BAB 56

4.1K 130 2
                                    

Daripada tadi,jantungku tidak henti-henti berdegup kencang. Manakala Mak yang berada disebelahku,asyik tersenyum saja daripada tadi.Aku pula sudah tersimpuh malu pula dibuatnya apabila daripada tadi saudara-maraku asyik mengenakan aku sahaja.Oh mentang-mentanglah aku dah nak nikah!,dah nak jadi isteri orang!,diorang bolehlah nak kenakan aku!.korang tunggulah,nanti kalau korang kahwin aku pulak yang kenakan korang.haha!!

Sedang dalam keadaan gelisah dan berdebar-debar itu,tiba-tiba sahaja mataku terpandang Rafael yang segak berbaju Melayu berwarna putih dan bersongkok yang sedang duduk tidak jauh daripadaku.handsome nya dia!!. Rafael yang perasan akan dirinya ditenungku lama,terus melemparkan senyuman dan kenyitan mata yang menggoda.Oh my God!!Raina!!buat malu kau je.Lalu cepat-cepat aku menundukkan pandanganku kebawah.Tak bernafas aku dibuatnya bila tengok dia.

Camera man ni pun satu hal,daripada tadi asyik tangkap gambar aku je, flash sana flash sini, sakit mata aku memandangnya.kau ambil banyak-banyak gambar aku pun,nanti dua tiga keping je kau letak dekat surat khabar tu hish.Penat aku nak melayan semua camera man dengan wartawan-wartawan kat sini.Banyak betul soalan diorang tu.Sampai nak pengsan aku nak menjawab soalan diorang satu persatu.hm sabar jelah..

Suasana di dalam masjid itu kembali tenang apabila Tok Kadi bersuara. "Baiklah semua,kita mulakan sekarangnya.."aku yang mendengar kata-kata Tok Kadi itu terus rancak jantungku berdegup.Oh Raina, beberapa saat je lagi kau akan jadi isteri orang!!

"Baiklah,pengantin lelaki dah sedia ke?"Tanya Tok Kadi kepada Rafael yang sedang duduk dihadapannya itu.

"Dah.."balas Rafael dengan tenang sambil menganggukkan kepalanya.

"Pengantin perempuanya pula?" Tanya Tok Kadi kepadaku pula.lalu cepat-cepat aku menganggukkan kepala menandakan aku sudah bersedia.Bersedia umtuk bergelar isteri kepada bakal imamku.

Bismillahirahmannirahim...

"Aku nikahkan dikau dengan Raina Safiyya binti Mohd Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM 100 ringgit tunai"ucap Tok Kadi.

"Aku terima nikahnya Raina Safiyya binti Mohd Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM 100 ringgit tunai" alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja,aku sudah bergelar isteri kepadanya.Setelah semua menjadi saksi dan mengesahkan lafaz nikah tersebut,Tok kadi terus menadahkan tangannya untuk berdoa.Begitu juga dengan kami semua.Selesai sahaja berdoa,Rafael terus berjalan ke arahku untuk segmen sarung-menyarung cincin pula.haha!

Kini Rafael sudah berada dihadapanku sambil melemparkan senyuman dia yang paling menggoda tu.hm malu aku dibuatnya.Hi dah dah lah tu Encik suami oi..blushing nanti muka aku.lalu perlahan-lahan aku menghulurkan tanganku untuk disarungkan cincin olehnya.kalau nak tau,sekarang ni tangan aku tengah sejuk gila tau!,maybe aku nervous sangat kot hehe.Selesai dia menyarungkan cincin padaku,aku terus mencium tangannya.

"Sejuknya tangan sayang.."bisik Rafael sambil tersengih-sengih memandangku yang sudah malu itu.

"Diamlah"aku terus membalas selamba Tanpa memandangnya. Kemudian,aku terus meleraikan ciumanku pada tangannya untuk giliran aku pula menyarungkan cincin pada jarinya.selesai menyarungkan cincin,lantas dia mengucup ubun-ubunku.Aku pula memejamkan mata seketika.Entah kenapa,tiba-tiba je aku rasa bahagia,tenang bila bersamanya. Hish takkan lah aku dah...

"Dah jangan lama-lama sangat..nak lama-lama,sambung nanti malam.." Usik Mak yang berada disebelahku sambil tersenyum-senyum.Hish Mak ni,please jangan sebut malam pertama boleh tak!.

"Ha ah,nak lama-lama..sambunglah nanti malam.."tambah Puan Maria, iaitu Mak mertuaku sambil tersenyum disebelahku.Lalu perlahan-lahan Rafael menjauhkan kucupannya pada ubun-ubunku dan tersenyum melihatku yang dah blushing tahap berapa entah.Ahh malunya!!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now