BAB 63

5.8K 147 18
                                    

Terasa sinar mentari memancar ke wajahku,membuatkan tidurku terganggu.Tubuhku yang lena diulik mimpi,aku pusingkan menghadap ke kanan.Pandanganku pula samar-samar pada pagi itu.

"Sayang?"suara serak basahku perlahan memanggil Raina.Namun tiada sahutan daripadanya.Manakala mataku masih lagi terpejam.

"Sayang?"sekali lagi aku memanggilnya namun sama sahaja seperti tadi,tiada sahutan daripada Raina.

Setelah dua kali aku memanggilnya dan tiada respon yang diberikan olehnya,Membuatkan diriku berasa hairan.Mataku terus aku celikkan untuk melihatnya.

"Mana pulak Raina ni?"mataku sudah terbuka luas apabila Raina yang malam semalam berada disebelahku sudah tiada pula pada pagi ini.mana sayang pergi ni?

Aku terus menukar posisi berbaring ke posisi duduk.Tempat tidur Raina aku pandang.Manakala fikiranku pula mula aktif bekerja memikirkan keberadaan Raina pada masa ini.

"Mana sayang pergi ni?"Hatiku mulai tidak tenang apabila Raina tiada disebelahku.Mataku pula melilau-lilau disetiap sudut bilik itu untuk memastikan yang Raina masih ada lagi didalam bilik itu.Namun hampa, Raina tiada.

Baru sahaja aku ingin turun dari katil,mataku tertancap pada sekeping kertas kecil berwarna hijau muda yang diselitkan dibawah phone ku di meja kecil sebelah katil.

Terus tanganku mengambil kertas tersebut untuk membaca isinya.

________________________________________

Morning!!

Kalau abang dah baca nota ni, abang cepat-cepat mandi tau!. Raina ada kat rumah Nenek ni dengan Kimi. Raina nak tunjuk sesuatu kat abang.Mesti abang tak tau kan apa dia?he he.. Cepat tau!,kalau lambat,Raina tak nak tunggu abang blurk!!>< Raina pergi dulu bai bai!

_______________________________________

"What?,dia pergi tak kejutkan aku?, lepastu dengan Kimi pulak tu"kertas kecil itu aku konyokkan.Geram pulak hati aku dibuatnya.

Belum sempat aku membangunkan diriku,kelihatan sekeping lagi kertas berada dimeja kecil itu.Terus aku mencapainya dan baca.

_______________________________________

Sebelum Abang membebel yang bukan-bukan,Raina nak bagitahu ni.Raina dah kejutkan abang erk tadi tapi abang tak bangun pun!banyak kali tau Raina kejutkan,tapi abang kata nantilah,kejaplah macam-macamlah abang cakap.So,jangan salahkan Raina!!-_-

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now