Di malam yang dingin,bertemankan langit yang diterangi dengan cahaya bulan dan kerdipan bintang-bintang. Jauh aku termenung ke langit, termenung bagaikan ingin menembusi ke ruang angkasa lepas.
Buaian bangku yang sedang aku duduki itu, perlahan-lahan aku menggerakkannya dengan menggunakan kaki ku yang menyentuh lantai.Manakala fikiran ku sudah melayang entah ke mana. Terlalu banyak yang sedang bermain difikiranku ini.
"Lah..sayangg.."
"Kat sini rupanya dia...,puas abang cari tauu.."
Rafael yang menyedari akan keberadaan ku yang sedang duduk di buaian bangku berdekatan dengan kolam renang,dia terus menapak menghampiriku.lalu Rafael melabuhkan punggungnya disebelahku.Puas dia mencari Raina disetiap sudut rumah akhirnya jumpa juga.
"Eh abang,sorry lah Ina saja je nak ambil angin malam.."kataku sambil tersenyum tipis ke arahnya.lalu aku terus mengalihkan pandanganku semula ke langit.
"Sayang,tak elok lah duduk kat luar malam-malam..jomlah masuk.." lembut Rafael mengajakku.Namun aku hanya mengabaikan ajakkannya itu dan mendiamkan diri sahaja.
"Hey sayang...kenapa ni?..tadi siang okay je..ni kenapa dah malam sedih je abang tengok..cuba bagitahu abang, sayang ada masalah ke?.."soal Rafael lagi lalu tangannya terus menarik bahuku merapatinya.manakala satu lagi tangannya menyentuh dan menarik daguku agar wajahku memandang wajahnya yang tampan itu.mata kami saling berpandangan.
"Aa..abang.."perlahan aku memanggilnya.
"Ya sayang?"bibirnya sudah mengukir senyuman melihatku.
"Ina nak cakap,abang jangan marahnya.."
"Apa dia sayang...cakaplah abang tak marah pun.."
"Siang tadi...Ina jumpa Zayn.." kataku dengan nada yang rendah.wajah Rafael aku pandang.Rafael yang mendengar luahanku itu terus berubah riak wajahnya.perlahan-lahan jarinya menjauhi daguku. Tangannya yang memeluk bahuku diuraikan.
"Apa?...Ina jumpa Zayn!.."tinggi suaranya seolah-olah dia terkejut dengan apa yang baru aku katakan padanya.mana tidaknya,Rafael memang cukup benci dengan Zayn setelah apa yang dia buat terhadap Raina dan sejak dari sekolah lagi dia memang sudah benci dengan sikap Zayn hingga membuatkan Rafael berpindah sekolah.
Manakala aku yang sudah berdebar itu hanya mampu menganggukkan kepalaku.mataku pula sudah jatuh ke lantai.takut aku ingin bertembung dengan mata Rafael dalam keadaan sekarang ini.
"Dia datang butik ke?!"soal Rafael lagi ingin tahu.
"Ya...lepastu dia ajak pergi cafe sebab dia nak cakap dengan Ina sorang je..tapi abang jangan marah..." rayuku kepada Rafael.lengannya yang sasa itu aku genggam erat dengan kedua-dua tanganku.wajahnya yang seakan-akan ingin marah itu aku pandang.
"Dia nak apa lagi?!"keras nada suaranya seolah-olah tidak puas hati dengan kehadiran Zayn di butik siang tadi.paling menyakitkan dia mengajak Raina ke sebuah Cafe.
"Sebenarnya dia datang..dia nak minta maaf kat Raina..dia mengaku dia yang salah selama ni.."
"Lepastu Raina maafkan dia?,boleh percaya ke dia tu?"tersenyum sinis Rafael dibuatnya lalu mengalihkan pandangan ke arah kolam renang.
"Abang..dah lah tu..benda dah lepas, kita pun dah kahwin,so tak salahkan kalau Ina nak maafkan dia..lagipun Ina dengan dia pun dah takde apa-apa sekarang ni..abang je sorang yang ada kat hati Ina sekarang ni.."kataku lalu melemparkan senyuman manis kepada Rafael.
Sambil-sambil aku membuat riak wajah comel dan menggoda kepadanya.Namun masih tidak diendahkan oleh Rafael juga.
"Alaa..abangg...janganlah macam ni..." tergedik-gedik suaraku memujuknya hinggakan aku rasa nak termuntah dengar suara aku sendiri. Blurkk apa benda lah aku buat ni!
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...