BAB 65

4K 113 5
                                    

"Nek,Raina balik dulunya..sayanggg nenek!"tangan nenek aku salam dan cium lalu tubuhnya yang sudah di mamah usia itu aku peluk erat.erat seperti tidak mahu melepaskannya.

"Nenek pun sayang kamu.."balas nenek sambil menepuk-nepuk perlahan belakang tubuhku.pelukan ku dileraikan,tanganku digenggam erat oleh nenek.

"Nanti kalau nak datang lagi sini, bagitahu lah ye...boleh lah nenek masak sedap-sedap lagi.."kata nenek lagi sambil mengukirkan senyuman kepadaku.

"Okay nek,nanti kalau raina nak datang lagi raina call nenek ok.." balasku pula.terasa berat pula hatiku ingin pergi dari sini.kalau boleh rasa nak tinggal je kat sini terus haihh!

"Alahai dah dah lah tuu..orang perempuan ni kalau berjumpa je mesti nak berdrama.."celah kimi yang sedang duduk di pangkin bawah pokok pelam sambil menghirup udara segar pagi.Paksu pula pagi-pagi lagi sudah keluar,katanya ada hal.

"Eley kau nak sibuk kenapa?!,biarlahh aku nak berdrama ke nak apa ke, sukahati akulah!,ni aku punya cerita bukan cerita kau ok!"ujarku dengan nada sedikit tinggi.dirinya yang tidak jauh daripada situ aku jeling.hrrhh dia ni ade je nak cari gaduh dengan aku.menyampah!

"Haa yelah yelahh...eh Raina mana suami kau?,daripada tadi aku tak nampak pun.."kata kimi lagi sambil matanya melilau-lilau mencari kelibat Rafael.

"Haah mana suami kamu Ina?,van dah nak sampai dah ni.."tanya nenek pula.

"Tadi dia kata ada barang tertinggal, tu dia pergi ambil lah tu.."jawabku ringkas.sambil-sambil jam ditangan aku lihat,sudah hampir menunjukkan jam 9.00 pagi.

"Haa tu dia!.."kata kimi sambil menundingkan jari ke arah Rafael yang sedang berjalan ke arah kami. Serentak aku dan nenek menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh kimi itu.

"Sorrylah kalau abang lambat...sorry nya nek.."katanya usai sahaja sampai dihadapan kami.tangan nenek di salamnya dan dicium lembut.

"Alaa takpe,biasalah tuu..kalau dah namanya bercuti memang tak sah kalau tak tertinggal barang..."ujar nenek sambil melemparkan senyuman kepada Rafael.Rafael juga membalas senyuman nenek.

"Dah ada ke barangnya bang?,barang apa yang abang tertinggal tu?, penting sangat ke?"soalku bertalu-talu.dahiku dikerutkan.fikiranku ligat berfikir apa yang penting sangat barang tu sampai dia patah balik pergi ambil??

"Mestilah penting..kalau tak penting, abang tak patah balik tau pergi ambil"
Jawabnya ringkas sambil mencuit hidungku lembut.

"Yelah apa benda tu?"soalku lagi ingin tahu.

"Adalah.."

"Alaa bagitahu lah.."rayuku sambil menarik-narik tangannya.

Pin!Pinnn!

Belum sempat aku mendapatkan jawapan daripadanya,van sudah sampai untuk membawa kami berdua ke jeti untuk menaiki ferri.

"Haa tu van dah sampai dah tu..pergi cepat nanti lambat kang.."arah nenek kepada kami berdua.

"bye nek terima kasihnya jumpa lagi!" Ucap Rafael.

"Kimi?!,next time jumpa lagi!"jerit Rafael kepada kimi yang masih duduk di pangkin itu.

"Ok bro jumpa lain hari!"balas kimi sambil melambaikan tangannya ke arah kami berdua.

"Jom sayang kita balik"kata Rafael sambil tangan kirinya menarik lenganku manakala tangan kanannya menarik lugage.hampir nak terjatuh aku dibuatnya apabila lenganku ditariknya tiba-tiba.

"Hati-hati!..elok-elok balik rumah tuu!"pesan nenek sambil melambaikan tangannya.

"Okay nek,jangan risau saya akan pastikan cucu kesayangan nenek ni pulang dengan selamat sampai ke rumah!"kata Rafael sambil tersenyum-senyum memandangku. Manakala aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke tempat lain apabila wajahku ditenung Rafael lama.Eii sebok je nak pandang-pandang orang!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now