Aku gosok-gosok mata yang hampir terlelap. Pipi pula ditampar perlahan. Figura di depan masih sedap melahap makanan tanpa melihat kiri kanan.
Kasihan. Sekali tengok macam werewolf tengah makan mangsa. Dua kali tengok, baru perasan seketul Bella sedang melahap makanan di rumah aku.
Geleng kepala.
"Apa geleng-geleng?!" Tak pasal-pasal kena jerkah dengan pelahap itu.
"Tak sangka kau sanggup datang rumah aku semata-mata nak makan sisa kek birthday Ayren ni." Sekali lagi, geleng kepala. Bakal-bakal ibu di luar sana mesti tak nak mengandung terus bila tengok keadaan Bella sekarang.
Makan aje kerjanya! Tidak kira di mana dan bila dia berada. Tengok lah sekarang pukul berapa?!
4.00 pagi. Kau expect apa reaction aku? Terus aku tumbuk pipi montel Bella bila dia tercongok depan pintu rumah aku tadi dan mengatakan yang dia nak makan sisa kek birthday Ayren.
Tumbuk manja lah. Kalau tumbuk betul-betul mahu aku pula kena tombak dengan Hilman selepas itu.
"Hilman, kau ajar apa kat isteri kau ni?"
"Eh, aku pula yang kena! Kau lah cakap bukan-bukan dekat dia." Lah, aku pula yang salah? Sejak bila aku ada cakap bukan-bukan pada Bella?
"Kau bagitahu dia yang dah seminggu kek birthday Ayren tak habis-habis. Ayren muak makan kek lepas tu kau tak makan kek. Jadi tak ada siapa nak makan."
What the hell? Bella ingat lagi benda tu? Wei sumpah member aku seorang ni creepy gila! Pasal makanan remeh juga dia ingat!
"Rumah kau dah habis bekalan makanan ke sampai sanggup datang rumah aku? Kau fikir kita tengah darurat?" Tempelak aku. Masih tak puas hati dengan kedatangan mereka berdua. Boleh je pergi beli bahan buat kek dekat kedai sana. Okey aku tak kisah kalau kedai dah tutup ke belum sebab itu masalah mereka bukan masalah aku.
Macam mana aku tak marah kalau dah mereka kacau tidur aku?! Aku ni dah lah balik kerja pukul 2:30 pagi tadi. Lepas tu tepat pukul 4.00 pagi dua bedebah ni dengan tak tahu malunya ketuk pintu rumah aku minta makanan. Tak ke rasa nak bunuh diri masa tu? Alahai!
"Aku mimpi kek birthday Ayren tu datang merangkak-rangkak dekat aku minta dihabiskan. Sebab tu aku datang sini. Kasihan kek ni kan? Tak ada siapa nak makan. Alololo, tak apa. Biar mama yang makan awak! Aum!!"
Sekali lagi, aku buat muka 'What the hell?'. Kawan siapa ni? Sila kutip!
"Bella! For your information, you are twenty six tau. Macam mana boleh dapat mimpi macam tu?!" Aku cengkam rambut di sebalik tudung. Boleh botak kepala aku kalau Bella ni buat perangai sama bila mengandung buat kali kedua.
Sabar, Ayana! Mengucap! Mengucap!
"Alang-alang kau orang ada dekat sini. Aku nak tanya something. Kau orang kenal Luthfi kan?"
Senyap.
Hilman tak berkelip pandang aku. Bella pula berhenti menguyah kek di dalam mulut. Beberapa saat kemudian, mereka sambung buat hal sendiri.
"Sayang, cepat sikit makan. Kasihan Ayana. Kita kacau dia tidur."
"Okay, abang."
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...