BAB 4

7.3K 366 3
                                    

Kringggg....!!!!!!!

Waktu rehat dah tiba,semua pelajar berpusur-pusur keluar dari kelas untuk ke kantin.Walawei...perut dah menyanyi dah ni!!!

"Wei,hari ni kau nak beli apa?" Tanya Eyka kepada ku sambil berjalan menuju ke kantin sekolah.

"Aku rasa aku nak beli airlah.." jawabku pantas.

"Oh,bagus-bagus".kata Eyka lalu membuatkan aku berasa pelik dengan kata-katanya tadi.

"Apa yang bagus??"soalku sambil mengerutkan dahi.

"Yelah,air ni kan bagus untuk meredakan kemarahan seseorang!.." kata Eyka sambil melemparkan senyuman kepada ku.kau nak perli aku pasal tadi ke huhh?!

"Kau ni memang saja jer kan.."kata ku sambil memberhentikan langkahku.
Eyka juga turut berhenti.

"Betul lah apa aku cakap...Eh dah lah yang kau berhenti kat tengah jalan ni dah kenapa? Nanti kang sesak pulak kat kantin tu!.."kata Eyka sambil menunjukkan ke arah kantin.

Tanpa mempedulikanku lagi,Eyka terus sahaja menolak bahu ku dengan bahunya lalu meloloskan diri ke dalam kantin.

"Woi,tunggulah aku woi!"jeritku.

"Kejarlah aku..."balas Eyka sambil tersengih-sengih.Huhh macam kambing aku tengok.baek!!baek!!

Usai sahaja membeli air,aku melihat Eyka sedang menungguku sambil memegang keropok lekor favourite nya itu.Bak kata Eyka,keropok Acik kantin lah yang paling sedap kat dunia ni!haha!!

"Hoi makcik...lama tunggu??".tanya Ku sambil mengejutkannya.Hahaha!!

"Isshhh kau ni,nasib aku takda heart attack,dahlah lama aku tunggu kau tau tak!!".bebel Eyka kepada ku.

"Dah lah kau ni,bernanah telinga aku nanti".kataku sambil memecut lari meninggalkan Eyka keseorangan.

Tiba-tiba...

Aku merasakan kaki ku tersadung sesuatu dan air sirap yang ku pegang...

JENG!JENG!JENG!!!

Tercampak.

Ya,tercampak.

Masalahnya aku dah lah tengah haus..

Dan masalahnya lagi ialah,tercampak. Air sirap aku tercampak ke arah pelajar lelaki di depanku.

Habis baju dibelakangnya tu,basah teruk.

Tapi,nasib lah aku tak jatuh huhu.

Apahal aku nak berhuhu pula ni.. dah pergi minta maaf cepat.

"Sorry..a..aku takk..."belum sempat aku menghabiskan ayat ku,pelajar lelaki itu terus memusingkan tubuhnya bertentangan menghadap ku.

"...sengaja"dengan nada yang perlahan dan aku terus menekup mulut ku kerana terkejut.

Rupa-rupanya, orang yang kena mandi dengan air sirap aku tu,budak poyo yang menolak bahu aku pada awal pagi tadi.

Wuuu...happy gila hati aku.Hahaha!!! Dapat gak aku balas dendam.

Muahahaha!!!!.gelakku dalam hati.

Isshhh,berbunga-bunga hati aku tengok muka dia yang tengah tahan malu plus bengang tu.

Ya,bengang.Hahaha!!!

Eyka yang baru sahaja sampai dah melompong.

Budak-budak kat sekeliling aku, hmm..dah start dah macam biasa... Mengumpat tak sudah-sudah.

Aku melirikkan sedikit senyuman ke arahnya dan mengambil bekas minuman ku yang kosong itu akibat pertumpahan tadi.Dan...

"Tepilah!!kau ni halang laluan akulah!". kataku dengan selamba sambil menolak bahunya.

HAHAHA!!!

Ok nampaknya kita Seri 1 sama.

Lalu aku membuang bekas minuman ku itu ke dalam tong sampah dan aku terus beredar dan diikuti oleh Eyka dari belakangku.

*Jangan lupa vote bebanyak kayy!!



RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now