Berlari! Jangan berhenti! Lari Hanna! Jangan toleh kanan, kiri. Kau cuma perlu lari!
Dengar cungapan kepenatannya. Namun demi keselamatan, dia terus berlari tanpa tolehan.
Tiba-tiba mulutnya ditekup dengan kain. Dan pandangannya kelam. Matanya yang tadi dihiasi dengan warna kini hanya hitam segala.
**********
"Ma,morning ." Ujar Dayyan. Senyuman manis dihadiahkan kepada mamanya.
"Hmm, morning. " Jawab Datin Uzaina.
"Ma, orang cakap 'morning' semangat, mama jawab macam tu je." Sempat merungut kepada Datin Uzaina.
"Good morning to my Prince Daniil Dayyan Dato' Prince Dzulkifli." Datin Uzaina.
"Perlilah tu."
"Ni abang kamu mana Dayyan? Siap mengalahkan perempuan. Nak pergi pasar je pun. " Datin Uzaina membebel . Bukan tak tahu macam mana anak lelaki sulungnya bersiap.
"Ye ma.. Dinie dah siap. Anak mama paling kacak dan siap ni ha... "
Ok yang ni buat Dayyan rasa nak muntah. Kacaklah sangat! Perasan bagai hidup berseorangan.
"Eei kau bang, perasan tak pernah habis. Ada ke perempuan nak dekat kau ni? Sudahlah kuat berangan, kuat perasan, siap lambat, pemalas, apa lagi ehh... "
"Siapa perfect kat dunia ni? " Dinie balas dengan tajam.
Yaa betul, nobody perfect in this world.
Dayyan hanya tersengeh bersalah. Itulah, nak kenakan orang tidak berfikir. Kan dah berbalik kat diri sendiri.
"Bertekak ajelah korang ni. Mari cepat. Lambat habis pulak lauk nanti. "
"Ye ma.. "
*****
Dayyan menekan brek sekuat daya yang ada pada kakinya. Namun nasib malang tidak dapat dihidu.
"Ma I'm so sorry. " Dia bersalah apabila melihat mamanya dibelakang terkejut beruk. Nasib baik Datin Uzaina memakai tali pinggang keselamatan.
Abangnya disebelah ditoleh. Okey.. Dayyan berdebar.
"Maaf bang.. Aku tak sengaja! " Tambah bersalah melihat dahi abangnya sedikit berdarah.
"Tak apa. Sikit je. Pergi keluar tengok siapa yang kau langgar tu. "
Dayyan hanya mengangguk. Kakinya mula melangkah keluar. Triple terkejut melihat seorang perempuan yang sudah terbaring tidak sedar diri diatas jalan raya.
"Abang, keluarlah tengok. Dayyan nak buat apa ni? " Sumpah dia buntu. Tak pernah lagi dia melanggar manusia.
Dinie melangkah keluar dari kereta.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomantiekCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...