Aku dengan lajunya memecut motor Ego S ku yang berwarna merah itu ke highway untuk ke sekolah.Dengan gembiranya hati aku bagai nak gila sebab,dapat jugak aku bawa motor pergi sekolah.This is my first day okay bawa motor pergi sekolah.Yeahhh!!
Setibanya aku di tempat parkir motor,aku terus membuka helmet ku lalu aku meletakkan di bakul motor ku dan handle motor aku kunci dengan rapi.yelah,bukannya boleh percaya pun budak-budak zaman sekarang ni.
Apatah lagi tempat parkir motor dekat luar pagar sekolah.Nasib lah dekat dengan pondok pak guard, bolehlah pak guard tu tengok-tengokkan motor aku yang comel ni haha!,kalau tak..adalah jembalang setan senyap-senyap buat kerja kang!.
Usai sahaja motorku dikunci dengan rapi,aku mengatur kaki ku menuju masuk ke dalam perkarangan sekolah dan aku berasa pelik semacam dengan beberapa pelajar yang berada di situ.Apahal diorang ni pandang-pandang?pandang aku ke? Ke,pagi ni muka aku cantik sangat huh?haha!
"Shurhh" bunyi apa pulak ni.
Aku pun dengan pantas memandang ke belakang ku dan terlihat sebuah kereta..."wow!! kereta siapa pulak ni??nampak macam kereta mahal jer?.." Kataku di dalam hati.Terpegun dibuatnya apabila mataku terlihat kereta tersebut.Entah apa nama kereta tu pun aku tak tahulah..yelah, kereta mahal-mahal ni manalah aku tau!,tapi kereta buatan Malaysia aku tahulah haha!!
Kemudian aku menoleh ke depan semula untuk meneruskan langkah ku yang terhenti sebentar tadi dan berkata dalam hati.."ahh!!lantaklah peduli apa aku,bukan hal aku pun!.. Better aku masuk kelas cepat!".
Ketika aku ingin melangkahkan kaki Ku,aku melihat pelajar-pelajar perempuan di depan ku melompong dan ada juga yang terbeliak matanya dan ada juga yang terjerit-jerit macam katak hilang anak.huhh!! katak hilang anak?? macam pelik jerr.
"Eei,pahal diorang ni,tergedik-gedik aku tengok!.."Aku yang berasa hairan dengan kelakuan mereka semua tu, sampai nak pengsan pun ada aku tengok,lalu dengan pantasnya aku memusingkan badan ku semula.
"Siapa dia ni?Mak Datuk,handsome gila? Macam Mat Salleh pun ada muka dia ni?"hatiku mulai berbicara pabila memandang jejaka tampan lagi segak yang sedang berdiri dihadapanku itu.Aum!!
Terpaku aku melihat dirinya bagaikan...urghhh!!! Nak menjerit aku rasa.
"Ehem!" Pelajar lelaki itu berdehem. Lamunan ku terus terhenti apabila dehemannya membuatkan ku tersedar daripada terus berangan.. what?berangan?
Aku yang baru sahaja tersedar,pelajar lelaki itu terus menunjukkan jari telunjuknya ke arah bawah.Aku pun blurr...sambil menggaru kepala ku yang tidak gatal itu.Apabila aku menundukkan wajahku ke bawah..
"OMG!!!"Kataku dengan nada berbisik.
Aku cepat-cepat mengalihkan kasut ku yang berada di atas kasutnya dan terus mencangkungkan diri lalu menepuk-nepuk kasutnya yang putih bersih itu telah dicemari dengan bekas tapak kasutku yang disebabkan oleh kecuaian aku sendiri.
"Ahh!! Tidakkk!!!malunya akuuu!!!" Raung hatiku.Nak je aku blah cepat masuk kelas!.Aah manalah aku nak letak muka ni!!ahh Makk!! Help me!!.
Sedang aku menepuk-nepuk kasutnya,aku mendengar bisikan-bisikan dan gelak tawa di sekelilingku. siapa lagi kalau bukan pelajar-pelajar lain yang sedang menonton free drama aku ni!Arghh!! Blah lah wei!!
Kemudian,aku membangkitkan tubuhku untuk berdiri,dengan tergagapnya aku berkata...
"A..ak..aku..minta maaf,aku.. tak sengaja nak pi..pijak kasut kau.." Kataku dengan nada yang tersangkut-sangkut apabila didengar.Yelah..sape lah yang tak nervourse!!
Aku melihat dirinya memandang diriku dengan pandangan yang tajam.jantungku berdegup dengan laju sekali.badanku terasa seram sejuk pulak adoi."aduh apa aku nak buat ni!ahh matilah nak!!"raung hatiku hingga membuatkan diriku tidak tenang memandangnya.
"Tepilah!!kau ni halang laluan akulah!" kata pelajar lelaki itu sambil menolak bahuku hingga aku hampir terjatuh.
"What?aku dah minta maaf dia tolak aku?nasib aku tak jatuh terjelepok tadi,kalau takk..Malu aku tau!,dah lah semua orang pandang!,kang tak pasal-pasal jadi berita hangat pulak hari ni..".Hatiku mulai membebel setelah diriku ditolak bagaikan aku ni seperti anak patung yang tidak mempunyai hati dan perasaan.
Aku lihat dia berjalan berlalu pergi tanpa rasa bersalah langsung.Ni yang aku geram ni..panas hati aku dengan manusia macam ni.
"Poyo!,kalau aku tahu,aku pijak-pijakkk!! Jer kaki kau tadi sampai penyek!". Bisik hatiku dengan geram sambil buku limaku digenggam kuat akibat kemarahan yang membuak-buak ini.
Dan aku pun berlalu pergi sambil menjelingkan mata ke arah budak-budak perempuan yang tergedik-gedik menggelakkan aku daripada tadi.Menyampah nak mati aku tengok!.hmphh..
Kalau boleh nak je aku lempang muka diorang yang putih melepak tu!,eh, tak boleh tak boleh.Kalau aku lempang,habis jerebu sekolah ni nanti.Haha!,Better aku bagi penumbuk!Kahkahkah!!!
*korang,please vote bebanyak okay!! Thanks kepada yang suka and yang tak suka,saya akan cuba buat yg terbaik OK!!!
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...