BAB 1

6.6K 99 14
                                    

SEBAIK SAHAJA 'Aku Terima Nikahnya' dilafazkan, Afshin Nur khalida sudahpun bergelar menjadi seorang isteri. Air ditubir mata berjujuran dipipi gebu sambil menutup rapat matanya buat seketika. Dibiarnya lelaki yang bergelar suaminya itu mencium dahinya. Manakan tidak dia menangis, lelaki yang bergelar suaminya itu langsung tidak dikenalinya. Kalau bukan kerana papanya yang memaksanya, dia tidak akan menjadi seorang isteri hari ini.

"Kahwin secara paksa? Bahagiakah hidup begini? Ya allah jika dia lelaki terakhir untukku, kau bahagiakanlah kami." Bisik hati Afshin .

"Paksa? Bawa kebahagiaankah hidup begini? Ha, memang taklah bahagia, tengok muka perempuan ni pun dah buat aku benci dekat dia!" Bisik hati Azrul .

Usai sahaja akad nikah berlangsung di masjid Jamek, pasangan pengantin itu bergegas ke hotel lima bintang yang mana milik keluarga Azrul. Pelamin yang tersergam indah menjadikan bulu roma Afshin meremang.

 Pelamin yang tersergam indah menjadikan bulu roma Afshin meremang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azrul memimpin Afshin berjalan ke atas pelamin. Afshin merenung tajam dan cuba meleraikan tangannya dari terus dipimpin Azrul , akan tetapi Azrul memimpin tangannya dengan erat. Akhirnya Afshin mengalah dan membiarkan perbuatan tersebut berlanjutan sehingga diatas pentas pelaminan. Dia hanya tersenyum palsu seakan akan gembira dengan majlis tersebut. Manakala Azrul menggambarkan dirinya tenang dan santai.

' Memang lelaki ni takde perasaankah apa ? Boleh pula dia santai dekat sebelah aku ! ' Bisik hati Afshin .

Abang Neil selaku jurugambar memanggil seluruh anggota keluarga bersama untuk mengambil beberapa gambar kenang kenangan. Seluruh keluarga riang melihat raja sehari diatas pelaminan.

" Eh, pengantin tu boleh rapat sikit tak? Bukan haram pun kalau dekat sangat. Janganlah malu malu . " Gurau Abang Neil .

Azrul mendekatkan dirinya dengan Afshin . Senyuman palsu masih lagi ditetapkan .

" Okay, pengantin pula ambil gambar ! " Seluruh keluarga bergegas bersurai di atas pelamin sebaik mengambil beberapa klik gambaran .

Azrul terus memeluk pinggang milik Afshin dengan erat. Sedikit tersentak dengan reaksi suaminya.

"Aku takkan buat apa apalah . Jangan nak gelabah terus ." Ujar Azrul .

Afshin hanya berdiam diri. Semua tetamu yang dijemput turut tersenyum melihat gelagat dua merpati sejoli diatas pelamin.

AFSHIN BERGEGAS MASUK kebiliknya sebaik sahaja majlis persandingan berakhir. Dia bergegas mencapai tuala dan telefon bimbit lantas masuk kedalam bilir air. Ashfin Nur Khalida mendail nombor telefon sepupunya yang berada jauh di tanah barat iaitu London untuk melanjutkan pembelajaran disana.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now