Beg bagasi miliknya dimasukkan ke dalam bonet kereta.Usai sahaja meletak dan menyusunnya dengan kemas,pintu bonet kereta ditutup.
"Kau confirm ke nak balik kampung ni?"soal Eyka yang sudah terpacak di depan pintu masuk rumah sambil tangannya disilangkan.Lalu aku menghampirinya.
"Iyelah,tak kan lah aku main-main kot ..aku pergi sana pun sebab aku nak tenangkan fikiran aku yang tengah berserabut ni,..lagipun dah lama aku tak balik kampung...rindu ah kat Mak ngan Ayah aku.."Jawabku sambil melemparkan senyuman kepada Eyka yang sudah memonyokkan mukanya.
"Tapi..janganlah lama-lama sangat kat kampung tu!..kesian aku sesorang kat rumah.."
"Hi..tulah kau,aku ajak kau sekali,tapi kau yang tak nak ikut!"balasku sambil memandang Eyka yang sedang mencebikkan bibirnya.
"Alaa kau ni,aku bukannya tak nak ikut balik...tapi butik tu huh..siapa yang nak jaga?!.."jawab Eyka.
"Sarah dengan Dani kan ada,apalah yang nak difikirkan sangat!"kataku sambil mataku dikerlingkan ke tempat lain.
"Macamlah boleh percaya diorang berdua tu..."
"Apa-apa jelah!..huh nanti kalau ada apa-apa hal,..tu huh Mak Leha sebelah rumah tu ada haa.."kataku lalu memuncungkan bibirku ke arah Mak Leha yang sedang menyiram pokok bunga dihalaman rumahnya. Mak Leha yang perasan aku memandangnya,terus melemparkan senyuman kepadaku.Aku juga turut membalas senyumanya.
"Hi,ni semua Zayn punya pasal lah ni!"Eyka yang mulai bengang bila teringat akan Zayn yang curang dengan perempuan lain,terus menggenggam kuat penumbuknya.
"Dah lah..tak payahlah kau cakap pasal dia lagi!,sakit telinga aku dengar nama dia!"
"Hi kalau tak sebab dia,kau tak balik kampung tau!..hurh geram akulah!" Kata Eyka lalu tangannya disilangkan semula.
"Hm..lupakan jelah pasal tu,benda dah lepas kot!,and lagi satu,kalau si Zayn tu datang rumah ke datang butik ke cari aku ,kau cakap je dengan dia yang aku tak nak tengok muka dia lagi!,sebab dia dah tak wujud lagi dah dalam hati aku!" nasihatku kepada Eyka.
"Em,lebih daripada tu pun aku boleh buat!,kau cakap je kau nak aku buat apa,nanti aku buat!"kata Eyka sambil tersenyum-senyum.
"Hm,yelah tu.."lalu aku menjeling Eyka yang masih tersenyum-senyum.
"Eh betul lah!...tapi,berapa hari kau kat kampung?!"soal Eyka sambil dahinya dikerutkan.
"Em..seminggu!"jawabku lalu melemparkan senyuman kepada Eyka.
"Huh seminggu!,lamanya...habislah bosanlah aku kat rumah sesorang!" Lalu Eyka memonyokkan mukanya semula.
"Alaa Mak Leha kan adaa...."Kataku sambil tersengih-sengih memandang Eyka.
"Hi kau ni asyik Mak Leha je.." matanya dijelingkan ke arah Mak Leha yang masih lagi menyiram pokok bunganya.Namun aku hanya mampu tersenyum melihat Eyka dengan muka sedihnya itu.
"Dah lah aku pergi dulunya...nanti kang jem pulak bila tengahari.."lalu kami bersalaman dan berpelukan sambil melagakan pipi.Usai sahaja, aku terus membuka pintu kereta ku dan masuk ke dalam.
"Hati-hati drive tu!..nanti dah sampai kampung jangan lupa call aku!" nasihat Eyka sambil melambai-lambaikan tangannya.
"Ya!,aku ingat!"balasku sambil mengeluarkan sedikit kepalaku ke luar tingkap kereta.
Dengan rasa berat hati meninggalkan Eyka keseorangan,aku terus memecut kereta ku meluncur pergi.
×××××××
Aku mengeliatkan tubuhku apabila tersedar daripada tidur.Dengan mata yang masih kuyu,aku mendudukkan diriku lalu menyandarkan tubuhku pada kepala katil.Selimut yang menutupi badanku,aku alihkan.
YOU ARE READING
RAINA RAFAEL❤✔
Romance[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidup aku dan dia bermula. Sebagai apa? Musuh Kawan And then, Cinta No no no tak akan aku nak jatuh cint...