak ni tahan jelah,sakit sikit je pun!..ni pun nasib baik tak teruk sangat tau!,kalau tak menangis agaknya awak.."kataku lalu melirikan senyuman.
"Oh..kutuk saya erk.."kata Rafael sambil tersenyum-senyum memandangku.Namun aku tidak menghiraukannya dan terus melakukan kerjaku.
Pn.Maria yang baru sahaja datang sambil mendulung 2 gelas minuman terus berkata..
"Hm,buat susah-susah kamu je Raina nak tolong sapu-sapukan.."lalu Pn.Maria meletakkan minuman yang dibawanya di atas meja yang berdekatan dengan swimming pool tersebut.
"Eh,takdelah Aunty..tak susah pun.." Balasku sambil melemparkan senyuman kepadanya.
"Hm,kenapa tak pergi je klinik kan senang..takdelah nak susah-susahkan kamu.."kata Pn.Maria lagi.
"Bukannya tak nak pergi,tapi ni hah orang ni tak nak!"kataku sambil bibirku dimuncungkan ke arah Rafael.
"Alaa mama ni,bukannya teruk sangat pun,luka sikit je ni.. lagipun membazir jelah pergi klinik sedangkan kat sini dah ada Cik Puan kita yang baik hati nak tolong..."kata Rafael sambil matanya menjelingku.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...