"Kau gilalah, Ayana"
"Kau nak mati ke?"
"Tak sangka aku ada kawan gila macam kau"
Bermacam-macam lagi komen yang aku terima daripada Hilman sebaik saja aku sedar dari lena. Bella pula tidak berhenti menangis dari tadi. Nak peluk, tak boleh pula sebab badan aku masih sakit lagi akibat tikaman itu.
"Hei hei, aku selamat kan ni? Dah tak payah sedih-sedih" aku memujuk Bella yang duduk di kerusi tetamu. Kepalanya diusap aku lembut.
Aduh dia ni. Buat aku rasa serba salah lah.
"Kesian kau. Tak ada sesiapa nak tolong. Patutlah dekat badan kau tak terkira calar-balar. Sedih gila kut tengok sendiri tadi.."
"Shhhh... Jangan risaulah! Aku okey ni. Hah tengok!" aku mendepangkan tangan aku seluasnya. Senyuman ditarik selebar mungkin.
Keadaan hening seketika. Aku melihat Hilman dan Bella bersilih ganti. Hilman dan Bella pandang aku tak berkelip. Menunggu aku..
"Arghh.." akhirnya aku mengalah. Okey, memang susah nak berpura-pura sihat. Skill berlakon aku ni kena mantapkan lagilah.
"Tengok tu..Huaa!" Bella kembali meraung mengalahkan budak kecil. Wajahnya disembam ke katil aku. Alamak ai dia ni. Siapa yang kena tikam sebenarnya ni?
Hilman mendekati setelah lama memerhati dari jauh. Dia berdiri di sebelah Bella dan mengusap belakang Bella perlahan. Memujuk isterilah katakan.
"Sayang.. dah lah tu. Nurse dari tadi tunggu awak dekat pintu sana" akhirnya Bella berhenti menangis. Kepalanya yang ditekup dengan selimut hospital diangkat.
Allahu. Basah teruk pipi dia. Aku yang mangsa kejadian pun tak menangis sampai macam tu sekali.
Tanpa berkata apa-apa dia keluar mengikuti nurse yang sedari tadi menunggu tangisan Bella reda. Aduhai, Bella Bella. Dulu dengan sekarang sama je.
Cengengnya tak berubah!
"Macam mana kau boleh tahan dengan perangai cengeng dia?" Selepas memastikan Bella sudah jauh dari wad aku akhirnya soalan itu terpacul dari mulut sendiri.
Bella tu sememangnya gembeng tak bertempat! Tubuh badan yang kecil itu cukup untuk menggambarkan dia mempunyai hati tisu. Haih, kalau tengok drama korea dengan dia lagilah meraung macam orang histeria!
Hilman mengeluh sekejap. "Aku mana pernah sampai tahap kena tikam. Memang patutlah dia meraung macam tu tadi. Kau pun tahu kan perangai dia macam mana?"
Aku diam sekejap. Yalah, ini kali pertama aku kena tikam. Fahamlah aku kenapa Bella meraung-raung tadi. Uish, sakitnya memang tak boleh digambarkan. Biasa tengok dalam filem okey je.
Bila kena sendiri. Peh! Nak cakap pun tak mampu. Okay, memang rasa nak mati je semalam. Terseksa sangat duh!
Tiba-tiba pintu bilik wad aku dibuka kasar dari luar. Terjegul wajah Arryan. Kaki dia laju menapaki ke katil aku. Lucas juga ada dibelakangnya.
Biasanya nampak Lucas aku tersenyum suka tapi tidak sekarang. Sebab muka bos dia di depan sangat menakutkan!
"We need to talk"
Air liur ditelan pahit. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan daripada terus melihat Arryan.
"Ayana Zulaikha. Look at me" dan aku yang bagaikan robot tak bertauliah, mengikut arahannya.
Gulp!
Pandangan dia. Sangat membunuh. Sehingga mematikan semua kata-kata aku. Takut? Ya aku sangat takut sekarang.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...