"Huu..selamat"Aku menyandarkan tubuhku pada pintu sambil memegang dadaku yang berombak-rombak itu.Sisa air mata yang membasahi pipiku,aku lap dengan tanganku.
"Kak Raina?!"
Tersentak aku apabila satu suara menegurku,lalu aku memandang ke arah si pemilik suara tersebut.Aku harap dia tak nampak aku menangis tadi.
Kelihatan Adam yang agak segak berpakaian uniform sekolah yang dilengkapi tie berwarna maroon dikolar memandangku pelik.Dahinya dikerutkan.Manakala beg sekolah miliknya masih digalasnya.Mungkin Adam baru pulang dari sekolah untuk kebiliknya.
Dia nampak ke aku keluar dari bilik Rafael!!,ahh janganlah dia fikir yang bukan-bukan sudah.
"Apa kak Raina buat kat sini?"Tanya Adam lalu melangkah dekat denganku.
"Kat bilik..."kata Adam lagi sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah pintu bilik Rafael.
Aku mengetap bibirku,mataku pula ku pejam kuat.Adoi apa aku nak jawab ni!!,ahh fikir cepat fikir cepat!!
"Kak Raina!"
Lalu aku membuka mataku dan terus memandang Adam yang sedang berdiri di depanku.
"Kak Raina buat apa haa?.."Adam mendekatkan mukanya denganku sambil tersenyum nakal.Aku pula sudah melekat pada pintu bilik Rafael.
Glupp!
Aku menelan air liur ku,sekali lagi jantungku berdegup kencang.Mataku pula bulat memandang Adam yang masih tersenyum-senyum kepadaku.
Bibirku pula masih tidak henti ku ketap daripada tadi.Aku rasa muka aku dah mula membahang.Arrghh!!.Eeii Adam ni,kau ni saja nak kenakan aku ke apa hah!.
"Kenapa mata Kak Raina merah,Kak Raina menangis ke?"tanya Adam perlahan.
"Taklah,ada habuk masuk mata tadi.." Jawabku selamba.
Namun Adam tetap senyum memandangku.
"Kak Raina,kak Raina buat apa kat sini?.."tanya Adam lagi dengan lembut.
"Aaa...aaa.."
"Apa dia kak Raina...aaa..aaa.." Kata Adam sambil tersengih-sengih.Dia ni baru je 17 tahun,tapi tinggi dia dah lebih tinggi daripada aku hm..aku sedar dah aku ni pendek.Ahh!!
Eei dia ni tau lah muka tu handsome, comel..tapi boleh tak kalau kau berhenti senyum-senyum kat depan aku!.Makin kau senyum,makin manis muka kau aku tengok!,ahh cair aku dibuatnya.Ishh,apa aku merepak ni!!dia tu baru 17,aku ni dah 24!!,gila apa nak suka kat dia.
"Aa..aa..tadi,kak Raina nak..panggil.."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku,pintu bilik dibuka."Abang Rafael!!"kataku dengan nada sedikit tinggi apabila tubuhku yang ku sandarkan pada pintu,hampir terjatuh ke belakang.
Namun sempat disambut oleh Rafael.
Dan mata kami saling berpandangan."Abang?!"kata Rafael berbisik sambil tersenyum-senyum memandangku. Manakala kedua-dua tangannya masih lagi menyokongku daripada terjatuh ke belakang.Dia yang tidak berbaju tadi,kini sudah pun berbaju.
Aku pula menjadi kaku,mulutku pula bagaikan sudah terkunci daripada untuk berkata-kata.Manakala jantungku pula semakin laju degupannya.Arhh!!apakah semua ini!.
"Ehem.."Adam berdehem.
Lalu cepat-cepat aku menegakkan badan ku yang berada dalam keadaan 50° hampir terjatuh ke lantai itu. Kemudian aku mula membetulkan baju dan tudungku yang senget-benget itu.Okay selesai!.
Usai sahaja membetulkan keadaanku itu,aku memandang ke arah Adam yang mengerutkan dahinya sambil memandang Rafael yang tercegat pada pintu biliknya yang sudah ternganga luas itu.Aku pula berdiri di sebelah Rafael.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...