"Urhh..bodohnya lah kau Raina!,tak guna!,buat malu kau je...tu lah suka sangat main serang orang je..kan diri sendiri yang malu..urghh tak guna, tak guna,tak guna!!.."Bebel ku sambil tanganku mengait buah rambutan pada pokok dengan menggunakan galah.
"Apalah yang dibebelkan sesorang tu.."Tersentak aku dibuatnya, tanganku yang sibuk mengait buah rambutan aku hentikan,lalu aku menoleh ke belakang,kelihatan Rafael sedang berdiri dibelakang ku sambil tersenyum memandangku.Aku tumbuk muka kau baru tau!. Manakala Mak dan Opah sedang duduk di pondok sambil makan buah rambutan dan bersembang-sembang. Entah apa yang disembangkan pun aku tak tau lah.em sedihnya aku!.
Aku memandangnya tajam,buluh yang ku pegang,ku genggam kuat.Bila teringatkan pasal tadi,memang geram gila aku dibuatnya plus malu.Yelah, aku ingat pencuri manalah nak curi baju yang Mak aku jahit.Tapi rupa-rupanya dia cuma nak tolong ambilkan baju Opah yang dah siap jahit tu je.Lepas tu,kena bebel dengan Mak sampai nak berdarah telinga aku dibuatnya huhh!.
"Awak nak apa huh?!,apa awak buat kat kampung saya ni huhh?!"soal ku geram dengan nada perlahan.Yelah, tak nak lah Mak dengan Opah dengar perbualan kami,tapi nasib baik lah pondok tu jauh sikit dari pokok ni. Mataku pula masih memandangnya tajam.Rasa nak cucuk-cucuk je dia dengan galah ni!. Aku tengah geram, boleh pulak dia sengih-sengih ishh!!.
"Saje rindu...lagipun kampung awak, kampung saya jugak.."jawab Rafael sambil kakinya melangkah mendekat disebelahku.Senyumannya masih lagi terukir dibibirnya.
"Jangan main-main boleh tak?!.. cakaplah betul-betul!,and sejak bila pulak awak jadi cucu opah huh?!.. setahu saya,Opah mana ada anak apatah lagi cucu.." Rafael yang sedang berdiri disebelahku,aku pukul bahunya. Mataku tajam memandang matanya menandakan aku tengah serius.
"Adoi sakit ah,dah lah tadi orang tu bantai dengan batang penyapu..ni kena pukul pulak dengan tangan batu dia..terasa lagi tau ni sakitnya.."adu Rafael sambil menggosok-gosok bahunya lalu memegang belakang badannya yang masih lagi terasa sakit.
"Padanlah muka.."balasku selamba sambil menjelingnya, lalu aku menyambung semula kerjaku yang tertangguh itu.
"Okay,yang sebenarnya saya just cucu angkat Opah je..saya datang sini pun sebab awak.."jawabnya jujur sambil memandangku.Lalu aku terus menghentikan tanganku daripada terus bekerja dan memandangnya semula.
"Cucu angkat?,and awak datang sini sebab saya?!"Aku yang sudah kebingungan memandangnya pelik. Dahiku,aku kerutkan.Rafael yang mendengar pertanyaanku itu,terus menganggukkan kepalanya.
"Saya dengar awak dah putus dengan Zayn kan..sebab tu lah saya datang sini.Mana tau nanti tetiba je awak bunuh diri ke apa ke,hm takde peluanglah saya nak kahwin dengan awak.."kata Rafael sambil tersenyum, lalu mengeyitkan matanya kepadaku.
"Eh tolong sikit eh,saya putus cinta pun takde sampai nak bunuh diri.. Saya boleh kawal lagilah diri saya ni.."balasku sambil menyilangkan tanganku."Em,baguslah macam tu..ada lah peluang untuk saya kahwin dengan awak.."wajahnya didekatkan dengan wajahku,senyumannya yang manis masih lagi terukir dihadapanku. Jantungku mulai berdegup kencang. Aku dapat merasakan yang pipi aku sedang membahang merah.urgh, apahal lah mamat ni!,dia ni suka buat aku macam ni lah.Selalu buat aku berdebar-debar arhh!!.
