Bab 10

2.4K 220 13
                                    

"She left me because of them"

Kata-kata Arryan semalam kembali terngiang-ngiang di telinga aku. Siapa perempuan tu?

Dia dapat keadilan yang diperlukan. Ya, walaupun terkorban tetapi orang yang sayangkan dia berusaha mencari dalang disebalik insiden dia terkorban.

"What a lucky girl" aku harap sangat dapat dikelilingi orang-orang yang menyayangi aku. Seperti wanita itu. Haih.

Sejenak, terdengar lagu 'Bad Guy' daripada Billie Eillish. Beg tangan di tepi singki diselongkar dan setelah mencapai sesuatu aku membawanya keluar.

'Hilman Busuk'

Butang hijau diseret ke tepi untuk menjawab panggilan. "Hah kau nak..."

"Ayana! Ayana kau kat mana ni?! Semua orang tengah kecoh dekat luar, kau boleh rilek lagi?!" Suara Hilman memotong ayat aku.

"Aku dekat tandas. Kenapa? Apa yang berlaku?" Clueless.

"Tandas?! Ayana, kau keluar sekarang! Bangunan ni dah kosong tahu tak? Kau seorang je tak ada lagi ni!" Hilman di sana macam nak nangis. Suaranya bergetar.

Aku terdiam.

"Apa ni... apa yang jadi?" Tergagap aku cuba soal. Bukannya nak keluar dari tandas. Sebaliknya aku memikirkan apa yang berlaku sehingga bangunan ini perlu dikosongkan. Biasanya kalau bangunan dikosongkan..

"Jangan cakap..."

BAM!!!

"Arghh!"

"Ayana!!"

_____

Mata perlahan-lahan dibuka. Persekitaran yang kabur membuatkan kepala aku kembali terasa berat. Terpisat-pisat aku bangun dari pembaringan.

Aku pengsan?

"Aku dekat mana ni?" Setelah mata yang kabur kembali pulih, barulah aku mengesan dimana aku berada.

Masih berada di tandas.

"Ada sesiapa tak dekat luar?" Soalan paling bodoh pernah aku tanya. Sudah jelas lagi nyata tempat ni senyap sunyi pastilah tiada sesiapa.

Tiba-tiba otak teringat apa yang berlaku sebelum aku pengsan. Bangunan ini diletupkan!

Langsung, aku mengemaskan barang aku. Pistol di dalam beg tangan dicapai sebelum disisipkan di belakang seluar aku. Beg pula disandang aku. Senang kan ada beg serbaguna ni? Boleh tukar kepada beg silang, beg tangan dan beg sandang.

Eh sempat lagi tu.

Kaki perlahan-lahan diaturkan ke arah pintu tandas yang sudah tinggal separuh sahaja. Selebihnya sudah hilang dek kesan diletupkan. Daun pintu dipulas aku sebelum menapak keluar dari tandas yang sudah separuh hancur itu.

Dalam hati bersyukur kepada ilahi kerana masih diberikan kehidupan. Kalau tidak? Nasib aku dah sama macam pintu tandas ni.

Pistol di belakang masih lagi dipegang rapi. Suasana di koridor yang sudah tinggal serpihan saja diperhatikan dengan teliti.

Tidak sangka secepat ini Red Eye membuat serangan. Dan tak sangka juga kata-kata Arryan benar-benar menjadi kenyataan. Red Eye letupkan bangunan Alexander!

Tetapi tengok daripada kesan letupan, rasanya hanya tingkat ini sahaja menjadi sasaran penjahat untuk diletupkan. Kenapa ya?

Sepanjang koridor dipenuhi dengan serpihan-serpihan dinding yang sudah meletup. Teruk juga, kesan letupan ni. Walaupun hanya tingkat atas saja diletupkan iaitu tingkat pejabat tetapi penghuni-penghuni hotel pasti kecut juga dengan apa yang berlaku.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now