"Apa benda lah yang bising-bising kat dapur tu pagi-pagi buta macam ni..sampai ke atas dengarnya.."
Kataku dalam keadaan mamai sambil menuruni anak tangga untuk ke dapur.Aduh malasnya lah!kacau je aku nak tidur!
Ting!Ting!!
Shing!Shing!!
Semasa aku ingin melangkah ke dapur,aku terhidu sesuatu...
"Eh,bau apa ni?..bau macam nasi goreng.Tapi siapa pulak yang masak ni?"
Lalu tanpa memikirkan apa-apa lagi aku terus berlari pecut ke arah dapur.
Yes lari pecut!,kalau nak tau aku ni juara lari pecut kat sekolah dulu haha!!.Terbutang mataku apabila melihat Eyka sedang memasak di dapur.
"Eyka?!"kataku terkejut.Tak pernah-pernah dia nak masak,ni tetiba he hari ni..dah kenapa!.
Lalu Eyka menoleh ke belakang apabila aku memanggil dirinya.
"Eh,Raina kau dah bangun?,baguslah kau dah bangun..boleh lah kau try rasa nasi goreng aku ni.."kata Eyka sambil melemparkan senyuman kepada ku manakala tangannya sibuk mengacau-ngacau nasi goreng di dalam kuali tersebut.
Namun aku masih lagi berdiri tercegat dan mataku tidak berkelip langsung melihat si Eyka.
Otakku masih lagi tidak henti memikirkan orang yang di hadapan ku itu.Betul ke ni Eyka?!,lain macam je minah ni hari ni.
Kemudian Eyka mencedok nasi goreng yang di masaknya ke dalam mangkuk kaca dan meletakkannya di atas meja makan.
Dan aku masih lagi berdiri tercegat melihat dirinya.
"Woi!,yang kau ni dah kenapa berdiri lama-lama kat situ hah?!..meh lah duk sini!"kata Eyka lalu mematikan khayalan ku sambil menarik kerusi untuk duduk.
Lalu dengan keadaan terpinga-pinga, aku terus meluru ke arahnya dan menarik kerusi di hadapanya dan duduk.
Mataku masih lagi tidak berkelip melihatnya.Lalu aku bersuara.
"Betul ke ni kau,Eyka?"
Eyka yang sedang mencedok nasi goreng terhenti,lalu memandang ku.
"Yelah,ini aku lah!..Eyka!,Eyka Melisa kawan kau!.."balas Eyka lalu menyambung mencedok nasi.
"Seriously?!"tanyaku lagi.
"Ya Allah kau ni..ya ni aku Eyka!" balas Eyka lagi lalu menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada ku.
"Tapi,asal hari ni kau lain macam?, tetiba je nak masak..selalunya kau lah yang paling malas bila bab memasak ni?.."
"Em..saje..kenapa tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh,tapi aku pelik!aku pelik!..jap, baik kau cakap kat aku,kau nak kahwin ke?!"Tanyaku lalu menggenggam tangannya yang sedang mencedok nasi.
"Hoi kau ni ke situ pulak!..lama lagi kot aku nak kahwin!..balas Eyka sambil mengetuk tangan ku yang menggenggam tangannya dengan senduk.
"Auchh!,sakitlah.."adu ku lalu menggosok-gosok tangan ku.
Lalu aku bertanya lagi.
"Dah tu kenapa??"
"Okay,sebenarnya aku nak minta maaf kat kau pasal malam tadi kalau aku ada buat kau sakit hati,aku tak tau pulak yang kau tengah takde mood..and aku tak sangka jugak kau nak naik angin satu rumah... Biasanya kita kan selalu main-main jer...Wei,sorry ye.."
"Lah kau ni pasal tu je ke?,lupakan jelah pasal tu..salah aku jugak,marah ikut perasaan.Tapikan,aku ingatkan Heydri ajak kau kahwin..." Kata ku sambil tersengih-sengih melihat Eyka.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...