Perasaan tersebut aku ketepikan dan cuba menenangkan diriku."saya tak ingin pun nak kahwin dengan awak!" Lalu aku menunjal kepalanya dengan jari telunjukku.Tubuhku aku pusingkan daripada terus menghadapnya dan menyambung melakukan kerjaku yang daripada tadi sebiji pun tak dapat-dapat rambutannya.
"Hm,awak cakap je tak nak,tapi dalam hati..saya tahu awak nak..."lalu aku memandangnya semula.
"Memang tak lah!,Dan saya tak akan sekali pun akan kahwin dengan awak!"kataku sedikit keras dengan nada perlahan.
"Cakaplah tak nak lagi,kang tak pasal-pasal nanti awak sendiri yang datang melutut merayu kat saya,ajak saya kahwin.."kata Rafael sambil meraup rambutnya kebelakang.Senyumanya dilemparkan kepadaku.
"No!,tak akan!"balasku lalu aku menyambung semula mengait buah rambutan.Hi apahal lah susah sangat buah rambutan ni nak jatuh!!
Rafael yang berdiri disebelahku, hanya memandangku sahaja.Hi dia ni bukannya nak tolong!.
"Daripada tadi saya tengok,tak jatuh-jatuh pun rambutan tu?..dah bagi saya galah tu, biar saya buat.."lalu tangannya dihulurkan untuk menanti pemberian galah daripadaku.
"Tak payah!,saya boleh buat sendiri!" Kataku sambil tanganku menggenggam kuat galah tersebut. Lalu aku menyambung semula kerjaku.
"Bagi saya,biar saya buat.."katanya lagi sambil memegang galah yang masih ditanganku.
"Awak ni tak faham ke?!,saya kata tak payah,tak payahlah!,saya boleh buat sendiri!"galah yang dipegang kami, aku tarik daripada terus dipegang olehnya.
"Bagi jelah saya buat.."lalu Rafael merampas semula galah yang dipegangku.
"Tak payah,saya boleh buatlah.."
"Bagi saya!.."
"Tak payah!"
"Raina..bagilah saya.."
Disebabkan rambutan,galah milik Pn.Dilah menjadi rebutan aku dan Rafael.Dalam duk berebut-rebutkan galah tersebut,tanpa sedar ada beberapa ekor kerengga berjalan menuruni galah ke tanganku.
"Aduh!.."adu ku,tanpa sengaja galah yang menjadi rebutan kami berdua itu,aku tertolak ke belakang dan terkena perut Rafael.
"Aahh!.."Galah dilepaskan,lalu perutnya terus dipegang kuat dan membongkokkan tubuhnya.Aku juga terus melepaskan galah tersebut dan menggosok-gosok tanganku yang kesakitan disebabkan kerengga yang datang menyerangku.
Pn.Dilah dan Opah yang mendengar jeritan kami,terus meluru datang kepada kami.
"Ni kenapa ni huhh?!"Tanya Pn.Dilah
Sambil dahinya dikerutkan memandang kami.Opah yang berada disebelah Pn.Dilah juga berasa pelik melihat keadaan kami berdua ini."Kerengga gigit!.."kataku sambil menggaru-garu tanganku yang mulai menjadi merah.
"Hi kamu ni,macam manalah boleh kena!"kata Pn.Dilah sambil menolong ku membuang kerengga yang merayap dibadanku.
"Aduh,perut Raf sakit!..kena galah tu.."adu Rafael sambil memicit perutnya.lalu Opah menolongnya.
"Isshh kamu ni,macam-macamlah!.." Kata Opah.
"Arhh Mak!,kerengga tu masuk kat baju Ina!.."
"Aduh!.."
"Adoi!,adoi!!.."
"Auw!"
*Hai readers!,sorry because I've to late for update this chapter.Sorry again because makes you all to waiting this chapter.I'm very very busy,but today i have a time to update,so I hope you guys enjoy and keep reading and support this story.
Anyway,don't forgot to vote and comment ok!.Love you all my readers!!♥♥ haha!!
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...