BAB 71 (REAL FINAL)

4K 80 4
                                    

8 bulan kemudian,

Bakul biru yang berisi baju kotor itu aku angkat dan masukkannya ke dalam mesin basuh.Sedang aku masukkannya,terasa sakit pinggang dibelakangku.

Aku menghentikan perilaku ku sebentar, lalu aku bercekak pinggang dengan tangan kiri ku.manakala tangan kananku mengusap-usap perlahan perutku yang sudah memboyot itu.

"Tak sangka dah 8 bulan dah..." kataku perlahan sambil tersenyum gembira melihat perutku.Bila teringat masa mula-mula dapat tahu yang aku ni pregnant,aku gembira sangat tak sangka aku bakal jadi seorang ibu!. Nak menjerit pun ada tapi masa tu tak boleh nak menjerit melompat keriangan sebab,yelah masa tu kan aku baru sedar dari katil hospital. Tau tau je aku dah ada dalam wad sebab kemalangan.

Hm dan paling aku tak sangka lah, rupa-rupanya aku kemalangan tu bukan sebab kebetulan tapi satu kemalangan yang sudah dirancang dari awal lagi.pelaku tu pulak siapa lagi kalau bukan si Shella tu.tak jangka pula yang dia sanggup buat macam tu kat aku semata-mata nak dapatkan Rafael balik.Haih dasar perempuan tak tau malu!

Aku mendapat khabar daripada rakannya,Eva ada memberitahu bahawa Shella dah macam orang gila sepanjang mereka duduk bersama, hari-hari dia teguk botol arak dan asyik meracau-racau nama aku dan Rafael sahaja.Itu yang Eva tak tahan dengan perangainya dan halau Shella dari rumah dia.

Tapi takpelah aku dah maafkan kesilapan dia dan aku harap dia tenanglah kat sana.kalau nak tau sebenarnya Shella dah meninggal. Ingat lagi tak masa dia nak bunuh aku kat hospital tu,lepas sahaja dia lari keluar dari bilik aku tu,tau tau je pengawal keselamatan yang kejar dia tu kata Shella kena langgar kereta sampai dia terpelanting kat jalanraya. Teruk dan ngeri jugaklah keadaan dia masa tu.Aku pun tak sanggup nak tengok.

Eyka dengan Heydri pulak apa cerita?,okay diorang pulak baru 3 bulan kahwin hehe!. Mana tak nya tak tahan tengok aku dah kahwin,dia pun apa lagi terus ajak si Heydri tu kahwin.Heydri apa lagi ON lahh!, mula-mula tu terkejut jugak Heydri bila Eyka ajak kahwin sebab selama ni Heydri ajak dia taknak pulak. hahaha!

Kak Armel pulak?,dia pun mengandung jugak wei!,tapi baru 6 bulan.Mama apa lagi,terus sorak kerianganlah dia.Tak sangka pulak dapat dua orang cucu tahun ni hehe!.

Adam adik kesayangan Rafael tu pulak,mama dan papa cadang nak hantar dia sambung belajar kat New York lepas SPM.lagipun kat sana ada Pak Long, boleh lah tengok-tengokkan si Adam tu.

Masih ingat Zayn?,ex boyfriend aku?, aku jarang-jarang berhubung dengan dia walaupun kitorang dah jadi kawan semula.Tapi aku dengar-dengar yang dia tu dah jatuh cinta dengan seseorang.Tapi dia rahsiakan haha!, alhamdulilah lahh,akhirnya aku bakal rasa nasi minyak dia pulak lah lepasni.

Mak aku kat kampung?,haih semakin ramai lah yang tempah baju kat dia sampai tak cukup tangan aku tengok. Kadang-kadang aku ada jugak balik sana tolong dia.Pastu aku cadang kat mak aku supaya amiklah pembantu untuk tolong dia.kesian takkan nak biar dia buat kerja sorang-sorang. Kalau jatuh sakit macam mana kan dah susah.lepastu mak aku pun dengar cakap aku dan cari sorang pembantu tolong dia menjahit baju.

Perusahaan chalet Paksu aku pulak semakin maju aku tengok huhu. Mana tak nya,aku ada jugak promote kan chalet paksu aku tu pastu cadang kat dia supaya naik taraf sikit chalet dia tu baru ramai orang yang datang.

lagi satu,si kimi tu pulak hm haritu nenek ada bagitahu aku yang Kimi tu tengah mabuk cinta HAHAHA!. Sumpah nak gelak bila tau dia tu dah bercinta. Haihh perempuan malang mana lah yang dapat dia tu haha. Eh tak baik aku cakap macam tu oi!.

Aku pulak lepas je mengandung ni,aku ambil keputusan untuk berhenti dulu dalam industri seni ni. Nak fokus dengan keluarga dan bisnes dulu.hihi!keluarga tu perlu diutamakan dahulu.betul tak!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now