BAB 61

4.1K 126 3
                                    

"Amboi nek,sedapnya nek!..dah lama ina tak makan masakan Nenek ni!" Ujarku sambil tanganku sibuk mencedok pelbagai jenis lauk-pauk yang terhidang megah di atas meja makan.

"Ha makanlah!,kalau tak cukup,ada lagi tu.."kata Nenek sambil tersenyum melihat aku cucunya yang sedang menikmati keenakan masakannya. Kalau nak tahu,Nenek aku ni dulu juara kampung!.juara pertandingan memasak kat Pulau Pangkor ni.he he sebab tulah aku sayang gila dengan Nenek aku ni.love you grandma♥♥.
Chalet ni pulak,Paksu,maksu,kimi dan Nenek yang bangunkan.Tapi sekarang,hanya paksu,nenek dan Kimi sahaja yang menjaga Chalet ni. Maksu dah meninggal sejak 5 tahun lalu sebab sakit barah otak.Tapi, walaupun maksu dah takde,semangat diorang untuk memajukan Chalet ini tetap ada.

"Nice lah nek!,Nenek lah paling Ina sayanggg...sangat!"tambahku lagi sambil tersengih-sengih.Lalu aku menyambung semula suapanku itu.

"Makan tu jangan lelebih sangat,nanti gemuk baru tahu..haha.."Satu ayat yang membuatkan aku geram terpacul keluar dari mulut Kimi.Aku sudah memberi jelingan tajam kepadanya.kau pahal kimi!

"Sukahati akulah!,kau sibuk kenapa?, badan aku!,bukan badan kau pun.." Balasku lalu menyuap semula nasi ke dalam mulutku.Ada aku kesah ke aku nak makan banyak mana?,aku dah lah tengah lapar,dia pulak menyibuk!.

"Ish dah dah lah tu,asyik nak menyakat je,depan rezeki ni..dah makan cepat!"celah Nenek pula sambil menggelengkan kepalanya melihat kami berdua.Aku pula menjulingkan mataku serta menjelirkan lidah kepada Kimi yang berada dihadapanku itu.Manakala Rafael yang sedang makan disebelahku hanya membatukan diri dan tidak bersuara langsung daripada tadi.aik, tetiba je jadi pendiam suami aku ni?

"Haa siapa tadi nama suami kamu ni Ina?,Nenek lupalah.."Tanya Nenek sambil matanya memandang ke arah Rafael yang sopan sahaja menyuap nasi ke dalam mulutnya.Tak macam aku,nampak makanan je terus ngap! Haha!..makanan dan aku tidak dapat dipisahkan.ahaks!

"Rafael,nek.."jawab Rafael.Senyuman manisnya terukir dibibirnya.

"Haa Rafael..sorrylah Nenek ni kadang-kadang lupa..biasalah dah tua dah berumur dah..."kata Nenek lalu membalas senyuman Rafael.Aku pula hanya memasang telinga sahaja.

"Ha satu lagi nenek nak tanya ni,dah lama ke kamu berdua ni kenal?,yelah Nenek peliklah,bukan ke kamu baru beberapa bulan putus dengan si Zayn tu..pastu tetiba je Nenek dengar kamu nak kahwin dah.."Aku yang mendengar kata-kata nenek itu terus tersedak aku dibuatnya.

"Uhuk!..uhuk!.."terbatuk-batuk aku dibuatnya.Rafael yang memahami keadaanku itu,terus menghulurkan segelas minuman kepadaku dan mengusap-ngusap belakang badanku.

"Hish kamu ni,tulah makan gelojoh lagi!.."kata Nenek sedikit tinggi.Kimi pula sudah tersengih-sengih melihatku yang hampir mati tercekik itu.Hah nak gelakkan aku lah tu!

"Tak,Nenek kata apa tadi?"soalku balik setelah minum hampir setengah air didalam gelas tersebut.

"Nenek tanya,macam mana kamu berdua boleh kenal?"ulang nenek sambil memandang tepat ke arah kami berdua.Gulp!apa aku nak jawab ni!please Rafael!tolong aku!

"Dah jodoh nek.."jawab Rafael sambil tersenyum manis ke wajah tua itu. Apa ayat cliche sangat ni! Takde ayat lain ke kau nak cakap?

"Oh..dah bape lama kenal?"soal Nenek lagi.aduh nek,please lah hentikan soal siasat semua ni.

"Dah lama jugaklah..yang sebenarnya, kami berdua ni satu sekolah dulu" jawab Rafael dengan tenang. Manakala aku yang berada disebelahnya itu sudah berdebar-debar jantung aku dibuatnya.

"Oh,cinta pertamalah ni?.."Tanya Nenek lagi.Aku pula sudah tersengih-sengih.Aduh aku rasa nak membahang je muka aku ni.Nek tolong jangan tanya banyak soalan lagi?

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now