Bab 54

1.7K 194 13
                                    

BAM!!

Semua orang di dalam bilik menoleh ke arah aku yang baru sahaja menghempas pintu kayu jati itu. Kalau lagi sekali terhempas, aku jamin memang boleh patah dua pintu ini. Alah, keluarga dalam bilik ni kaya kut. Rasanya tak ada masalah nak beli pintu besi yang lagi kebal.

Kepala aku tegak memandang ke depan. Ke arah satu-satunya figura di tengah meja mesyuarat itu. Tan Sri Tengku Adam Alexander. Lelaki yang berhutang penjelasan kepada aku.

Setelah beberapa saat berlawan tenung dengan lelaki separuh abad itu, aku mengalihkan pandangan kepada semua orang di sekeliling meja mesyuarat.

Kak Umaira, Uqaira, Aqryan dan sebelah daddy tu siapa pula? Eh tunggu. Aku macam kenal. Berkerut dahi aku cuba mengingati di mana aku pernah jumpa wajah itu.

Tapi yang aku dapat hanya lah sakit kepala. Kepala digeleng beberapa kali untuk menghilangkan pening. Tak ada masa nak pening sekarang!

"Ayana diri apa lagi? Duduk sini" daddy mengajak aku duduk di tempat duduk kosong. Aku dengan wajah tanpa riak, melangkah ke arah salah satu kerusi kosong lalu menjatuhkan duduk.

"Explain." betapa dinginnya suara aku saat menuturkan satu patah perkataan itu.

"Oh before that. Who is he?" jari aku menunjuk ke arah seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya.

Lelaki itu senyum manis. "Along lupa yang awak tak ingat along. Selamat berkenalan, nama along Tengku Adryan Alexander dan merupakan..."

"Abang sulung Arryan, pewaris sebenar." sambung aku sebelum lelaki bernama Adryan itu menghabiskan katanya. Dia nampak terkejut dengan apa yang baru aku tuturkan. Jangankan dia terkejut, aku turut sama terkejut!

"Wow, i thought you didn't remember me. Well, your..."

"Along!" Kak Umaira menegur Abang Adryan. Kepalanya tergeleng beberapa kali.

Macam mana aku boleh tahu dia ialah abang sulung Arryan? Melalui apa yang Abang Adryan katakan tadi, dia fikir aku tak ingat bahawa dia ialah abang sulung Arryan. Adakah sebelum aku hilang ingatan aku sudah sedia maklum dengan kewujudan Abang Adryan?!

Sah! Aku dan Arryan ada hubungan dulu! Tetapi apa? Hubungan apa sampai aku boleh tahu rahsia besar keluarga Alexander ini?!

Pewaris sebenar? Habis tu, Arryan tu pewaris palsu?

Berkerut-kerut dahi cuba memahami situasi sekarang. Sangat rumit!

"Biar daddy explain. Yana nak dengar dari mana?" Lembut saja suara lelaki separuh abad itu meminta pendapat aku. Macam mana dia masih kekal tenang dalam keadaan begini?!

"From the beginning. Untill the end." daddy angguk kepala. Dia berdehem sekejap sebelum membuka mulut.

"Arryan bukan pewaris sebenar."

"Itu saya dah tahu, boleh tak bagitahu benda yang saya tak tahu?"

"He is not my biological son."

Jeda.

Aku tergamam. Lidah kelu sekelu-kelunya.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now