Kepala menoleh ke belakang. Bukan melihat keadaan Lucas yang sedang menolak troli itu tetapi melihat barang-barang yang berada di dalam troli. Barang baby!
"Aegi (baby), ibu tak sabar nak tengok muka awak! Mesti cantik macam ibu!"
"Mana Yana tahu dia perempuan?" Satu suara mencelah.
"Hello? Instinct seorang ibu ni kuat okey. Bapak-bapak diam je. Jangan menyibuk." Balas aku berlagak. Arryan geleng kepala melihat perangai isteri mengandung dia.
Barang baby ni nanti-nanti boleh beli tapi tak tahu kenapa aku teringin sangat nak beli hari ni. Ala, barang asas je. Tak melibatkan jantina seseorang bayi pun.
Barang asas pun, penuh juga lah troli yang Lucas kena tolak tu. Sampai berpeluh mamat Spain tu dibuatnya. Padahal shopping mall ni berpenghawa dingin kut! Haha, Lucas... Lucas.
"Ada apa-apa lagi ke Yana nak beli?" Serentak aku memberhentikan langkah. Diikuti Arryan dan Lucas. Hari ni aku yang guide mereka berdua supaya tidak membantah semua arahan aku. Muahaha!
Hmm, let me think first. Dagu aku digaru perlahan. Macam dah tak ada. Aku menoleh ke dalam troli. Penuh. Mungkin itu sudah cukup buat hari ni.
Hari ni je tau. Hari ni.
Hari lain mungkin tak cukup lagi. Haha!
"Eh, abang ni sana sikit boleh tak? You're act like my bodyguard than my husband. Dengan pakai spec hitam lagi. Acah lah abang ni." Kutuk aku seraya menolak Arryan jauh-jauh. Tapi macam tak ada guna. Arryan tetap kaku di tempat berdirinya.
"Then? What should i do to act like your husband?"
Sejak Arryan mengumumkan bahawa dia telah lama berkahwin, ini adalah kali pertama kami berdua berjalan bersama-sama di tempat awam. Tetapi nampaknya semua orang masih tak perasan suami aku ni ialah Arryan Alexander!
Semua orang masih tertanya-tanya tentang gerangan siapa yang bertuah menjadi isteri kepada Tengku Arryan Alexander. Haha! Mereka tak tahu lagi ya siapa isteri dia? Meh sini, saya memperkenalkan.
"Like this." Aku membuka spec hitam dia yang menampakkan dia kelihatan bodoh itu. Dalam mall macam ni pakai sunglasses apa kes? Lucas tu biar lah dia! Tak confident dengan diri sendiri agaknya.
Kemudian, lengan kiri aku disilang dengan lengan kanan Arryan. Pandangan aneh beberapa orang di situ, aku tidak hiraukan. Masih selamba saja berjalan sambil bersilang tangan dengan suami tercinta.
"Wait wait. Is that Tengku Arryan?"
"Isteri dia ke tu?! Omg, so gorgeous!"
"Ayana Zulaikha tu isteri Arryan Alexander?!"
"Memang padan sangat depa berdua tu. Seorang tinggi kacak, seorang lagi tinggi cantik. Patut lah kahwin senyap-senyap!"
"Ayana kan dah lama menghilangkan diri. Jangan-jangan dia berhenti jadi atlet tu sebab dia kahwin dengan Tengku Arryan?!"
Dan banyak lagi bisikan-bisikan liar yang aku dan Arryan dengar. Kalau lepas ni ada reporter rempuh aku dan Arryan, pandai-pandai lah jawab ya! Haha.
"Mulai sekarang, kita kena hidup seperti pasangan suami isteri yang normal. Abang tak payah nak protect sangat Yana ni, Yana pandai jaga diri. Jangan risau, okay? Lagi pun seorang Ayana Zulaikha dah lama bersedia dengan benda-benda yang abang risaukan tu sejak dia bersetuju untuk menjadi isteri kepada Arryan Alexander or should i call Arryan Luthfi?"
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...