"Ayana! Pssstttt..."
Langkah kaki aku terhenti. Perlahan-lahan kepala berpusing ke arah dari mana suara itu datang. Melihat saja sesuatu di belakang kereta aku itu, semerta dahi aku berkerunyut.
"Langsuir?"
Mendengar aku memanggilnya dengan gelaran itu, mata langsuir itu terbeliak besar. Segera dia terbang mendekati aku. Sampai sahaja di depan aku, laju tangan dia mengetuk kepala aku.
"Woi! Tak ada kepala ke?!" Jeritku kepadanya. Bahagian atas kepala diusap-usap lembut. Pagi-pagi dah kena luku.
"Siapa suruh panggil aku langsuir?!"
"Habistu kau apa? Pontianak? Pocong? Toyol?"
"Eishh! Malaslah nak cakap dengan kau ni. Aku datang sini nak minta maaf je." Suara dia yang memarahi aku tadi, perlahan-lahan mengendur.
Senyuman terbit di bibir merah aku. Alahai, langsuir aku seekor ni. "Tak apalah. Benda dah jadi pun. Dah pergi balik tempat kau. Shuh..shuh!" Serentak dengan itu, aku mengayun kaki ke bangunan Alexander Holdings.
Tempat kerja baharu aku selepas bangunan Alexander Hotel diletupkan. Tetapi baru beberapa langkah, kaki aku terhenti lagi. Baru teringat akan sesuatu.
"Langsuir!"
"Woi! Aku bukan langsuirlah!"
"Apa jadi dekat akak tu? Suami dia?" Soalku sambil kepala berpusing sembilan puluh darjah memandang langsuir di belakang.
"Oh, akak tu dah pergi dah. Mampus ah dia. Lepastu, suami dia masuk penjara. Serah diri" jelas langsuir itu.
Serah diri? Kenapa?
Persoalan itu berlegar-legar di dalam kepala aku. Kaki kembali berjalan menapak ke bangunan gah di hadapan. Setelah beberapa minit perjalanan ke pejabat Arryan, akhirnya kaki aku terpacak di depan pintu bilik pejabatnya.
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum, Lucas! Arryan! Saya ni, Aya..." belum pun sempat menghabiskan salam, pintu sudah terkuak dari dalam. Terjegul wajah ketat Lucas di hadapan mata.
Waduh, ketat-ketat pun kacak lagi. Apa nak jadilah dengan jejaka bernama Lucas ni.
"Masuklah. Senor ada meeting dengan pekerja-pekerja dia" arahan dijatuhkan dan aku membuntuti Lucas. Sesaat, dia menghentikan langkah.
"Kenapa senora ikut saya?"
"Mana ada saya ikut awak. Meja saya kan dekat sana" jari telunjuk menunjuk ke arah meja kecil di hujung bilik Arryan. Terus kaki dibawa ke situ dan menjatuhkan duduk di kerusi. Meja kerja aku.
Walaupun kecil tetapi sangat berguna. Yalah, aku duduk pejabat Arryan ini sebagai bodyguard undercover je. Sekarang, Arryan sudah ada Lucas jadi buat apa susah-susah aku berdiri tercongok di sebelah dia?
Kalau boleh, mahu saja aku tamatkan operasi undercover ini tetapi Arryan tidak benarkan. Dia berkeras nak aku pegang watak pengawal peribadi dia. Aku pun ikutkan saja kalau itu jalan mudah untuk perangkap Kelam.
Semasa tiada orang sekeliling, aku akan buat kerja sendiri aku. Seperti sekarang. Banyak lagi kes yang tertangguh di bawah siasatan aku. Justeru, aku akan selesaikannya di sini.
Kiranya inilah pejabat kedua aku.
"Lucas, awak ada nampak tak buku nota saya?" pintaku kepada Lucas. Bebola mata bergerak mencari di seluruh kawasan meja tetapi tiada langsung kelibat buku nota saiz A4 itu.
"Tak" sepatah saja dijawabnya. Sudah mengganggak jawapan pendek dia itu. Serentak, aku mengangkat tubuh ke meja kerja Arryan.
"Eh, senora nak buat apa tu?" ujar Lucas. Aku melirik ke sebelah.. Oh, kalau aku dekat dengan meja tuan dia baru kecut? Sesaat, aku mengeluh sebelum mata kembali tertumpu ke atas meja kerja Arryan.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...