BAB 12

5.8K 192 0
                                    


Aku yang baru sahaja selesai mandi, terus membawa diriku keluar dari bilik.Satu persatu kaki ku memijak setiap anak tangga untuk turun ke bawah.Dari jauh aku sudah nampak semua ahli keluargaku sudah berkumpul di meja makan untuk makan malam.Kecuali,kak Armel. Manalah akak aku yang sorang ni??..Manakala,Mak Jah pula sedang meletakkan lauk-pauk di atas meja sambil dibantu oleh mama.

Aku melirikkan senyuman sedikit apabila terlihat Adam yang sedang masam mencuka wajahnya itu.Haha ni mesti kes siang tadi ni!..Lek ah dam!,Gambar hodoh kau selamat dalam phone aku.Don't worry Adam, don't worry.Kau jangan risaulah,aku takkan sebarkan punyalah muka kau yang tak berapa nak handsome tu haha!

Sedang aku duk membahan Adam di dalam hati,aku telah pun sampai di ruang makan.Aku menarik kerusi di sebelah Adam dan terus melabuhkan punggungku di atas kerusi tersebut. Dihadapan aku pula mama. Manakala papa duduk pada bahagian kiri aku, menghadap kami semua.

"Jangan risau,muka hodoh kau tu selamat dalam phone aku.."bisikku kepada Adam yang masam mencuka itu. Namun Adam hanya memberi jelingannya.Kak Armel yang baru sahaja sampai,terus menarik kerusi di sebelah mama dan duduk.

"Ha Raf,cerita ah kat New York?, acaner okay tak kat sana bisnes??" Soal Kak Armel sambil mencedok lauk.

"Ha ah Raf,macam mana bisnes kat sana?,papa pun nak tahu jugak?!" Soal Encik Azril pula,iaitu papa kepada Rafael.

"Kat sana okay je,bisnes semuanya okay takde apa-apa masalah pun.. cuma busy sikitlah kat sana..Lagipun Pak Long kan ada..so,Rafael bolehlah rujuk kat Pak Long kalau ada apa-apa masalah.."jawab Rafael lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.Papa yang mendengar jawapanku itu hanya menganggukkan kepala tanda memahaminya.

"Haa,apa khabar Pak Long kamu tu?!, sihat?!"soal mama pula sambil meletakkan gelas minumannya di atas meja setelah selesai meminum jus oren yang dibuat oleh Mak Jah tadi.Matanya pula memandang ke arahku.Papa dan Kak Armel juga turut memandang ke wajahku.Adam yang berada disebelahku pula sibuk mengunyah makanan.

"Pak Long sihat je...ha,sebelum Raf terlupa,Pak Long kirim salam kat semua.."kataku sambil memandang ke arah mereka semua.

"Waalaikumusalam.."serentak mereka menjawab.Aku sambung semula suapan nasi ku yang tertangguh sebentar tadi.

"Kamu pula Rafael,bila nak masuk office?,banyak kerja kat office tu kamu kena buat.."kata papa lalu meneguk gelas minumanya.Aku yang sedang makan,hampir tersedak dibuatnya.Yelah,aku baru je balik dari New York.kalau ia pun,bagilah aku dua tiga hari ke rehat dulu,3 tahun aku kat New York memang busy gila aku kat sana.Aku pergi sana pun sebab aku nak tenangkan fikiran aku,aku nak jauhkan diri aku daripada segala masalah kat sini. Sebab tu bila papa tawar aku untuk handle bisnes kat sana dengan Pak Long,aku nak.Sebab aku nak mengubati hatiku yang sakit ni disebabkan oleh seorang perempuan. Perempuan yang selama ini aku percaya,tapi..

"Raf?!"lamunanku terus terhenti apabila papa memanggil namaku.

"Ha ye.."jawabku terpinga-pinga.

"Kamu dengar tak apa papa cakap tadi?"Tanya papa lagi.

"Haa..eee.."

"Alaa awak ni pun,bagilah si Raf ni dua tiga hari dulu rehat,dia kan baru je balik sini.."kata mama untuk menyokongku.Yay!thanks mama sayangku!

"Em,okay papa setuju!"balas papa pula.

"Alhamdulillah.."bisik hatiku.terukir senyuman dibibirku.

"Tapi..lebih awal lagi bagus,kat office tu banyak kerja untuk kamu.." Selamba papa berkata lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Ha ah Raf,berlambak akak nak bagi kerja kat kau!"kata Kak Armel sambil tersengih-sengih memandangku.Dah start dah dia nak kenakan aku!.

Adam yang berada disebelahku,tiba-tiba menyepak kaki ku,lalu aku memandangnya dengan pandangan yang tajam.Apahal kau!

"Blurk..padan muka!"Adam menjelirkan lidahnya kepadaku lalu menyambung suapan nasinya semula.
Tak guna punya budak!

Aku yang berasa bengang dengan tindakan Adam itu,aku terus membalas semula sepakannya tadi.

"Aduh!.."adu Adam,hampir tersembur nasi yang penuh didalam mulutnya itu.Aku yang disebelahnya hampir tergelak aku dibuatnya.

"Woi,korang ni apahal?!"Tanya Kak Armel apabila melihat telatah kami berdua yang mengganggu suasana di meja makan tersebut.Mama denga papa juga turut memandang ke arah kami berdua.

"Entah Adam ni,tulah aku dah kata, makan jangan gelojoh sangat!..kan dah tercekik!"kataku sambil menepuk-nepuk belakang badannya.

"Hishh,dah lah..macam-macamlah kamu berdua ni,dah makan cepat!" Kata mama dengan nada sedikit tinggi.Manakala papa hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Lalu aku menyambung semula suapanku itu,begitu juga dengan mereka.Aku melihat Adam,muka bengangnya mula terpampang dengan jelingannya itu.

Hm,kau takkan boleh kalahkan aku dam!because I'm your brother,and I'm a most handsome then you,Adam! Hahaha!ceh poyo gila!

RAINA RAFAEL❤✔Where stories live. Discover now