"Are you okay?" Orang di sebelah aku bersuara. Pantas, aku menoleh ke sisi kanan.
Ayden elok merenung ke depan sambil tangan memegang stereng kereta. Setiap kali bersama Ayden mahupun Ayren pasti dua orang lelaki ini akan menyoal soalan yang sama.
Okey ke tidak.
Aku okeylah! Jangan risau. Cuma masih terkesan sikit.
"Okay je. Kenapa?"
Tipu! Aku sangat-sangat tidak okay sekarang. Puncanya bukan sebab arwah eomma tetapi sebab orang sebelah aku ni!
Malam tadi, aku bermimpi yang Abang Ayden.. tidak! Aku tidak mahu ingat mimpi itu.
Aku takut benda itu betul-betul jadi. Mungkin kalau aku lupakan, mimpi itu hanya mainan tidur. Ya, hanya mainan tidur.
Baik hadap matahari terbit di sana. Boleh juga hilangkan rasa gundah di hati. Dengan bau wangian kereta Abang Ayden lagi. Beza betul bau kereta dia dengan bau kereta aku.
Tadi nak balik kerja, kereta aku buat hal pula! Itu yang abang aku ambil di tempat kerja. Sudahnya, lepas maghrib nampaknya kami tiba di rumah. Hailah!
Sejak kes Alexander sudah ditutup, aku tidak perlu lagi berulang-alik ke syarikat Arryan dan balai polis. Chris sudah diberkas dan tidak perlulah aku menjadi kuli tak bertauliah lagi di situ.
Lagipun duduk di situ pun aku buat kerja yang sama. Melihat kes-kes yang lain. Aku hanya akan menjadi bodyguard Arryan apabila di khalayak ramai sahaja.
Batang hidung Arryan pun sudah tidak nampak. Sibuk betul dia nak naik pangkat. Kali terakhir aku jumpa dia di hospital hari itu.
Katanya kalau aku nak jumpa dia lagi, aku kena tunggu dia. Huh, dia fikir aku ada masa nak tunggu dia? Banyak lagi tau kes bertimbun kena fikir.
"Abang minta maaf" ucapan maaf tiba-tiba terluah daripada Abang Ayden.
"Huh?"
"Sebab tak bagitahu Yana pasal eomma. Pasal rahsiakan semuanya" nada suaranya penuh dengan kekesalan. Lah, kenapa pula dia ni. Benda dah lepas kan? Dia tidak bagitahu aku pasal eomma je.
"Tak apalah. Lagipun Ayden tak nak Yana bersedih kan? Yana faham.. pasal eomma je pun" aku bersuara tenang. Wajah penuh penyesalan Ayden ditenung lembut.
"Tapi itu baru sikit"
"Hah? Apa?"
"Tak! Tak ada apa-apa" Abang Ayden meneruskan pemanduan. Pelik-pelik je abang aku seorang ni. Macam ada cakap something tadi.
Tiba-tiba aku dapat rasa ada benda tak kena. Aku menoleh ke sisi. Abang Ayden kelihatan kalut menekan-nekan brek.
"Ayden.. kenapa ni?"
"Yana! Pegang kuat-kuat! Brek tak makan ni!"
"Ayden! Kenapa ni?! Yana takutlah!" Meskipun takut, aku tetap mengikut arahan Ayden. Memegang sisi kereta kuat-kuat.
Aku tidak tahu apa jadi tetapi aku dapat rasa kereta kami berpusing beberapa kali dan melanggar sesuatu benda keras. Cermin kereta pecah lantas menyebabkan beberapa serpihan mencucuk wajahku.
"Arghh!!"
"Ayden!!"
_____
Perlahan-lahan aku membuka mata. Kegelapan menghiasi keadaan sekeliling aku sekarang. Apa... apa yang jadi ni?
Serta-merta kejadian tadi menerpa fikiran aku. Aku dan Abang Ayden kemalangan?! Tak ada sesiapa jumpa kami lagi ke?! Ya allah. Apa yang berlaku sekarang ini?
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...