Sesekali mulut aku bernyanyi kecil sementara dalam perjalanan ke gelanggang bola keranjang. Haha, ya! Aku tak insaf-insaf lagi. Jangan risau, hari ini hari terakhir aku akan jejakkan kaki aku ke sana.
Mungkin.
Hari ini tujuan kita ke sana untuk menenangkan diri sebelum hari keramat esok. Nak tahu hari apa esok? Hari Penurunan Takhta Empayar Alexander! Si Arryan kegilaan ramai itu akan dirasmikan!
Fuh, esok memang durian runtuh lah mamat tu dapat. Semua harta dan bisnes Empayar Alexander akan diturunkan kepadanya. Siapa jadi isteri dia nanti memang bertuah habis! Cakap aje nak apa, kenyit mata terus dapat punya!
Kenapa Arryan yang dirasmikan esok, aku pula yang kena tenangkan diri? Hah, kerana.. pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga kawasan majlis tersebut. Team aku menjadi salah satu kumpulan pihak polis yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi tempat kejadian nanti.
Ada lah nervous sikit sebab sebelum Arryan dirasmikan, macam-macam boleh jadi. Mana tahu musuh-musuh mereka buat serang hendap ke bom dewan tu ke menembak pewaris dari jauh ke. Tak ke naya tu?
"Cariño! Kau seludup keluar lagi?!" Eh macam kenal lah suara ni. Macam suara Arryan. Tapi macam tak logik pula mamat tu boleh ada kat sini.
Takkan lah aku takut sangat pasal hari esok sampai suara dia pun aku terangau-angaukan? Ah! Gila!
"Hello, Ayana Zulaikha?!" Angkat wajah. Arryan sedang bercekak pinggang pandang aku atas bawah.
Jadi betul ke ni Arryan? Jangan-jangan makhluk halus yang menyamar jadi Arryan?!
"Aku dah suruh Ren tengokkan kau supaya tak keluar malam-malam. Macam mana kau boleh terlepas ni?!" Bebel makhluk itu lagi. Aik? Cara membebel memang betul macam Arryan.
"Hey, sweetheart! Kau tercegat apa lagi kat situ? Sini lah!"
"Betul ke awak ni Arryan?" Soal aku setelah agak lama berdiam diri. Arryan nampak tercengang sesaat sebelum ketawa terbahak-bahak. Apa? Apa yang lawak?!
"Patut lah kau tercegat je kat situ. Hey, Ayana! This is me! Your Arryan!" Balas dia sambil mendepangkan tangan. Your Arryan?
Okay, kenapa aku rasa panggilan itu sangat sedap dipanggil? Your Arryan. My Arryan.
Wait wait, apa aku mengarut ni? My Arryan? Amaran keras, Ayana Zulaikha! Otak suci kau telah dijangkiti virus ayat berbunga Arryan ke? Parah ni parah!
Tanpa membuang masa, aku berjalan mendekati Arryan. Sampai di sisinya, aku berdehem sekali. Buang rasa kekok tu, Ayana! Kau tak perlu rasa kekok dengan mamat ni!
"You are so cute." dia sambung gelak.
"Diamlah!" Gelak lah lagi. Mahu saja aku belasah mamat ni tapi kasihan pula pada Tan Sri Tengku Adam Alexander tak sempat nak merasmikan anak dia nanti!
Tak apa, tak apa. Awak terlepas hari ni Arryan!
Bila teringat pasal perasmian, baru aku perasan sesuatu. Mamat ni nak dirasmikan esok tapi dia buat apa kat sini?! Belum sempat sembur apa-apa, Arryan terlebih dahulu memotong.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...